Tuesday, May 21, 2013

Matang pada pemikiran :)

Bissmillahirrahmanirrahim :)

Allah, syukran kerana menjaga hati2 kami dan menambahkan rasa cinta padaMU. walau byk dosa yg telah kami lakukan, Kau ttp memberi rasa cintaMU pada kami.. terima kasih Ya Allah :)

Saya, bukanlah yg terbaik.. tidak ada manusia yang sempurna. 21tahun dalam kamus hidup ini, mustahil tidak pernah melakukan dosa. malah dosa itu kian meningkat.. diusia yang semakin meningkat, saya akui saya mula matang memikirkan perkara yang lebih serius,. dalam konteks pendidikan, lifestyle, usaha memperbaiki diri, cara berkata2, sumbangan idea, sosial dan mungkin kehidupan akan datang. Tidak saya nafikan saya seorang yang serius bila hal yang berkaitan dengan apa yang saya ingin capai utk masa hadapan saya. dan saya akan pastikan sedaya saya untuk mencapai semua itu ats usaha saya sendiri. :) Dorongan drpd org sekeliling juga membuatkan saya lebih kuat ..^^ insyaallah, saya ingin jejak ke situ... ingin.. Allah.. saya ingin.. :)

Bila berbicara mengenai matang, saya rasa kita lebih faham bila mana ianya dikaitkan dengan cara kita berfikir, saya ni xdela matang sangat.. masih still dengan perangai kebudak2an lagih.. tapi, sifat malu tu sendiri yg mendorong utk saya tampil lebih matang starting from now, haha..! mane taknye,, dah nak masuk sem baru dah ni.. xlame lgi praktikal dah.. Mashaallah.. ^^ dan bagi saya, bila berbicara itu melambangkan personaliti diri kita sendiri .. now, saya sedang focus utk sesuatu yg lebih utama.. :) semoga Allah faham niat hati saya untuk semua ini dan memandang kepada usaha yg sedang dilaksanakan.. jgn lupa hbgn dgn Allah ye. nak ape2, minta dengan Allah.. ^^

maaf untuk mana2 sahabat yg sentiasa kena sabar dgn cikgu asmalini ni ye.. yela, xtau lah nanti bila akan jumpe plakkan.. so grab this time to main2 sesame..hehe..!

okeh, doakan saya sahabat2.. moga lebih matang dalam membuat sesuatu perkara,. Hidup .. Hidup..!! Takbir

Wednesday, May 8, 2013

Suara Kami untuk Bangun

Dahulunya tubuh kecil ini hanya mampu melihat dan mendengar suara-suara rakyat yang memahami akan perjuangan. Mata terkebil-kebil tidak mengerti secara langsung akan apa yang dilakukan mereka suatu ketika dahulu. Kata ayah " kamu terlalu kecil untuk memahami, lebih baik pergi bermain bersama kawan-kawan kerana itu lebih memuaskan hatimu". Seperti yang lain aku kian membesar dalam arus pembangunan yang pesat. Melihat akan pembangunan yang kian membangun ternyata aku merasa aman berada dibawah naungan negara tercinta. Namun bagiku, usia yang terlalu muda ketika itu tidak memberi apa-apa petunjuk untuk aku lebih matang memikirkan pembangunan masa hadapan. Mana tidaknya, usia belasan tahun aku masih sibuk dengan minatku terhadap subjek yang dipelajari tanpa mengambil kisah mengenai era pembangunan negara.

Detik aku mula mengenal dan mengkaji bilamana sahabatku menegur mengenai ketidakendahan aku terhadap Politik Malaysia. Dulu bila diajak berbincang mengenai politik aku katakan dia gila politik dan taksub. Namun hari ini baru aku mula memahami kata-katanya, dia memberi pendapat dan mengajak berbincang adalah kerana kami mulai dewasa dan kami generasi pembentukkan negara kelak Sejak daripada itu, aku mula mencipta langkah mencari maksud tersirat dan tersirat mengenai Tokoh-tokoh perjuangan negara. Aku mula membaca buku tulisan pengkarya terkenal yang menulis mengenai pembangunan negara. Aku mengkaji dan memahami kenapa dan mengapa. Banyak persoalan yang timbul kerana aku baru bertatih untuk memasuki alam mempelajari pokok politik Malaysia. 

Hari ini, aku tidak mahu dengan hanya mempelajari teori semata-mata. Aku mula melangkah mencari sumber untuk menambahkan pengetahuan. Ya.. tidak semua aku mampu memahami secara teori, melihat video, baca buku dan hanya mendengar percakapan daripada mulut mereka yang suka berbicara. Kali pertama dalam hidup aku mulai belajar mengenai PRU. Mungkin bagi sesetengah yang lain hanya menjalankan tugas sebagai pengundi itu sudah terlaksana satu amanah, namun tidak bagi aku. aku cuba mengkaji mengenai sistem yang diamalkan di Malaysia serta mereka yang akan bertanding, kerana bagiku satu undi itu cukup berharga. Hidup ini ibarat memakai sehelai pakaian,dimana tidak semua yang memandang pakaian kita akan mengatakan kita cantik dengan pakaian sebegitu, adakala mereka akan mengatakan ianya buruk denagan kita. Namun, jangan cepat melatah kerana itu salah satu cara untuk kita baiki diri kita kerana yang bernamanya manusia ini tidak selalunya sempurna. Seperti kita memberi pendapat dan pandangan, mungkin dari sudut kita ianya kelihatan kukuh, namun tidak semua akan bersetuju. Jesteru itu, lapangkan dada ia kelihatan lebih mudah.

Sesetengah mereka melihat tiada kepentingan dalam mempelajari hal yang berkaitan Politik ini, kerana tidak mahu terlibat dengan pepecahan ummah.Jika dilihat hari ini, percayalah ramai yang saling fitnah-menfitnah dan tidak kurang melontarkan pandangan yang cukup tidak matang. Tapi, inilah politik, lihatlah anak muda,celik matamu.. inilah yang kita bakal tempuhi dan kita bakal lalui setiap kali musim Pilihanraya. Namun, apapun yang kita lakukan buat kajian terlebih dahulu dan cari bukti yang mampu menguatkan hujah kita dan menambahkan kefahaman kita. Jangan kerana kita terlampau taksub dengan mana-mana parti kepentingan silaturahim kita ketepikan. Bertenang, tidak salah melontarkan pandangan. Islam juga menggalakkan kita duduk berbincang. Jangan memulakan dengan kekasaran kerana ia hanya akan diakhiri dengan pergaduhan. Senyumlah, kerana perjalanan kita masih panjang. Rata-rata kita mungkin dikalangan pengundi kali pertama, jadi wajarlah andai ada yang naik minyak kerana darah muda masih segar. Tetapi, berbicaralah kerana kau memiliki fakta dan berlembut. 

Mungkin konsep kefahaman politik yang berkaitan dengan PRU ini adalah contoh yang jelas aku cuba sampaikan dalam memberi kefahaman mengenai kepentingan politik dalam hidup. Walaupun ada diantara sahabat-sahabat yang tidak mampu mengundi kerana belum matang usia dan tidak sampai target untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, sewajarnya mereka mempelajari hal ini lebih awal kerana tidak mustahil 5 tahun akan datang mereka merupakan pengundi kali pertama untuk turun mengundi. Kita ingin menetap di negara kita bukan hanya sehari, dua tapi memakan masa yang lama. Kita memiliki hak untuk membuat pemilihan, amanah itu perlu kerana kelak disoal kita mampu menjawab kerana membuat pilihan yang betul,. Ramai yang bertanya, macam mana nak tahu pemimpin yang dipilih itu betul atau tidak? bagi aku, ia tidaklah sesenang memilih baju dipasaran namun jawapan ringkas ialah bilamana seorang pemimpin itu meletakkan islam dan kecintaannya hanya untuk Allah, Serta apabila kau berdamping dengannya mengingatkan kau Kepada Allah, Maka pilihlah dia. 

Sedikit lontaran suara anak muda buat barisan pemimpin, 

Jangan sentuh hati kami andai kelak kau bakal tinggalkan kami dengan dosamu,
Jangan luluhkan semangat juang kami jika kau sendiri takut berhadapan dengan jiwa muda kami,
Jangan biarkan kami terlalai dengan arus pembangunan moden kerana tidak diberi suapan santapan minda,
Jangan melihat kemenangan itu mudah untk digapai kerana wang ringgit menjadi taburan,
Bila kami mula bangkit, kami pasti menyokong,kerana kami tahu kami aman bersamamu.
Kami percaya akan barisanmu, maka jangan biarkan kepercayaan kami hilang bilamana mengetahui yang sebenarnya.,

" SEMANGAT MELANGKAH KE PRU14"