Rasulullah s.a.w bersabda " Elakkan diri daripada melakukan dosa yang kecil (remeh) sesungguhnya ia berkumpul diatas seseorang dan mampu membinasakannya ( Haqaiqus Sunan 1/156)
Sering kali kita terlepas pandang mengenai perihal dosa kecil yang kita lakukan kan? kita sering menganggapnya perkara kecil yang sering akan kita lakukan.Tetapi kita tidak sedar bahawasanya dosa kecil itu andai dikumpul-kumpul akan menjadi dosa besar.Bak kata pepatah melayu sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.Dosa kecil ini boleh di hapuskan dengan kita beristighfar kepada ALLAH.Setiap kali kita melakukan dosa,segeralah memohon keampunan kepada ALLAH,mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang dilaknat oleh ALLAH.
Telah diriwayatkan oleh Al Dailami daripada Abdullah bin Abas r.a bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda " dosa besar tidak akan berkekalan jika sentiasa beristighfar) dosa kecil akan berkekalan jika terusan melakukannya (Khazinatul Asrar 1/83) "
Sahabat sekalian,setiap dosa atau maksiat yang dilakukan akan menumbuhkan setitik hitam dalam hati kita,sekiranya kita tidak membersihnya dgn beristighfar dan bertaubat,maka tertutuplah cahaya keimanan dalam hati kita..nauzubillah.
Rasulullah s.a.w bersabda " barangsiapa yang melakukan satu dosa,maka akan tumbuh satu titik hitam dalam hatinya,sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dalam hatinya,Jika tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak dan seluruh hatinya akan menjadi hitam " (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Jika hati kita gelap sahabat,maka sukar untuk kita menerima sesuatu pemberian daripada ALLAH..jiwa kita sentiasa kosong,kita akan merasakan kehilangan sesuatu yang sukar untuk kita dapatkan kembali.Jesteru itu,rawatlah hati kita dgn beristighfar kepada ALLAH.Di setiap hela nafas kita biarlah hanya mengingati ALLAH.. hati adalah pengawal anggota bdn kita,jika rosak hati,maka rosaklah semuanya.Apapun,bersihkan hati kta terlebih dahulu,Insyaallah segalanya nampak indah di mata ALLAH..Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment