Thursday, June 6, 2013

Episod cinta sang murobbi :)

Warkah I :

Zaman remaja yang terlalu aktif dalam bersaing mendapatkan keputusan yang cemerlang menjadikan aku salah seorang pelajar yang teruja untuk turut bersaing. Ramai dikalangan sahabat-sahabat aku yang mula menyedari akan kepentingan menelaah pelajaran, kerana telah terhidu bau gerbang menara gading. Namun rutin harianku sedikit berbeza dengan sahabat-sahabatku yang lain, aku tidaklah sebijak dan sepintar mereka yang laju dalam memahami apa jua yang dipelajari, namun kelemahan itu aku tutupi dengan peluang yang ada aku cuba perbaiki mutu pembelajaranku. Didalam kelas, aku meminati matapelajara Perakaunan. Aku juga bersungguh mengajar sahabat sekelasku untuk memahami subjek ini sehingga sanggup mengadakan kelas tambahan. Ya, dahulunya tekun dalam mendalami ilmu. ternyata saat ini aku mulai rindu zamanku di sekolah menengah. 

Ketika yang lain mampu menghabiskan rehat setelah tamat sesi pembelajaran, aku terpaksa berkejaran dengan uniform yang masih lengkap untuk pulang ke rumah bagi melaksanakan tugasku yang lain pula, iaitu membantu ibu ku dalam urusan kerjanya. Ibuku selalu berpesan " kalau kita tolong keluarga kita, insyaallah ada keberkatan dalam belajar". Maka aku pegang kata-kata ibuku sekuat hatiku. terkadang aku menangis kerana aku tidak mampu pandai seperti yang lain, maka bermulalah detik stay up ku dikala yang lain khusyuk dibuai mimpi. Setelah balik membantu ibuku, aku persiap-siapkan diri untuk menelaah pelajaran. Jam didinding menunjukkan pukul 12 tengah malam, Aku masih tekun menekan kalkulator untuk belajar akaun dan addmath yang boleh dianggap Killer paper bagiku. Aku bukan student aliran Sains, kerana minatku bukan dibidang itu. Bersyukur kerana Allah mengetahu akan kesesuaian mindaku dimana. 

Alhamdulillah, ketika keputusan ada ditangan aku menadah tangan bersyukur kehadrat Ilahi. SPM adalah gerbang melangkah ke gerbang yang lebih kehadapan. Maka pelbagai tawaran aku terima, pelbagai kos yang aku dapat. Namun setelah istikarah, maka aku memilih untuk menyambungkan pengajianku di Kolej Matrikulasi Kedah. Segalanya mula berubah setelah aku menjejakkan kaki di Matrikulasi dan mula bergelar mahasiswi. Ternyata bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan daya saing yang lebih tinggi. Ye matrik bukan mudah untuk mendapat Pointer 3.5 keatas, namun aku tetap berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah aku dapat walaupun puas menangis dengan keadaan disana kerana aku memiliki masalah "homesick" yang agak teruk. Tetapi aku bersyukur Allah temukan Aku dengan sahabat-sahabat yang sungguh memahami aku.

" Sudah berpunya". Tersentap mendengar ayat yang dikeluarkan seorang teman tatkala kami khusyuk menelaah pelajaran. Aku insan yang bukan mudah menerima orang dalam hidupku, ternyata pertanyaan itu membuatkan aku teringat kisah lama. Tiada yang perlu dinanti, kerana aku lebih selesa menerima bila bersedia. Namun, pertanyaan itu juga membuatkan aku hanya tersenyum dan berkata "ye, sudah berpunya". Selesa dengan jawapan sebegitu, tapi aku lebih selesa hanya aku memahami maksud itu. Cukup zaman matrik itu mengajar aku erti sebuah perhubungan, mungkin selepas ini tiada lagi pengharapan. Waktu itu aku masih terlalu mentah, tidak memahami secara mendalam. Ini episod soal hati. Namun ada yang lebih penting iaitu daripad Matrikulasi aku belajar untuk menerima segalanya dengan redha, jawapan yang perlu ditangung risikonya, daripada segala ini aku belajar mendekatkan diri dengan Allah. Menitis airmata dan mengadu rasa kecewa ditikar sejadah dalam sujud istikarahku. Tidak pernah memiliki insan teristimewa, namun bila Allah memberi rasa, tiba-tiba diuji dengan ujian berat. ternyata aku sebenarnya seorang yang kuat. Sehingga aku menamatkan pengajianku di Matrikulasi.

Akhirnya, kini aku telah tamat pengajianku di Matrikulasi. segala kenangan dan pengalaman amat aku rindui. sehinggakan terkadang ianya membuatkan aku menangis sendirian. Aku rindukan belaian sahabat2ku, nasihat mereka, gelak tawa mereka dan rindu ingin mencipta kenangan bersama semula. Namun harus aku terima, perpisahan itu tetap harus dilalui walaupun perit, kerana masing-masing mempunyai misi untuk meneruskan hidup kehadapan. Segala yang telah Allah campakkan kedalam kehidupanku selama setahun disana banyak mengajarku erti syukur dan mendekatkan diriku denganNYA. semoga suatu hari nanti aku menemui jalan kearahnya walaupun terkadang kecundang ditengah jalan.

Pengajianku disambung di Next persinggahan.. Maka bermula pelbagai episod baru di sana.

_ BERSAMBUNG_

No comments:

Post a Comment