Monday, October 22, 2012

sedikit perkongsian drpd ana..:) :)

Maaf andai ada yg tersilap, bagi yg pergi ke majlis cinta rasul tu boleh la tambah2 ye,..insyaallah..^^
lagipun yg ni ana copy daripada status ana yg kat fb jgk..:) perkongsian ana di fb, dan ana kongsi di sini juga..^^ perkataan2 ini lahir drpd hati ana sendiri.. mohon maaf andai tersilap..:)


Bissmillahirrahmanirahim.. :)

sedikit perkongsian semasa menghadiri majlis ilmu bersama Habib syech asseggaf :)

Alunan Qasidah menusuk ke hati, Subhanaallah! sungguh merdu alunan ini.. Teringat hati kepada Kekasih ALLAH Muhammad Ya Rasulullah.Rindu pada baginda.ALLAHUAKBAR..! terasa berada di smping mereka2 yg begitu mendamaikan tatkala kaki mula melangkah masuk dengan niat yg satu. Melihat pelb
agai jenis ragam manusia yg masing2 sedang khusyuk mendengar alunan qasidah.. Sungguh, saya tidak rugi bilamana memilih untk menghadiri majlis ini berbanding berada dirumah dan duduk goyang kaki je..:) bertuahnya dipilih ALLAH untk menjadi sebahagian tetamu disana..:)

Tazkirah yg sempat didengar..:)

Berilah hatimu dengan dua perkara... iaitu IMAN dan KECINTAAN.
kerana andai ada kedua2nya, maka sejahteralah hidup. bila engkau memiliki iman, engkau tdk akan pernah gusar dengan ujian..dan bila engkau ada kecintaan,maka kebencian itu tdk akan pernah wujud..

Jangan engkau mempersoalkan " aku tdk cukup kasih syg"!!! kerana Baginda sendiri tdk pernah mendapatkannya sejak baginda masih kecil lagi.. saat dilahirkan didunia,baginda sudah kehilangan ayahnya,saat ingin bermanja dengan seorang ibu..ibunya dijemput bertemu ALLAH dikala baginda masih terlalu kecil..tatkala usia menginjak kezaman kanak2..datuknya pula dijemput Ilahi.. baginda kehilangan semua yg baginda syg.. dalam usaha untk menyampaikan islam, baginda dicemuh..! dihina..! dicaci..! ALLAHUAKBAR, Cukup2 sabar baginda dengan semua yg dilaluinya.. kerana apa?? kerana dalam hatinya ada IMAN & KECINTAAN. baginda beriman kepada ALLAH, dan kasih syg serta kecintaan diperoleh dengan mencintai ALLAH S.W.T..SUBHANAALLAH..

# sahabat2 sekalian, adakala kita lupa yg kita ini umat Rasulullah.. dan,kita tdk berusaha untk mencintainya. relakan hati mencintai Rasulullah, kerana Rasulullah jua memberi sepenuh hatinya untk mencntai kita..andai kita tdk mampu mencintai baginda seperti mana para sahabatnya,berusahalah untuk cuba mencintai baginda semampu kita.. Waallahua'lam..:) :)

No comments:

Post a Comment