Monday, October 1, 2012

Sebuah Pulau :)

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t

" Tunjuki kami jalan yg lurus iaitu jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kpd mereka,bukannya jalan orang yang Engku Murka terhada mereka dan bukan pula jalan orang yang sesat" (Surah Al-fatihah Ayat 7)

Maha Suci ALLAH yg menjadikan langit dan bumi,siang dan malam,apa yang ada didalam bumi dan di luarnya.. sedikit perkongsian yg sy anggp boleh dan mudah untuk anda(pembaca) fahami..insyaALLAH :)

Pernahkah anda merasakan sesuatu yang sangat2 berat untuk anda hadapi sehinggakan anda merasakan tiada jalan penyelesaian untuk masalah anda? yes, sy yakin ada golongan itu,dan hari ini insyaALLAH kita cuba sedaya upaya untuk keluar daripada kesusahan itu dan cuba anggap sesuatu masalah itu simple..:) kerana apa? kerana SETIAP MASALAH YANG BERLAKU ADA JALAN PENYELESAIANNYA . Baiklah, sy akan bagi satu analogi,dan anda cuba fikirkan secara logik dan cuba fahaminya..:)

Katakan anda lemas di suatu tempat yang tiada penghuni,lautan mengelilingi anda,anda tercari sesuatu untuk dijadikan pautan untuk anda mencari daratan,tetapi pandang kanan dan pandang kiri anda tetap tidak menjumpai sesuatu yang boleh anda jadikan pautan. Tenggelam timbul jasad melawan arus,tak berdaya badan hendak melawan pukulan ombak yang semakin menghentam jasad anda. Tiba-tiba, anda terlihat sebatang kayu balak lalu dengan pantas anda mencapainya. 2jam anda terperangkap dilautan sehinggakan anda merasakan " YA ALLAH , mungkin ini cara pengakhiran nafasku". Kayu tadi membawa anda ke persisiran pantai yang mana di sana ada sebuah PULAU.

Ye PULAU.. tiada penghuni, yang ada hanyalah ANDA ! Di pulau itu fikiran anda sekali lagi buntu,tidak tahu diman hendak dituju, ingin ke kiri hutan,ingin ke kanan juga hutan. Anda mula merasakan " Ya ALLAH mungkin ini pengakhiran hidupku".. Di satu sudut anda mula menangisi kerana mengingati dosa2 yang telah anda lakukan sewaktu anda senang dahulu. Anda meraung seorang diri ditengah-tengah pulau yang tiada penghuni sehinggalah anda tertidur dalam esakkan malam.

Paginya, anda terjaga daripada lena kerana merasakan teriknya matahari di kepala, Terdetik di benak fikiran untuk masuk ke hutan mencari sesuatu untuk dijadikan alat meraih pertolongan. Dengan ilmu serta kepakaran yang ada,anda berjaya membuat bendera dengan menggunakan kayu dan baju anda. Dua jam anda menantikan pertolongan,tetapi tiada sahutan daripada mereka yang sudi. Lalu anda menadah tangan memohon pertolongan daripada ALLAH dengan sebenar2nya ikhlas sampaikan airmata kering dan tidak mampu lagi mengalir. selang 3 jam selepas itu, helikopter diudara menunjukkan yang mereka mula menyedari bahawa anda terperangkap dipulau dan mereka mula membantu. Maka selamatlah anda daripada terperangkap dipulau tersebut dan kini anda mula merasakan "sungguh aku bersyukur ALLAH telah MENOLONGKU".....




Sahabat2 sekalian, :) macam mane? boleh faham? ok, cuba anda explain sikit apa yang difahami? :)


ok baiklah, saya akan cuba bagi penjelasan mengenai apa yang cuba sy hide melalui analogi diatas,...:)

Kita manusia.. terkadang hidup penuh dengan kenikmatan, ALLAH bagi,bagi,bagi sehinggakan kita lupa untuk bersyukur.Sampai satu saat,bila ALLAH mendatangkan  serta menimpakan sesuatu yang dasyat kepada kita..barulah kita sedar mengenai kesilapan kita, kita terasa masalah itu tersangat besar sehinggakan kita Berani mengambil jalan yang salah. MASALAH, semua manusia ada masalah.. kalau kita xde masalah saya yakin dan pasti anda akan lupa pada ALLAH.

Analogi saya diatas mengenai "andai anda terperangkap di sebuah pulau" :) lautan yang mengelilingi anda itu diibaratkan adalah sebagai masalah yg melanda anda, semakin anda lari,semakin anda lemas dngan sendirinya sehingga membuatkan anda buntu untuk lari kemana. Lautan itu membuatkan anda berputus asa dengan diri anda dan merasakan mati adalah jalan terakhir tanpa memikirkan cara bagaimana untk menyelamatkan diri. Manakala ombak pula ialah mereka yg memulaukan anda serta cuba untuk menjatuhkan anda. Ini akan membuatkan anda mula merasakan diri tidak berupaya serta tidak diperlukan lagi. Dan kayu itu, anak kunci penyelesaian bagi panduan anda untuk menyelesaikan masalah yg anda hadapi.. dan yang menjadi penyelesaian bagi masalah anda ialah ANDA SENDIRI . ye! anda lah kunci utama dalam penyelesaian masalah anda,.. Muhasabah diri anda,dan check apa silap anda pada ALLAH,bila anda berseorangan baru anda tahu ALLAH BERSAMA ANDA :) kita sering lupa bila dikaburi kenikmatan sehinggakan bila datangnya masalah baru anda sedar siapa yg MEMBERI :) :)


Akhir kata, sahabat2 kawal fikiran kita,kerana ia bakal mempengaruhi tindakkan kita terhadap sesuatu perkara..^_____^ Ingat! ALLAH is always right.. anda jaga ALLAH, ALLAH jaga anda..:) walaupun sebesar mana masalah yg dtg,ingtlah ada penyelesaiannya.. :) :)

fi akhiri kalam, maaf andai ada yg tersilap..:) waallahu'lam:)
                                                                                 

No comments:

Post a Comment