Bissmillahirrahmanirrahim..
Ana menyusun bait-bait kata yg ingin diukir sebagai permulaan, mencari tajuk yg ingin dikongsi..ALLAHUAKBAR, bukan mudah ye sahabat..but i'll try my best to write something yg mampu dihayati bersama..In syaa ALLAH..^_^
"Kecantikan wanita ialah terletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak pada sejauh mana ia dapat menahan ( menjaga) marahnya" ..Hukamak
Ana seorang wanita, lahir ke dunia atas pilihan ALLAH, ALLAH.... kali pertama ana melihat dunia, teruja seketika.. "Oh, begini rupanya dunia".. Allah memilih ana untuk menjadi seorang Wanita... Yes, seorang wanita. Sedari kecil ibu bapa ana telah mengajar ilmu agama sebagai asas dalam kehidupan.. ALHAMDULILLAH, bersyukur dan tersangat bersyukur ALLAH kurniakan mereka buat ana seorang Wanita..:)
Ana dibesarkan dengan penuh bijaksana sebagai seorang wanita.. Ye, sebagai seorang wanita.. yang mana aurat wajib dijaga, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan wajib ana jaga,waktu yg ana habiskan juga perlu diisi dgn sesuatu yg berfaedah.. Ye, itulah kehidupan ana sebagai seorang Wanita. Dibangku sekolah, ana seorang kanak-kanak kecil yang aktif, dan peramah serta memiliki ramai sahabat-sahabat. Tetapi, selalu ana ingat pesan ummi abah.. " kakak.. nak berkawan dengan sesiapa pn boleh, kami izinkan, tapi jaga pergaulan.." see, antum boleh bayang tak gaya hidup macam mana keluarga ana terapkan.. ? :) pada asalnya, ana memang tidak boleh menerima semua itu kerana bagi ana, ana berhak untuk bebas............
Akhirnya ana berjaya masuk ke alam pra universiti.. kata orang, di sini titik permulaan sebuah kejayaan. Focus ana disini adalah untuk belajar. Dengan bangganya ana menyarung baju sekolah menengah dan mengiktirafkan diri ana ini " REMAJA " .. Serius bangga.. :) kehidupan di alam menengah memang mencabar minda dan fizikal, ana dapat kawan2 baru yang lain dari sahabat di sekolah dulu.. mereka bijak mengorak kejayaan, hebat.. fantastic..superb lah, tapi ana seorang yg biasa-biasa dan tiada apa yang istimewa.. sehingga satu saat bermulalah satu kisah yang menguji iman ana sebagai seorang Wanita Muslim...
_________________________________________________________________________________
Detik hari menanti senja..
" Tidakkah ana layak untuk anti ..." (pertanyaan seorang hamba ALLAH yg membuatkan ana tampil untuk memberi jawapan pasti)
ALLAH.. ujian hati buat sang pemilik hati yang lemah..
Buat Hamba ALLAH yg bertanya :
Andai mentari indah disebalik senja, Indah lagi wanita Solehah.. Mungkin ana tidak seindah mentari, namun ana sedang berusaha untuk seindah bidadari syurga..bukankah itu lebih indah? ana ada 10 jari ditangan.. 10 jari ibarat genggaman tangan yang tak mampu dilepaskan, jari ini yang bakal bersalaman dengan pilihan ALLAH dan berpimpinan hingga ke syurga.. apa anta mahu ana ke neraka jika ana bersama anta sekarang tanpa ada ikatan?
Ana ada rupa, ana cantik tetapi tidaklah secantik wanita yang lain... bukan ana ingin memuji diri, tetapi untuk sekadar pengetahuan anta yang sering memuji kecantikkan ana tanpa jemu, rupa ana yg indah ini bukan sebarangan org yg boleh tatap lama, tetapi sudah lama ana simpan untuk memaniskan serta mempercantikkan wajah ini dihadapan yg halal.. adakah anta yakin, anta pilihan ALLAH untuk ana?
Ana juga ada hati, hati yang ALLAH jadikan dengan penuh kasih sayang.. hati ini hanya layak dicintai serta mencintai yg halal.. apa Anta yakin ALLAH sediakan hati ana untuk anta??
Ana memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sukakan cabaran.. Bukan senang nak melihat ana berdaya saing mendidik jiwa untuk ke majlis-majlis ilmu ni. Kalau perlu rotan, rotan.. tapi ana sensitif orangnya, Apa anta yakin y anta mampu sabar dengan ana dalam mendidik seorang wanita??
Ana juga xbanyak ilmu di dada, ana ni kalau orang tanya bab hukum-hakam agama sedikit konfius jgk, apa anta mampu menjawab pertanya ana setiap kali ana bertanyakan hal agama??
Ana bukanlah wanita solehah, tapi ana sedang berusaha untuk menjadi wanita solehah.. kalau ana tidak mempersiapkan diri untk menjadi yg solehah, jauh langit dr bumi lah nak dapat yg soleh kan.. apa anta tdk mahu mempersiapkan diri untuk menjadi yg soleh??
Pasti anta tertanya2 kenapa banyak pantang larang yg ana kemukan right??
Kehadapan saudara seislamku, Ana bukan wanita yg boleh dibeli dgn wang ringgit sesuka hati, tidak pernah ana meletakkan harga pada diri ini untuk dibeli oleh sesiapa. Wanita itu indah dan sebaik2 perhiasan. Andai wanita menjadi barang dagangan, pasti laris dipasaran ..Tetapi ALLAH meninggikan darjat wanita, sifat manusia ini pemalu oleh kerana itu mahalnya peribadi seorang wanita. ALLAH dah angkat darjat kita tinggi2, kenapa kita nak memperendahkan martabat kita sbgai seorang WANITA?andai hadirnya seseorang untk menguji kesetiaanmu pada ILAHI, persiapkan dirimu terlebih dahulu untuk menjadi yg solehah..:) jual mahal itu perlu, kerana yang mahal itu indah..:) :) Semoga menjadi pilihan ALLAH dlm menggapai redha ALLAH sebagai seorang wanita..^_^
# Bissmillahirrahmanirrahim.. dengan lafaz yg mulia, ana berjanji untuk mengubah diri ana menjadi yg lebih baik,. :)
^_^ Cikgu Asmalini Ashri
salam ya ukht...
ReplyDeleteseronok bace entry ni...mohon copy ye..
semoga berjaya dalam hidup di dunia n akhirat..=)
waalaikummussalam w.b.t :)
ReplyDeleteTafaddol ya ukhti..^^ ilmu drpd ALLAH..:)