Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt :)

Rase gembira je tetibe.. entah kenapa. Alhamdulillah.. syukran Allah. mungkin Allah sering memberiku mendengar perkara2 yg baik saja dulu kini dan selamanya..:) mana taknya, semakin saya mengelak utk perkara itu, Dia mendatangkan perkhabaran yg gembira. subhanaallah, Maha suci Allah yg mententeramkan jiwa dan hati ini. sekarang ni, focus utama adalah mencapai target yang dilakar di sebuah kertas. even hanya pada sehelai kertas yg sering saya lakukan dulu2.. namun itu la gambaran yg "bakal" saya lakukan. Usaha.. yes..! saya tengah berusaha.. semoga lakaran itu memberi manfaat pada kehidupan yang realiti ..Ameen.

Alhamdulillah, dikelilingi oleh sahabat2 yg cukup memahami langkah kecil ini. diberi sumbangan sokongan sudah cukup bg saya utk berdiri semampu mungkin. namun, ade juga yg masih lg tidak memahami, tapi... saya harap... one fine day u'll understand mcm mane diri saya tanpa mempersoalkan ia. saya tidak kesah even kamu fikir saya terlalu "sibuk" sehinggakan sgup berkorban cuti semata2 utk hal ini.. tidak mengapa, saya berlapang dada.. kerana mgkin cra penggunaan wktu kita itu berbeza. :) Alhamdulillah, suka berada dengan mereka2.. saya suka sibuk begini, sy suka berjalan sana sini.. kerana hanya yg memahami je akn berkata " tidak mengapa, Allah akan byr cash ganjaran ke syurga kelak ats kerja keras kamu" .. Allah, sejuk hati mendengar.. saya tidak merasakan letih Ya ALLAH, sy akn berusaha utk ubah sesuatu..

Bismillahirrahmanirrahim.. Allah, terimala langkah kaki ini dengan memandang akan usahanya utk membaiki dirinya jua. saya masih perlu banyak belajar.. semoga saya sentiasa istiqamah dalam langkah yg dimulai dengan lfz yg mulia ini.. tidak akn berpatah dan kuat semangat.. :)

Insyaallah fi hifzillah ..^^


Saturday, June 8, 2013

Senyum, Si dia berpraktikal,habis belajar :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah diberi ruang sedikit menghirup udara segar selepas semalaman duk terbaring dek kerana sakit menyerang. Allahu Allah, ujian sikit, xpe.. Allah syg. Penghapus dosa. Ubat hanya sampingan dalam usaha, semuanya Allah y bagi rsa. Senyum ^_^ .. Bila sakit2, rindu umi lah pulak, rindu nak manja2 dgn umi mnta umi jagakan. jaga diri sendiri time sakit xsama macam umi jaga =_=' Allah, sabar hati. Emm, actly hati ni dilanda sedih banyak dek kerana senior2 a.k.a kakak dan abang2 senior merangkap ahli keluargaku sendiri yg kt upsi ni dah nak pegi praktikal n dah nak habis belajar. Allah, kami kat cni dah macam adik beradik dan itulah tanda cinta dan janji kami bila bersahabat. memandangkan kami semua kat cni rapat n tiada jurang dalam bersahabat, itu y membuatkn kami bkl rindu kenangan bersama.. huhuhu

lps ni lin mst rinddu nak tgk muka kalian kat surau, nk usrah sesame, iftar sesame, jalan2.. turun berjuang bersama2. rindu..rindu.. Allahuakbar..! teringat musim PRU 13, ukhwah tu terasa bagai tiada y mampu pisahkan kita semua kan.. ^^ rindu.. dan teramat rindu. mana tidaknya, lin demam sikit berpusu2 msg msuk, org dtg lawat, bg hadiah, bg mcm2.. jatuh cinta.. jatuh cinta :) lagi best bila xbertenu wlpun sehari, mesti kalau jumpe nak peluk2 n manja2.. ^_^ sweetnya kita semua kan?? Allah sje y tahu kehebatan ukhwah kita semua yg org lain xmmpu rasa. Sedih bilamana ade sesetengah manusia yg menolak utk berukhwah dengan baik hanya kerana masalah personal, Allah..contoh mslh family. saya bukan insan begitu, dan saya tidak meletakkan masalah perhubungan adalah mslh y besar. bila bersahabat, saya akn berusaha utk menjadikannya sahabat yg terbaik dunia Akhirat,. saya akan menyayangi semua sahabat saya. Alhamdulillah, semua y sy kenal xde lg y mcm tu. semua baik2  ^^

Terima kasih semua sudi jaga lin, dan memberi lin ruang utk belajar benda2 baru drpd senior hebat..^^ Alhamdulillah, diri ini selalu diberi pelbagai peringatan dan rasa bertuah.. bertuah (hanya yg memahaminya bakal memahami).. ^_^ Allah.. Allah, terasa nak makan suapan sahabat2 je, rindu pulak..! T_T.. insyaallah, kita berpisah hanya seketika, kerana itu adalah adat perjuangan. Tiada yg kekal didunia ini.. Insyaallah diakhirat sana bakal Bersatu kembali.. :) Im gonna miss all of u ukhti wa akhi,... :)

Ana bakal merindui detik2 ini, dan perginya mereka bakal mengubah kehidupan naik sem baru nanti.. =_=' (bersedialah yg lain)


















Semoga Allah pertemukan kita semua di syurga :) 

Semoga berjaya sahabat2.. ana disini mendoakan yang terbaik buat kalian.. ^^

Assalamualaikum wbt

Thursday, June 6, 2013

Episod cinta sang murobbi :)

Warkah I :

Zaman remaja yang terlalu aktif dalam bersaing mendapatkan keputusan yang cemerlang menjadikan aku salah seorang pelajar yang teruja untuk turut bersaing. Ramai dikalangan sahabat-sahabat aku yang mula menyedari akan kepentingan menelaah pelajaran, kerana telah terhidu bau gerbang menara gading. Namun rutin harianku sedikit berbeza dengan sahabat-sahabatku yang lain, aku tidaklah sebijak dan sepintar mereka yang laju dalam memahami apa jua yang dipelajari, namun kelemahan itu aku tutupi dengan peluang yang ada aku cuba perbaiki mutu pembelajaranku. Didalam kelas, aku meminati matapelajara Perakaunan. Aku juga bersungguh mengajar sahabat sekelasku untuk memahami subjek ini sehingga sanggup mengadakan kelas tambahan. Ya, dahulunya tekun dalam mendalami ilmu. ternyata saat ini aku mulai rindu zamanku di sekolah menengah. 

Ketika yang lain mampu menghabiskan rehat setelah tamat sesi pembelajaran, aku terpaksa berkejaran dengan uniform yang masih lengkap untuk pulang ke rumah bagi melaksanakan tugasku yang lain pula, iaitu membantu ibu ku dalam urusan kerjanya. Ibuku selalu berpesan " kalau kita tolong keluarga kita, insyaallah ada keberkatan dalam belajar". Maka aku pegang kata-kata ibuku sekuat hatiku. terkadang aku menangis kerana aku tidak mampu pandai seperti yang lain, maka bermulalah detik stay up ku dikala yang lain khusyuk dibuai mimpi. Setelah balik membantu ibuku, aku persiap-siapkan diri untuk menelaah pelajaran. Jam didinding menunjukkan pukul 12 tengah malam, Aku masih tekun menekan kalkulator untuk belajar akaun dan addmath yang boleh dianggap Killer paper bagiku. Aku bukan student aliran Sains, kerana minatku bukan dibidang itu. Bersyukur kerana Allah mengetahu akan kesesuaian mindaku dimana. 

Alhamdulillah, ketika keputusan ada ditangan aku menadah tangan bersyukur kehadrat Ilahi. SPM adalah gerbang melangkah ke gerbang yang lebih kehadapan. Maka pelbagai tawaran aku terima, pelbagai kos yang aku dapat. Namun setelah istikarah, maka aku memilih untuk menyambungkan pengajianku di Kolej Matrikulasi Kedah. Segalanya mula berubah setelah aku menjejakkan kaki di Matrikulasi dan mula bergelar mahasiswi. Ternyata bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan daya saing yang lebih tinggi. Ye matrik bukan mudah untuk mendapat Pointer 3.5 keatas, namun aku tetap berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah aku dapat walaupun puas menangis dengan keadaan disana kerana aku memiliki masalah "homesick" yang agak teruk. Tetapi aku bersyukur Allah temukan Aku dengan sahabat-sahabat yang sungguh memahami aku.

" Sudah berpunya". Tersentap mendengar ayat yang dikeluarkan seorang teman tatkala kami khusyuk menelaah pelajaran. Aku insan yang bukan mudah menerima orang dalam hidupku, ternyata pertanyaan itu membuatkan aku teringat kisah lama. Tiada yang perlu dinanti, kerana aku lebih selesa menerima bila bersedia. Namun, pertanyaan itu juga membuatkan aku hanya tersenyum dan berkata "ye, sudah berpunya". Selesa dengan jawapan sebegitu, tapi aku lebih selesa hanya aku memahami maksud itu. Cukup zaman matrik itu mengajar aku erti sebuah perhubungan, mungkin selepas ini tiada lagi pengharapan. Waktu itu aku masih terlalu mentah, tidak memahami secara mendalam. Ini episod soal hati. Namun ada yang lebih penting iaitu daripad Matrikulasi aku belajar untuk menerima segalanya dengan redha, jawapan yang perlu ditangung risikonya, daripada segala ini aku belajar mendekatkan diri dengan Allah. Menitis airmata dan mengadu rasa kecewa ditikar sejadah dalam sujud istikarahku. Tidak pernah memiliki insan teristimewa, namun bila Allah memberi rasa, tiba-tiba diuji dengan ujian berat. ternyata aku sebenarnya seorang yang kuat. Sehingga aku menamatkan pengajianku di Matrikulasi.

Akhirnya, kini aku telah tamat pengajianku di Matrikulasi. segala kenangan dan pengalaman amat aku rindui. sehinggakan terkadang ianya membuatkan aku menangis sendirian. Aku rindukan belaian sahabat2ku, nasihat mereka, gelak tawa mereka dan rindu ingin mencipta kenangan bersama semula. Namun harus aku terima, perpisahan itu tetap harus dilalui walaupun perit, kerana masing-masing mempunyai misi untuk meneruskan hidup kehadapan. Segala yang telah Allah campakkan kedalam kehidupanku selama setahun disana banyak mengajarku erti syukur dan mendekatkan diriku denganNYA. semoga suatu hari nanti aku menemui jalan kearahnya walaupun terkadang kecundang ditengah jalan.

Pengajianku disambung di Next persinggahan.. Maka bermula pelbagai episod baru di sana.

_ BERSAMBUNG_