Monday, September 24, 2012

Dia isteriku hingga ke jannah :)

" Tahniah puan,kandungan puan dah masuk 3 bulan" .. Alhamdulillah,sebagai seorang wanita aku mengucapkan syukur yang tak terhingga, terasa ingin rebah sujud mengucap syukur.Suamiku disebelah bagai tidak percaya kerana disangkakan aku hanya  demam biasa dek kerana 3 hari aku muntah tanpa henti.Puas diajaknya ke klinik,tapi ditolak mentah-mentah olehku. Tersenyum aku sambil melihat wajah suamiku yang kacak sejak azali lagi disebelah yang sedang memandu dengan penuh berhati-hati. "Abg,syg nak tanya benda boleh? .."Boleh,apa? ".. "Abg...syg syg? " terdengar gelak nakal suamiku yang mencuit hatiku,ye dialah lelaki yang berjaya mencuri hati dalam istikharahku dan sekarang dialah imamku. .. " kalau abg tak syg syg mcm mane?" suamiku cuba main tarik tali,kerana dia tahu aku seorang yang sensitif dan mudah merajuk." ok! takpe lah kalau cmtu" .. " hahaha..! eh..dah nak jadi ibu pun still nak buat perangai mcm baby lagi? syg, of cos la abg syg syg sgt2.. abg kan dah janji nak pimpin syg hingga ke syurga" .." abg, kalau anak kita lahir nanti abg nak laki ke perempuan? " sambil tersenyum.." abg tak kisah,laki ke perempuan sama je..ha! kalau kembar lagi baik" ..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usia kandunganku hampir mencecah 7bulan,diusai perut yang semakin membesar. Alhamdulillah aku bakal melahirkan seorang mujahid yang insyaALLAH bakal memperjuangkan kedaulatan islam. " Syg, anak kita nanti biar lah ikut muka syg ye" .. " Nape muka syg je,kan anak abg jugak" seperti biasa,kami akan sentiasa bergurau senda untuk mengeratkan tali kasih sayang antara kami. Sambil menonton semanis kurma ku pandang wajah suamiku, Ya Allah  cintaku kpdnya semakin bertambah.masakan tdak,ingin berpisah seketika sahaja aku tidak mampu ini kan pula untuk selamanya. Selalunya kalau suamiku mempunyai urusan diluar yang memerlukannya keluar untuk beberapa hari,pasti aku akan ikut serta.Kerana baginya, keselamatan aku perlu diutamakan. Sesungguhnya aku teramat bersyukur memiliki suami yang sebaik dia. Andai sudah ketentuan kelak umurku tidak pnjg,aku ingin suamiku menjadi pendamping ku jua disyurga...Aminnn..


Terdengar azan subuh berkumandang, pantas aku bangun dari mati seketika.Alhamdulillah, masih bernyawa dan mampu merasai udara pinjaman ALLAH, aku melihat suamiku begitu lena disebelah.."Ya ALLAH , imamku sungguh penat hari ni ye" bisik hatiku.. Aku mencapai tuala untuk mandi dan terus kejutkan suamiku untuk solat berjemaah. Setelah selesai berjemaah bersama-sama,seperti biasa suamiku akan  mengambil masa sedikit untuk memberi nasihat serta muhasabah diri bersama-sama. "Syg, hari ni jom kita pergi jogging" ........." emmmm, boleh! untuk abg, syg sgup lakukan apa saja.yela takut nanti tak sempat pula kita nak jogging sama-sama" sambil gelak        ........." syg, tak baik ckp macam tu..kita akan sentiasa habiskan masa bersama,cuma abg minta maaf sebab kalau abg sibuk trpaksa tgl syg dgn baby je" .............. " alalala, nak touching2 plak pagi2 ni.. ok,jom bersiap..syg nak buat sandwich untk bekalan kita" ............ " ok, jgn lupa abg nak tarok cili lebih " ... lalu beredar naik keatas.

"Abg jom kita berehat kat bawah pokok sana"............."Syg da penat ye? alaa,baru 10minit jogging..baby dalam perut tu nak berlari lagi" .. tawanya mencuit hatiku........." abg,syg penat.." sambil merenget ibarat budak kecil yang mahu didukung......." ok2,abg tahu.. jom kita berehat kat sana" ......
melihat ramai manusia drpd pelbagai golongan yang datang untuk merasai sendiri keindahan alam ciptaan ALLAH di sini. Bertuahnya aku mampu merasai semua ini dan aku kira bayi dalam kandunganku jua mampu merasainya. " syg, nanti kalau berpantang biar abg jaga jela,tak payah balik rumah mak ok tak"  aku ketawa dengan omelan suamiku,baginya kalau aku berpantang di rumah mak bermakna tinggal dirinya sendirian disini keran terpaksa bekerja....... " emmm, nanti kalau abg kerja sape nak jaga syg?" saje aku cuba mencuri kerisauan yang ada dalam hatinya..........." abg kan dah janji nak jaga syg,janji akan jadi doktor yang baik buat syg sorang je" .... ......" abg ni, xpela..xpyh susah2kan diri..insyaallah syg lagi ok kalau mak yang jagakan,abgkan takde pengalaman jadi bidan" ..geli hatiku mengusik suamiku yang dari tadi tidak berpuas hati dengan jawapanku..tugasnya sebagai seorang doktor memerlukan komitmen yang tinggi bukan untuk diriku sahaja,malah buat para pesakit dibawahnya jua....... " macam mane abg ni,kalau syg meninggal time bersalin kan susah la plak abg nak duk sorang".................."skali lagi abg dengar syg ckp mcm tu,abg tak kan maafkan syg!"... Mashaallah, kata2 itu tidak terniat untuk aku lafazkan dan juga tdk terlintas untuk mengguris hati suamiku .." abg,mf syg tersilap" ...dipeluk aku erat2,ternyata hati suamiku begitu mudah tersentuh kerana aku sedar ada airmata y membasahi tudung di bahuku..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Tahniah dr. hafeey, isteri anda selamat melahirkan seorang putera.." ... " ALLAHUAKBAR!!! syukur alhamdulillah... dr.syuhada, isteri sy macam mane? boleh saya masuk jumpa kedua2nya? " ... " dr.hafeey, masuklah.. raikan kegembiran kamu tanpa tangisan" ...."terima kasih dr.syuhada..."

"Assalamualaikum syg.."..





Insyaallah.. wiill be contnued :D

No comments:

Post a Comment