Friday, January 11, 2013

Aku seorang DOKTOR .. :)

Melihat jam ditangan.. Tepat jam 2.30 petang. Hari ini hari jumaat.. Aku bergegas ke suatu tempat yang memerlukan diriku saat ini. Aku pemegang amanah ALLAH, tugasku bukan seperti yang lain, andai tersilap, mungkin nyawa itu akan melayang. Menolak pintu yg tertulis "KECEMASAN".. Inilah tugasku.. aku "seorang DOKTOR".. memiliki kerjaya dalam bidang profesional bukan suatu yang mudah, apapun kerjaya yang diceburi itulah amanah ALLAH.

" Dr, dah pukul 3.. baik kita mulakan".. bisik nurse menyedarkan aku darpada lamunan.

"Bissmillahirrahmanirrahim.. Ya ALLAH, permulaan ini hanya untukMU,dan pengakhirannya hanya KAU jua mengetahui.."..

Tepat jam 7 petang, maka berakhir pembedahan seorang warga emas yang menghidap penyakit Kanser otak. Namun, aku bukan Tuhan..tugasku bukan memanjangkan hayat seseorang, ALLAH lebih sayangkan pakcik tu, Allah memilihnya untuk bertemu pada hari ini. Dengan lafaz Bissmillah aku memulakan langkah untuk memberitahu perkhabaran ini kepada keluarga mereka..

" Maafkan saya, ALLAH lebih sayangkan ayah encik..sedekahkan Al-fatihah buat beliau"..

Anaknya meraung sekuat hati, bagaikan hospital itu miliknya,.. Sebelum berlalu sempat aku dengar dia memaki hamun tugas seorang doktor. ALLAHUAKBAR, aku hanya mampu pekakkan telinga ini, kerana sudah terbiasa dengan semua ini. Melihat jam ditangan baru aku sedar yang aku belum bertemu Pencipta ku.. lantas dengan sepantas kilat aku ke surau yang berdekatan, Menyempurnakan solatku. Alhamdulillah, islam itu indah, banyak benda yang memudahkan kita dalam kehidupan seharian.. solatku jua ada caranya. Jika engkau bakal seorang doktor, belajarlah untuk menjadi doktor yang memahami islam dalam tugasmu..Insyaallah sangat mudah tugasmu itu..

"Ya ALLAH.. aku telah berusaha untuk menyembuhkan para pesakitku..namun, Engkau adalah pemilik segala-galanya, Ampuni dosa-dosa aku dalam setiap sentuhanku dan jihadku dlam melaksanakan tugas ini.." aku merintih pada ALLAH, kerana bgku Dia yang layak mendengar rintihan ini. Selesai menunaikan solat aku menyambung tugasku, iaitu melawat para pesakit dibawah jagaan dan pemantaunku..

"Dr Haiqal.. Pesakit katil 112 nak jumpa dr.." ..

Aku bergegas ke katil yang diberitahu.. Alia qairina, itulah nama pesakitku. Seorang anak kecil yang cukup tabah. Penghidap Leukimia, aku tersenyum melihat anak kecil yang tersenyum manis memandangku..

"Papa dr..!! alia rindu papa dr.. kata nak belanja alia makan aiskrim".. teriak anak kecil setelah melihat wajahku.

Allah, bahagia hati ini melihat anak kecil dihadapan ini, persis anakku.. melihatnya membuatkan aku teringat akan anakku ... Amni, papa rindukan amni. Episod kisah hitam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup seseorang yang bergelar Doktor. Isteri dan anakku.. ALLAH..!!

Kisah 3 tahun yang lalu........

" Abg, nanti jangan lupa ambil amni kat sekolah ye, syg ada kelas tambahan..ganti Cikgu Shima, dia tak dapat hadir hari ni"...

" Baiklah, syg.. nanti masak sedap2..abang ngn amni balik cepat..^^"

Sejam kemudian....

" Syg, abg ad pesakit urgent kes ni.. tak dapat ambil amni.. abg mnta maaf syg,. "

"Abg, xpe.. lps syg hbs kelas syg ambil amni ye,..tadi dah bagitahu cikgu amni suruh jagakan dia kejab. abg! maafkan syg kalau ada apa2 silap dan slah dengan abg..."

Last msg from my dearest wife sblm aku masuk ke bilik pembedahan..Allah, xtahu kenapa hatiku tersa lain..jantungku berdebar2.. tiba-tiba rindukan amni dan Khaisara isteriku .. terasa ingin berlari memeluk mereka.

Alhamdulillah. pembedahan berjalan dan berjaya... tiba-tiba aku menerima panggilan daripada pejabat untuk ready for the next pembedahan.. Ya ALLAH, aku baru niat mahu pulang bertemu insan tersayang..entah kenapa rindu itu semakin menebal pada mereka. Seperti biasa, setelah selesai pembedahan aku akan menunaikan kewajipan ku pada Penciptaku,, Berbicara denganNYA membuat hatiku tenang. Selepas selesai, aku mempersiapkan diriku untuk melaksanakan tugas ini.. Seperti biasa, aku akan ke kauter terlebih dahulu untuk mengetahui siapa pesakit yang akan dibedah bila urgent case macam ni,.selalunya sebab xcident.

"Nurse , tolong bagi fail pesakit yang akan dibedah sejam lagi dibawah nama Dr Haiqal"..

Allllllaaaahhhh..!!!! Nur amni Hasanah Bt Mohammad Aliff haiqal dan Nur Khaisara Aisyah Bt Ahmad.. aku bagaikan ingin pitam dan terasa separuh nyawaku melayang.. itu isteri dan anakku,, ALLAH..! ALLAH...! ALLAH..!! .. aku bergegas ke bilik pembdahan, Dr Khairul datang menenangkan aku.. katanya pihak hospital baru mengetahui case yang aku pegang itu adalah ahli keluargaku sendiri.. Aku melihat bacaan nafas atas alat bantuan yang digunakan anak dan isteriku semakin perlahan.. Dr.khairul akan mengambil alih pembedahan keatas anak ku.. dan aku???? Aku akan melaksanakan tugasku keatas isteriku.. Aku tidak menyangka, selama aku menjadi seorang doktor, aku akan menyentuh isteriku dibilik bedah dan melaksanakan tugas seorang doktor keatas isteriku sendiri.. Air mataku menitis, seperti tiada harapan.. aku tidak akan berputus harapan.

" Sayang, bertahan..abg kat sini,. "..

Aku melihat airmata sedikit mengalir dari kelopak mata ..ternyata istriku mendengar..  Setelah 5 jam bertungkus lumus untuk menyelamatkan kekasih hati aku.. ternyata ALLAH sudah mentakdirkan dia pergi, Tangan inilah yang menyentuh jasadnya hingga ke akhir nafasnya..

Aku mengucup dahi isteriku.. " sayang, abg redha..pergilah dgn tenang.. pergilah kesyurga, abg halalkan segalanya... Syg tunggu abg disana..."

Aku terduduk dan menangis sepuasnya,.. pembedahan anakku amni masih belum selesai.. aku menanti dengan sabar, sementara pihak hospital mempersiapkan jenazah isteriku. Sejam selepas itu, Dr.Khairul keluar dengan nada yang menyedihkan..

" Dr. Haiqal.. Aku minta maaf.. Allah lebih sygkan anak kau...."

Allahuakbar..!!!!!!! aku meraung sekuat dalam hati ini. Dalam satu masa aku telah kehilangan dua insan..hanya sekelip mata.. Isteriku dan juga anakku..  Selama ini tidak pernah aku terfikir akan menjadi Dr kepada keluargaku seperti ini.. Aku meluru masuk melihat jenazah puteri2 kesayangan ku.. Allah, sungguh berat ujian ini, Mereka yang aku sayang dipilihMu disaat aku bergelar seorang doktor dan aku yang menjalani pembedahan keatas isteriku sendiri..

......................................................

"Papa dr..!! papa dr..!!! kenapa menangis..?? ..teriak Alia qairina sambil mencuit pipiku..

Ya ALLAH, baru aku tersedar daripada lamunan kisah sejarah seorang doktor.. aku mengucup dahi alia, tenyata hilang sedikit rinduku pada Amni.. Isteriku??? dialah bidadari terhebat y pernah hadir dalam hdupku. Aku ingin ke syurga bersamanya..

Aku menjadi seorang doktor atas pilihan ALLAH.. bila ONCALL , maka bermulalah jihadku serta dakwahku terhadap islam.. ONCALL ku bukan untuk manusia shja, namun buat ALLAH itu y utama.. Seorang doktor bukanlah Tuhan dan bukan juga Malaikat.. namun dirinya adalah pemegang amanah ALLAH untuk memberi rawatan kepada pesakit2 ALLAH.. jgn memandang doktor itu tiada penyakit hati, kerana terkadang ALLAH menduga mereka dengan ujian yang lebih dasyat dan hebat..:)

Kita yang tak jadi doctor ni pn mesti ONCALL juga ye.. :) :)

^_^ A_A Cikgu Asmalini Ashri (cairoegypt)

7 comments:

  1. Sedihnya kisah ini. Tapi trpancar betapa tabahnya seorang Doktor. Saya ada impian untuk bersuamikan seorang doktor sbb cita-cita saya nk jadi seorang doktor tp xdapat. Sbb tu saya ada impian ini.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha murni doc w.pun jiwa sendiri terluka...

    ReplyDelete
  3. Saya hrp suatu hr nnti saya setabah dr...

    ReplyDelete
  4. tersentuh sgt. doakan saya nanti insyaallah jd dr. ^_^

    ReplyDelete
  5. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  6. Tersentuh dgn cerita doktor, tnp sadar menitis airmata. ..terus berjuang dok

    ReplyDelete
  7. 😭 menusuk kalbu💘..

    ReplyDelete