Monday, April 22, 2013

BAHANG PRU 13 MAKIN HANGAT :)

Bissmillahirrahmanirrahim ,..

Setinggi-tinggi ke syukuran dipanjatkan kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang tidak pernah putus terhadap hambanya. Alhamdulillah masih diberi nikmat islam, iman dan ihsan yang seharusnya kita patut lebih banyak bersyukur. Allahu Rabbi. segala puji hanya untuk Allah.. selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW .

"Jangan disoal ape yang telah islam bagI untuk kita, tapi soal lah apa yang kita bagi untuk islam"

Kehangatn PRU13 makin hangat, rata-rata calon yang mengambil kerusi sudah mula berkempen untuk meraih undi. setelah dibubarkan parlimen yang mana ianya menjadi tanda tanya bagI seluruh Rakyat Malaysia yang menanti akan pembubaran parlimen tersebut akhirnya kini telah diketahui barisan calon yang bertanding. 20 April 2013, ramai yang mula berarak untuk penamaan calon. Ku lihat pelbagai jenis warna yang membanjiri jalan. namun warna terpilih sahaja menjadi tarikkan hati sang pemerhati :)

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sama-sama merasai bahanng PRU13. ini yang perlu kita kaji, ini y perlu kita ketahui, ini yang perlu sama-sama kita perjuangkan. saya telah memilih untuk menjadi seorang pendokong, bukan hanya seorang penyokong. kerana apa? kerana saya tidak mahu hanya tahu menanti akan kemenangan itu, saya mahu biarlah kemenangan kelak dirasai bersama. menjadi jentera penggerak bukanlah mahu menonjolkan usaha yang dilakukan. biar usaha itu tampak kecil, namun andai itu mampu menyumbang akan kemenangan islam, dipandang Allah serta ikhlas melakukannya mengapa harus dipersoalkan. Hari ini, rata-rata anak muda mulai bangkit dan bersuara. saya cukup bertuah dan bangga kerana semangat itu dikongsi bersama. Hari minggu yang mana mahasiswa dan kebanyakkan anak muda memilih untu duduk berehat, saya memilih untu "turun Berjuang" . Saya memilih untuk tidak menghabiskan masa saya hanya berehat dan membaca sahaja, namun ade sumbangan lain yang harus saya berikan jua. Akui saya, title mahasiswa mmg tidak akan lari dengan budaya cintakan ilmu. Namun disini saya tegaskan.  " andai ingin menjadi super power student, jangan hanya tahu buat asaimen sahaja. lihat dunia luar baru kita tahu lebih banyak asaimen yang menanti" :)

Alhamdulillah, pengalaman demi pengalaman saya catat sepanjang penglibatan ini. sungguh pengalaman ini tidak dijual dimana2 restoran mahupun kedai kraftangan. kerana ukiran ini hanya dapat diukir oleh mereka yang berada dalam sistuasi kefahaman yang sama sahaja. Hujan kami redah, cacian kami terima, sokongan padu kami raikan, ujian kami tabah, cinta kami eratkan, kasih sayang kami terbitkan. Cukup indah sehinggakan bila Berpimpinan tangan pun kami rasa tidak mahu melepaskannya. Berarak bersama dalam barisan yang paling hadapan bagi kaum hawa yang hebat. saya cukup teruja dan cukup sebak bila mana melihat kita mahasiswa mula bangkit menyuarakan hujah. Kami berjalan dengan fakta, memandu dengan kefahaman, dan bersuara dengan semangat. Tiada yang memaksa untuk bersama-sama melaungkan hak kami, tapi atas dasar kesedaran diri yang cukup tinggi saya memilih untuk turut serta belajar dalam PRU13 kali ini :)

Alhamdulillah, pengalaman bertugas di kawasan yang bertanding. bertemu dengan barisan tentera yang cukup hebat. mengikuti YB dan berjalan seiirngan menyedarkan diri ini bahawa rendahnya diri ini berjalan dengan orang yang hebat. Namun, disebabkan rendah diri seorang pemimpin berjiwa rakyat itu maka saya mula merasakan islam perlukan mereka :) dengan bangga saya memperkenalkan YB kepada mereka-mereka disana. ternyata, satu pengalaman yang cukup memberi ilmu kepada saya, rakyat yang murah senyuman membuatkan hati tenang berbicara.

Hari ini.. lihatlah dunia dibanjiri dengan satu perubahan. kalau dulunya rakyat hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan. Namun hari ini, rakyat sendiri berani meminta dikotakan janji. Namun masih ada segelintir pemimpin yang masih takut dengan bayang-bayang wajahnya sendiri. ingin memancing undi, fitnah disebar. ingin menang besar sanggup rasuah rakyat, ingin menjadikan negara islam, namun masih kontang-kanting bab agama. ingin orang lain mempercayainya, namun masih terus berdusta. Menyokong akan pemerintahan kezaliman ini sama sahaja membiarkan diri diperlakukan apa sahaja. Kita tidak mahu dilebalkan sebagai " lembu dicucuk hidung" . Maka hari ini UBAH ..

5mei 2013, hari yang dinanti. pastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi. bagi balik mengundi, hati-hati dijalanan. hatta sahabat2 saya dimesir meronta-ronta nak balik, kita yang dah berada di Malaysia ni haruslah bersemangat lebih. :) semoga islam terus berkembang, menjadi pemenang no1, diangkat setingginya dan dipimpin oleh orang yang benar-benar dipilih oleh Allah ..Takbir.. Takbir.. Takbir.

IKHLAS :

SITI ASMALINI BT MOHD ASHRI
MAHASISWA PENDOKONG

Monday, April 8, 2013

Cinta Seorang sahabat :)

"Apalagi yg diperlukan bg sbuah persahabatan, jika ddlmnya terisi jutaan rahmat Ilahi. Bila menangis ada yg meredakan, bila gmbira ada yg mengingatkan, bila sakit ada yg m'doakan, bila sihat ada y meraikan. Alangkah hebatnya p'shbtn, lg hebat jika seiring dlm p'juangan. dmi meraih redha Allah. Moga usia yg tersisa ini dipenuhi dgn kesibukkan dijalan Allah"

Melihat telefon bimbit yang ternyata tidak putus-putus dengan sms daripada sahabat-sahabat hati mula tidak senang duduk. apakah ini tandanya rindu? tersenyum sendirian. Ya ana mulai rindu dengan kalian, rindu ingin belajar bersama-sama, rindu ingin makan beramai-ramai, rindu ingin pergi ke majlis ilmu bersama-sama, rindu kepada sebuah perjuangan bersama-sama. Masih ingt, ketika janji diikrar bersama, tangan kalian erat memaut bahu ini, meyakinkan hati bahawa ini jalan yang terbaik. lantas tersenyum ana ketika itu ternyata ianya bukan mudah, namun itu jalan menuju ke syurga bersama. Sudah berjanji untuk berusaha berpimpinan tangan hingga ke syurga kan? haruslah berusaha! ya pasti berusaha..

"selalu sibuk, bila masa mahu berehat?" tanya seorang sahabat. ana tersenyum, melepaskan hembusan tanda ingin menjawab, " hanya org yg memahami sahaja yg tahu betapa sibuk ini indah".. kelihatan sahabat ana itu sedikit keliru dengan jawapan ana, namun ana katakan "insyaallah, suatu hari nanti kalian pasti memahami" . Mana tidaknya, kaki ini tidak pernah duduk diam, selalu memilih untuk keluar. Bukan kerana "busybody" dengan org diluar, namun ada "tugas" yg perlu diutamakan. Keluar rumah, housemates semua sdg berehat2, bila balik rumah semua housemates dah tidur. Sahabat tersayang, maafkan ana.. Mungkin diri ini kurang bersama kalian, namun ana tetap cintakan kalian seperti sahabat-sahabat yang lain. terima kasih atas penjagaan dan juga keprihatinan kalian terhadap diri ini. Alhamdulillah, Allah sentiasa jaga cinta kita. kerana kita saling memerlukan.

Kata-kata yang sering menjadi penguat semangat ana dikala emosi sedikit jatuh ialah " tempat yang terbaik untuk berehat ialah di syurga," Allahuakbnar, ana cuba mndalami maksud kata-kata ini dan ternyata dunia ini adalah tempat untuk bercucuk tanam yang hasilnya bakal dibawa ke akhirat kelak. Ana membelek-belek senaskah buku yang dipegang " bersyukur saat diuji", bila mana kita bergelar hamba Allah, semakin dekat kita dengan ALLAH maka semakin besar ujian untuk uji keimanan kita. Dalam perjuangan, sudah semestinya pelbagai ujian yang bakal ditempuhi, ini baru sahaja terkena cacian, belum masuk bab kena apa-apa kecedaraan. Jangan berlagak kita hebat kalau kita tidak mampu melawan tohmahan sekecil itu. Kalau kita merasakan ujian kita y paling teruk, ingatlah.. Baginda lebih teruk diuji, Namun bersabar kerana baginda tahu Allah itu MAHA Mengetahui segalanya.

Terima kasih Sahabat yang sering menyedapkan hati ana dengan pelbagai nasihat dan peringatan. Dalam berusaha untuk menjadi seorang dai'e, memang kita memerlukan lebih ramai sahabat yang memahami jalan ini. Kerana, mana mungkin kita mampu bergerak sendirian kan. kan lebih elok andai bergerak secara berjemaah, mereka yang berjemaah itu tampak lebih kuat dan bersemangat. Sedang ana duduk bersendirian, tiba-tiba fikiran melayang kearah satu sudut yang mana teringat akan sesuatu yang membisikkan hati.. " siapakah diantara kita yang akan pergi bertemu Allah dahulu?". Entah kenapa persoalan itu yang muncul, namun hakikatnya perpisahan itu akan kunjung tiba mungkin sikit masa lagi. Ketahuilah, bila Allah sudah menemukan kita semua, ia adalah satu anugerah cinta yang tiada tandingannya. baik dari hati ana, mahupun dari hati-hati kalian. Sungguh ana bersyukur Allah temukan kita, Allah dekatkan hati kita, Allah titipkan semangat perjuangan dalam hati kita. Biar diluar sana tidak memahami tugas kita, kerana Allah itu maha Mengetahui.

Ayuh sahabat-sahabat !! bangkitlah  menuju kearah satu destinasi, YA islam tidak memerlukan kita, namun KITA memerlukan islam. Mereka yang sayangkan islam, tidak akan mungkin hanya goyang kaki menunggu yg lain perjuangkan., bilamana kita mula jatuh cinta dengan Allah, islam dan agama maka saat itu kita akan memikirkan " Aku ingin syahid di jalan Allah".. Jangan hanya meniti dibibir, harus berusaha. Malah perlu lebih berusaha. Jika ingin islam terus KEKAL, maka TOLAK kemalasan, TOLAK fikiran negatif kita, TOLAK hasutan syaitan. Insyaallah satu saat kita akan menuju ke destinasi negara Islam. Ana dan kalian saling memerlukan, anadai jatuh jatuh seorang yang lain jua turut merasa. Analoginya ibarat sebuah kapal yang berlayar, namun jika tiada mereka yang pakar dalam memandu arus, mungkin kapal itu akan hilang arah dan tenggelam. Bersamalah kita, Jangan bersendirian.

Terima kasih kerana menjadi penguat semangat dikala jatuh, terima kasih menjadi penghibur hati dikala sedih, terima kasih menjadi seorang sahabat.. ^^ Allah saja yg mampu membalas cinta kalian. Takbir..!


Cikgu Asmalini Ashri :) :)

Thursday, April 4, 2013

Biar Tidak berkopiah, berjubah tapi jejak kaki ke masjid :)

Bissmillahirrahmanirrahim ..:)

Kaifa halukum? Ana sht alhamdulillah, harap semua shbt sht2 jugak ye..^^ this week saya akan balik bercuti selama seminggu kat rumah n insyaallah akan mula my next travel ke kedah dlm 4hari rasenya. :) Allah, mmg rindu lah kat kedah.. 2tahun tglkan kedah y byk kenangan dan jatuh bangun kat sana. kat sana menemui cinta, kat sana merasai ukhwah, kat sana memendam rasa, kat sna merindui mereka2 yg berjuang bersama. Doakan saya selamat sampai ke kedah ye. Insyaallah byk destinasi nak lawat kat sane.. banyak "jemputan" kat sne.. asiff syg kalau saya tak sempat nak lwt rumah2 korg.. :) :) but i'll try jugak utk pegi ^_____^

Si dia dinanti,
tiada paksaan dalam bersahabat,
menanti tidak,
memberi harapan jua tidak,

Bersabar,
Telah Allah tunjuki jalan itu,
Kenapa harus melangkaui jalan y mudah,
Sedangkan jalan Allah itu lurus dan tersusun.

"BIAR tidak berkopiah, berjubah tapi jejak kaki ke masjid" simple words yg ingin dikongsi bersama. kadang kala terfikir, layakkah aku utk org yg soleh sdgkan aku just biase2 je.. proses berusaha ni mmg perlu bykkn pertanyaan agar y terbaik itu kita temui.. :) :) saya tidak kisah yang dihadapan saya ini siapa, namun apa yg saya inginkan bukan si dia hanya tahu memberi nafkah, memberi perlindungan mahupun ape jua kemewahan tetapi yg saya inginkan si dia itu mampu menjadikan saya bidadari syurga.. bidadarinya kelak. Mencari juga seseorang yang mampu memahami tugas saya kelak bukan sekadar seorang isteri,ibu.. namun ad tgjwb lain ( insyaallah hanya yg berada di taklifan y sma shja memahami) .

saya tidak kisah y bernama itu tdk hensem, namun nak lah y sweet.. :) menjadikan keluarga saya keluarganya tnpa mengira status bgaimana keadaan kami. yg pandai berbicara dan menasihati kerana saya suka y bernama itu berani tampil utk bercakap.. yg memiliki daya kesabaran yg tinggi kerana dia harus tahu saya ini wanita dan hatinya suram suram tu banyak .. dan y penting y memiliki agama dan berusaha utk mempelajarinya setiap masa sb saya mmg harus dibimbing dgn asas agama jua.. :) tidak kisah kalau awak tak naik ferari sekalipun, tdk kisah andai awk tak berharta n tak mmpu membawa saya jelajah ke seluruh dunia sklipun.. sebab i noe, semua itu mmpu digapai andai y dibina itu hanya kerana asas agama, maka akan bahagia dan merasai cukupnya hidup bersama .. :)


jatuh cinta itu fitrah, manusia mmg mudah jatuh cinta.. cinta itu suci, tp ia akan menjadi kotor bila kita y mengotorkannya dgn kelalaian dan alpha kita pd ALLAH. Tiada lagi talian dgn Allah, kerana bg kita dia tersgt perfect .. Allah, jauhi kami drpd merasai semua itu. saya berhak utk jual mahal, saya berhak utk memilih dan saya berhak utk tidak memberi harapan kerana saya ada matlamat.. matlamat itu jelas.. ingin bercinta slps kawen :) yes,..! saya tak kisah kalau Allah letakkan jarak antara kita, saya tak kisah kalau bukan masa ini Allah nk pertemukan kita.. kerana sy mnta ALLAH temukan sy bila kita sama2 telah bersedia.. jauh disudut hati saya, sy mmg mnanti hadirnya kamu.. namun, insyaallah doa sbgai pengikat semua penantian.. Entah "siapa" .. kan itu rahsia.. ^_^

Saya anggap masa yg Allah sediakan ini adlh utk saya lebih focus kpd matlamat sy y lain. sy ingin menjadi lebih baik.. ingin mencari ilmu dan travel jauh2.. <3 dan saya sgt memerlukan dia utk lebih memahami kehendak saya, :) Insyaallah, one fine day akan dtg my prince tu kan..^_^

# semua y berlaku adlh atas kehendak Allah.. Alhamdulillah, now sy bhgia dgn keadaan ini.. tidak terikat dan berhak mencri..kerana ummi kata " cuti nanti bawa balik menantu lah sorg, farah dah.. lini bila lagi " .. :) insyaallah ummi.. mungkin masin mulut ummi, seorang cikgu jgk y dia nak.. maka kena carilah cikgu kat cni ..^_^  insyaallah... tak kisah lah cikgu ke doktor.. tp, rasanya cikgu is the best kot.. ^_^

doakan pnjg umur n sempat cri seorang cikgu utk ummi.. <3