Sunday, September 30, 2012

Tiada kejayaan tanpa langkah

 Kejayaan, satu perkataan yang sering kita sebut,kita ungkap,kita yakini akan berlaku kan? tetapi,disebalik perkataan itu tersimpan 1001 makna yang perlu kita berusaha untuk mencungkilnya sendiri. Tertarik dengan sepotong ayat yang membawa makna yang mendalam iaitu :

" ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI SESEORANG HAMBANYA DENGAN BEBANAN YANG TIDAK MAMPU DITANGGUNG ATAU DIPIKULNYA"...

Sahabat yang dikasihi ALLAH,

Satu kejayaan yang besar ialah apabila kita Berjaya menjadi seorang mukmin yang cemerlang. Rata-rata mereka yang seusia dengan kita yang masih belajar di IPTA/IPTS atau dimana-mana pusat pengajian lain sibuk mengejar kejayaan akademik berbanding mencari ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Fenomena ini memberi impak yang negatif dalam pembangunan ummah. Hal ini terjadi kerana manusia sekarang terdidik atas dasar mencari pekerjaan yang menjamin kehidupan yang selesa,jadi untuk mendapatkan pekerjaan yang selesa pencapaian mereka dalam bidang akademik khususnya dititikberatkan. Sebagai seorang mahasiswa/i , seharusnya kita perlu bijak dalam membahagikan masa untuk mendalami sesuatu ilmu kerana kedua-duanya adalah sangat penting dan merupakan asas kehidupan seseorang yang beragama islam.

Melihat kepada kejayaan para sahabat yang meraih pointer tinggi 4.0, terdetik dihati " kenapa aku tidak mampu memiliki kejayaan sepertinya" ? .Sahabat-sahabat sekalian tidak ada kejayaan yang datang bergolek, mungkin kelebihan yang ada padanya itu membuatkan dia mampu memperolehi kejayaan besar dalam akademik,andai kita tidak mampu memiliki sepertinya maka cuba selidik apa yang terkurang dalam diri kita.Mungkin kita telah berusaha tetapi hasilnya terkadang kurang memuaskan hati kan? sebenarnya, ALLAH telah menggantikan kejayaan yang kita tidak peroleh dalam akademik itu dengan kejayaan yang lain,cuba kita duduk disatu sudut dan berfikir bertapa ALLAH itu MAHA PEMBERI terkadang DIA tidak memberi apa yang kita inginkan kerana DIA tahu apa yang kita perlukan dan DIA beri apa yang kita perlukan.

Nasihat buat sahabat-sahabat serta diri yang sedang menulis ini juga,:

" Berusahalah seakan-akan engkau sedang menakluki kota Costantinople
 Yakinilah usaha anda akan dibayar seakan-akan anda sedang bersedekah,
 Melangkahlah seakan-akan anda ingin menjadi mujahid atau mujahidah..
 Dan berdoa pada ALLAH seakan-akan engkau berusaha untuk ke syurgaNYA.!
INSYAALLAH KEJAYAAN ITU MILIK ANDA :) :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment