Thursday, January 17, 2013

Makna seorang GURU

Andai ditanya pada seorang pemimpin, daripada kalian belajar menjadi seorang pemimpin? Pasti jawab mereka "aku belajar daripada seorang GURU" . Guru, kata pepatah, guru ibarat lilin yang menerangi gelapnya mentari. Telah Allah jadikan saya "seorang guru",bukan ingin megah bangga dengan pangkat yang ada, namun berdiri bagi mencurahkan ilmu pada generasi yang bakal dibentuk. Tugas seorang guru bukan mudah seperti yang disangka,ada sesetengah pihak menyalahkan guru bilamana anak mereka mula terjebak dengan gejala sosial atau mungkin tidak sebijak yang lain.. Hari ini, guru hari ini guru yang intelektual yang perlu menjawab pelbagai isu yang berkaitan dengan "PELAJAR"

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula, saya mengemas-ngemas buku di meja untuk melangkah keluar daripada kelas. Seperti biasa, anak-anak murid saya begitu menghargai tugas seorang guru dengan menghulurkan bantuan untuk membawa buku-buku ke meja guru. Sungguh bangga hati saya yang bergelar seorang guru bila melihat anak didik begitu santun perketi.

"tariq, nanti kamu besar nak jadi apa?"

"emm, insyaallah cikgu, saya nak jadi seorang guru" balas tariq sambil tersenyum memandangku.

"Kenapa mesti seorang cikgu?kenapa tidak doktor ke,engineer ke atau mungkin arkitek? " aku bertanya hairan.

" bagi saya, lahirnya mereka adalah daripada ajaran guru.dan saya akan bangga bila melihat mereka berjaya"..

Ye.. betul kata tariq, lahirnya mereka yang berjaya kerana seorang guru. Terkadang saya terpaksa pulang ke rumah lewat disebabkan tugas-tugas yang belum selesai dan terpaksa pula mengadakan kelas ganti buat anak didik, namun saya berpuas hati kerana apabila melihat mereka berlumba-lumba inginkan ilmu saya mula lega kerana akan datang negara ini akan dipimpin oleh generasi yang intelektual.

"Cikgu, saya letak buku disini ye.."

 tersedar daripada lamunan.." owh, ye..terima kasih sekali lagi tariq.." balas saya mesra.


Melihat negara hari ini mula membangun dengan pesat dek kerana memiliki barisan pakar ekonomi yang bertauliah, tidak kurang juga jemaah-jemaah yang berpusu-pusu mendengar ceramah dan solat berjemaah dengan dibantu oleh barisan yang celik agama, malahan lagi para doktor-doktor yang tidak kisah mengenai masa mereka dengan sentiasa bersiap-sedia memabntu merawat pesakit, semua lahirnya atas didikan seorang Guru.. dalam sabar guru mengajar kamu daripada A-Z sehinggalah hari ini kamu mampu menjadi seorang yang mampu mambawa segulung ijazah.

Teringat saya ketika disekolah rendah, tatkala guru berada dihadapan kenakalan kami sering menguji kesabaran seorang guru.Namun, guru tidak pernah sedikitpun memarahi kami malah menunjukkan apa yang sepatutnya betul dan salah. Sungguh mulia kerja seorang guru, mereka tidak loket dalam memberi ilmu kepada kita, malah berusaha sehabis mungkin setiap saat supaya ilmu itu kita dapat dan mampu dipraktikkan. Bukan senang hendak menjadi seorang guru di sekolah rendah,kerana kenakalan kanak-kanak kadang-kala diluar pemikiran mereka, andai tersalah guru akan dipersalahkan.

Berbeza bilamana saya mulai menginjak ke sekolah menengah, pemikiran yang lebih matang menjadikan saya lebih perihatin dengan tugas seorang guru. Saya lebih peka dengan arahan seorang guru,malah saya mula bangga dengan tuga-tugas guru. Ada suatu ketika, guru saya mengandung dan terpaksa mengajar kami walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Sayu hati saya melihat keadaan guru saya waktu itu, tapi saya bangga dengan kesabaran beliau. Sungguh saya katakan, andai anda menghargai kejayaan anda hari ini, hargailah setiap masa dan tenaga seorang guru yang tidak pernah meminta bayaran untuk setiap ilmu yang mereka curahkan.

Hari ini, saya di Universiti mengambil jurusan Pendidikan. Bukan untuk diri saya sahaja, tetapi memikirkan generasi yang akan datang serta ingin menyambung amanat para guru yang pernah mendidik saya. Jika anda ingin menguji kesabaran anda terhadap manusia, belajar menjadi seorang pendidik. Daripada situ, anda akan mengetahui hebatnya "SEORANG GURU"

"Cikgu Amal, xnak masuk kelas ke? " sapa cikgu Farah

" Mashaallah... dah pukul 12, saya dah terlewat..terima kasih cikgu Farah"

Saya bergegas ke kelas, kelas seterusnya ialah kelas Perakaunan. Seusai melangkah kaki ke dalam kelas, terlihat ramai pelajar berpusu-pusu menyalami tangan halusku ini. Terfikir dibenak fikiran..

" Aku silap kelas ke ni.."

Melihat diatas meja saya dipenuhi dengan pelbagai hadiah, hati tersenyum dan saya terbaca di papan hitam tertulis .

" CIKGU TERIMA KASIH SELAMA INI SENTIASA SABAR DAN MENCURAHKAN ILMU YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA KAMI"..

Allah.. gugur airmata saya tatkala membaca tulisan ikhlas yang dicatitkan di satu sudut yang dilihat jelas. Saya hari ini cukup bangga melihat anak murid dihadapan saya bukan sahaja seseorang yang bijak dalam menggapai ilmu, malah ikhlas menyayangi seorang guru. Tugas guru adalah sebagai seorang penyampai, masa bukan bicara,duit bukan pintaan,namun cukup sekadar kalian ingat Siapa yang pernah mengajarmu sehingga kamu boleh seiring dengan mereka yang berjaya hari ini.

Andai hari ini kalian pernah menggelarkan guru itu dengan gelaran yang suka-suka such as "cikgu singga" percayalah, sampai bila-bila pun anda pasti akan ingat sebaris nama mereka yang bergelar seorang guru. Mungkin seorang guru tidak mampu mengingati kesemua nama anak didik mereka, namu kesemua anak didik mereka PASTI akan mengingati sebaris nama indah seorang "GURU",..


# Buat bakal pendidik diluar sana, jangan mudah putus asa dalam melayan emosi anak didikmu, kerana merekalah yang akan mendoakan kamu bila mata tertutup rapat kelak..:)

Al- Fatihah Buat guru-guru saya yang telah kembali kerahmatullah. Rindu pada bicara seorang guru.

^_^ A_A Cikgu Asmalini Ashri :)

No comments:

Post a Comment