Bissmillahirrahmanirrahim.. :)
" masihkah kau ingat anakku? aku berlari-lari mengejar kau sewaktu dirimu masih kecil untuk mandikan kamu? saat itu, telatah nakalmu mencuit hati seorang yg bergelar ibu dan ayah...."
setelah jasa ditabur budi..akhirnya, ALLAH memilih ibu bapaku bertemu denganNYA disaat aku belum sempat untuk menabur balas jasa mereka... ALLAH..!! izinkan aku menyentuh jasad ibu dan ayahku..biarpun saat ini, mereka tidak lagi bernafas..
Digengam jari jemari ini, menangis tak berlagu.. seorang anak duduk di satu sudut yang sunyi... siapakah dia?....
ITULAH AKU.. AKU SEORANG ANAK KEPADA KEDUA IBU BAPAKU.. NAMUN APA BAKTIKU PADANYA??
cuba kita bayangkan, andai saat ini kita menerima khabar bahawa ibu atau ayah kita meninggal dunia..apa perasaan kita? saat ini baru kita akan mula flashback balik kan kisah hidup kita dengan mereka,bagaimana layanan mereka terhadap kita,bgaimana lynan kita sbgai seorang anak terhadap mereka.. dahulunya, sewaktu saya punyai ibu, ..sy tdk pernah sekalipun mencium dahi ibu sy,.. yang sy selalu buat ialah, cium tgnnya dan terus beredar pergi. begitu juga sikap sy terhadap ayah sy, hanya mencium tgnnya tanpa sempat merasai kasarnya tgn seorang ayah yang kluar bekerja mencari nafkah.
Hari ini, sy ingin menyempurnakan apa yg tidak sempat sy lakukan dengan memandikan sendiri jenazah ibu dan ayah saya.. kenapa? kerana, bila seseorang anak itu memandikan orang tuanya, baru dia tahu bertapa orang tuanya itu telah berkorban sepenuh hati dalam membesarkannya. Banyak benda yg kita terlepas nak bagi kat mak ayah kita waktu mereka masih bernyawa.. bila ditatapi jenazah itu, baru kita sedar ALLAH telah memberikan kita penjaga yg cukup2 tabah menerima kita apa adanya.
Saya mencurahkan air dibadan ibu, perlahan2 sy menggosok bahu ibu.. ALLAH, sebelum ini sy tidak pernah memeluknya. alangkah indahnya andai ALLAH mengundur masa ini untuk saya memeluk bahu ibu...!! saya memandikan ibu dengan penuh berhati2 dan perlahan.. teringat nostalgia dimana ibu memandikan sy dengan gurauan yang tak loket dengan gelak tawanya. ALLAH....sy rindu waktu itu..! saya terus memandikan ibu lagi, airmata saya menitis menginsafi diri ini. saya membasuhkan sehelai demi sehelai rambut ibu yang keputihan itu, Ternyata ibu saya sudah tua.. dahulunya, saya sering melihat ibu menyikat sendiri rambutnya dan ketika itu tidak terdetik pun dihati saya untuk menyikat rambut ibu yang telah keputihan itu. Saya terpandang pada telapak kaki ibu,.. hati ini tidak mampu lagi menahan sebak, terlihat parut yang mana membuatkan airmataku tidak mampu lagi menahan hiba.. parut tuuuu.. dulu ibu saya terpaksa bekerja bagi menampung keluarga disamping membantu ayah yang juga berhempas pulas mencari rezeki. Satu hari, ibu terpaksa dikejarkan ke hospital dek kerana kakinya terkena mesin rumput.. namun ianya tidak mematahkan semangat ibu saya untuk terus bekerja mencari sesuap nasi untuk anak2 termasuk diri ini juga.
Selesai memandikan jenazah ibu, saya perlahan2 menyiapkan ibu dengan pakaiannya untuk bertemu YANG ESA.. dahulunya ibu sibuk menyiapkan pakaian saya untuk ke sekolah dengan pakaian serba putih..namun kali ini, tidak sy sangkakan sy menyiapkan ibu jua dengan pkai serba putih yang cukup indah wlpun tdk mmpu sy melihat senyuman diwajahnya.. waktu ibu masih bernafas, sekalipun tidak saya terfikir untuk menyarungkan pakaian serta memanjakan ibu..yg sy fikir ialah, ibu dah reti pakai sendiri dan tak perlukan pertolongan diri ini.. ALLAH, cukup daif saya waktu itu.. saat ini saya merasakan rugi menimpa diri.. saya tidak sempat berbuat begitu kepada ibu walaupun ALLAH telah memberi ruang dan waktu untuk saya melakukan itu... dipakaikan ibu kain kafan dengan penuh kemas dan teliti.. hari ini , saya menghiasi sendiri jenazah ibu saya sendiri.. YAAA..! jenazah orang tuaku...
Dahi ibu dicium dengan penuh kasih sayang.. Ya ALLAH, ini kali pertama aku mencium dahi ibuku.. kenapa sebelum ini aku tidak pernah terfikir nikmatnya mencium dahi ibuku ini??? mengapa??! dalam hati sempat saya berdoa " YA ALLAH, kau terimalah roh orang tua ku ini disisiMU.. ".. saya melihat para jemaah yang ingin sembahyang jenazah ibu saya sudah bersedia.. sedang asyik menunggu, tiba2 terdengar suara halus di sebalik tirai ..
" tok, kali ni biar saya yang mengimamkan jenazah orang tua saya.."
Subhanaallah.. itu abg saya..! saya perhatikan dengan penuh khusyuk apa yang dilakukan abg saya.. menitis airmata saya mendengarkan doa yang dibaca oleh abg sy buat jenazah orang tua kami.. sebelum ini, kami tidak sempat untk menjadi imam kepada ibu bapa kami sewaktu solat.. maka drpd ini, kami mengimamkan solat jenazah buat mereka.. pemergian mereka dirringi kami adk beradik hingga ke kubur.. dan saat ingin mengebumikan jenazah, kami bersama2 memangku jenazah orang tua kami masuk ke kubur.. itula kali terakhir kami sempat bermanja dan berbakti kepada orang tua kami yang mana mungkin sebelum ini tidak sempat kami lakukan..
_________________________________________________________________________________
Sahabat2 sekalian..
mereka tidak pernah meminta untuk kita cium mereka,
tetapi mereka nak sangat kalau kita sudi cium mereka seperti apa yang mereka selalu buat kt kta..
mereka juga tak pernah nak mengeluh walaupun sakit,
tetapi mereka nak sangat kita memahami,yang mrka inginkan perhatian kita..
Biar kelak, jenazah ibu bapa kita,kita mandikan.. kita kafankan..dan kita sembahyangkan...
Biar roh ibu bapa kita pergi dengan penuh bangga menyaksikan bhwa "anakku yg mempersiapkanku.."
Allahu Rabbi, penting sahabat kita belajar ilmu ni..sebab kalau kita yg memandikan mereka, baru kita tahu sejauh mana ibu bapa kita itu sebenarnya dan disamping itu,mampu menutup aib jenazah ibu bapa kita jua.. Jgn kata " xpela, upah je org mandikan..bukan susah pn..zmn skrg segalanya dihujung jari.." Mashaallah, shbt.. inilah peluang yg kita ada untk tebus balik apa yg kita tak sempat buat kat ibu bapa kita dulu.. kita mandikan mereka, tak sama dgn y kta upah mandikan ye,, pejamlah mata, dan fikirkan..:) :)
# saya hanya menulis, dan sudikan membaca.. :) semoga apa yg kita sama2 kongsi ini mampu dijadikan pengajaran dlm hdup. AL-FATIHAH buat shbt2 yg telah kehilangan ibu bapa tersayang..
^_^ A_A
Cikgu asmalini ashri
No comments:
Post a Comment