Sunday, October 14, 2012

Indahnya detik 3 hari bersama :)


Barisan MPP ikm johor, UTP,KPM kuantan, KPM PJ,UPSI,UITM SERI SKANDAR DAN MELAKA 
UNIMAS dan ASWARA

Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. w.b.t

Hati berdebar2 nak pegi ke kem.. seb kem ni peringkat kebangsaan, n dalam fikiran saya, mesti fasi2 Akan marah2,ktorg kena berlari setiap masa, kena denda n so on..:) siap kemas2 beg, ktorg ke foyer KAB untk tngu abg epul hantar ktorg kat bus.. then naik bus UPSI.. :) :) penat jgk ye,. bertolak ke kem ni memakan masa yg lama jgk.. dlm bus tu perut duk bnyi ja kejenye..heheh.. jalan jammed, sgt2 boring.. sepatutnya kami 5 orang perlu berada di sana pkul 530 selewat2nya.. tapi, lain jadinya.. pkul 9 mlm baru smpai,.heheh.pakcik driver tu mmg sgt baik lah, dy hantar ktorg smpai dpn kem..! tmpt tu di kwsan pendlmn so sukar untk sebuah bas masuk..!  kawasan gelap je.. serius! sgt seram..haha.. ada bran?? :) emm, ALHAMDULILLAH, akhirnya kami sampai di tempat y ingin dituju..^^ oh! lupa nak bgthu nama n tempat kem tu.. nama kem tu ialah, KEM HARAP REDHA di hulu langat.. kedatangan kami disambut oleh fasilitator aizul :) ktorg smpai kat kem tu, slot pertama da start, ramainya peserta.. drpd pelbagai universt :) sblm ktorg masuk ke dlm dewan, ktorg smbhyg n mkn dulu.. slps selesai,.... maka bermulalah detik kami sebagai peserta..!!! :)

HARI PERTAMA

Malam tu kami berkenal2an antara satu sama lain, kali pertama sy pergi kem lelaki lebih ramai berbanding perempuan.. hebatlah..! Semuanya nampak hebat, mane taknya MPP n bakal MPP semuanya.. :) asal motivator tanya " ada sape2 nak tnya tak? " ... fuhhh berebut angkat tgn...! terkejut saya.. hehe. then ktorg main games.. nampak simple, tapi sgt mencabar la jgk..kami terus ke aktvt lain iaitu masuk hutan.. malam2 kami masuk hutan,siyes gelap sgt! tak nampak ap.. memang time tu tawakal jela..heheh.. lps tu, fasi lepaskan kami awal, kol12 ktorg diberi keizinan utk berehat..:) :) ktorg sempat aktvt malam je, sbb ptg tu ktorg kan teperangkap dlm jammed..^__^

HARI KEDUA

Aktvti bermula seawal jam 6.30 pagi dengan senaman ringan tapi sgt best,, lelaki diasingkan kerana pergaulan tetap terbatas ye even bercampur.. dlm grup pn tak bercmpur lelaki perempuan.. :) selepas srpn n senaman tu ktorg pn mulalah aktvt yg sgt mencbr mental dan fizikan ktorg.. iaitu,,.mendaki gunung.. perjalan mengambil masa 6jam pergi 3jam dan balik 3 jam.. masa mendaki tu.. mmg byk benda terjadi.. ada yg jatuh tersunggkur,pacat masuk dalam baju lah,jumpa tapak kaki babi, nampak kijang n byk lg.. bakat kepimpinan terserlah bilamana kami semua menjadi leader untk semua org..Alhamdulillah..! akhirnya kami smpai di kawasan air trjun yg Subhanaallah ckup indah! ! sgt indah.. sesi ambik gmbr bermula la ye, sebab tempat cntik kan..heheh.. then sejam duk berehat kat air terjun tu, ktorg pun mula berangkat trun.. untk trun ke bwh lagi2 sgt mencabar, sebab time tu hujan lebat dan jalan sgt licin.. sy 4kali jatuh n kaki seliuh. tp,tetap kuatkan semangat untk bgun dan teruskan prjlnan.. :) saya terlihat air terjun yg jernih disebelah bertukar menjadi air bukit wrna coklat da sgt dlm.. takut jgk la kalau2 tergelincir jatuh kan.. huhuhu,.. nasib baik ktorg ada seorg peserta lelaki yg menjadi penolong dlm perjalanan kami dek kerana kami 4 org terpisah jauh dgn team2 yg lain.. :) ALHAMDULILLAH, akhirnya smpai semula di kem tu.. kami mandi2 dan bersiap2 untk solat.. pukul 2.30ptg kami berkumpul semula dlm dewan.. ckgu jinggo adlh motivator ktorg dan beliau sgt hebat! emm, sesi penghargaan bermula.. ramai y berebut angkat tgn nak bg ucpn,:) then sy memang touching dgn semangat2 serta kata2 kawan2 sy kat cni.. sy menitiskan air mata, cgu jinggo suh sy bgun dan luahkan knpa sy mengis, then sy explain.. ramai y trut menangis.. :) :) heheh... sebelah malam pula kami adakan malam kebudayaan dan sgt teruja dengan persembahan pelajar aswara..! hebat..:) 

Selesai pementasan tu, ktorg main satu games y sgt menguji minda seorng pemimpin.. gamesnya disebut " PELABURAN" :) :) ianya memerlukan kata sepakat serta satu suara.. :) mmg sgt mencabar kerana setiap y menyertai kem ni adlh drpd ltr belakang berbeza,.so byk pendapat..! tapi ALHAMDULILLAH, grup sy menang.. :) :) 

HARI KETIGA/HARI TERAKHIR

Seperti biasa kami bersenam dan sarapan pagi, sebab lepas tu ada aktvt meredah sungai.. mata akan ditutup dan kita akn berjalan sendiri,.. habis kami hari tu bermandikan lumpur,, saya  yg tak pernah menyelam ni pun da pandai menyelam..heheh.. detik2 akhr kami bersama... teringat kenangan semalam..kami berkenalan, berkongsi pendapat dan idea,bergurau senda sebelum tido..mandi bersama,bertukar2 senyuman,.. sgt rapat..! rindu dan rsa xnak berpisah...fasi2 sgt baik dan tdk membuat kami stress spnjg kem ni..:) ingtkan garang,tapi...emmm,siap jadi kawan lagi tu..! hheh... selepas selsai bermandikan lumpur, kami kembali semula ke kem utk kemas brg2.. :( sedihhhhh sgt time tu..rse cm nak tmbh lagi byk hari..huhhuhu.. kat kem ni ad iman muda, bakal PM,bakal menteri kewangan, bkal ckgu n rmai y berkebolehan dlm kepimpinan,... sgt2 teruja dan bersyukur dpt bersama..:) mase nak berpisah tu, peluk2, tukar no phone,nanges2 same.. haha.. memang sweetlah :D lepastu masing2 bawa diri....................................... :( 

# semoga ALLAH pertemukan kita disatu pertemuan yg lain.. saya sgt berbesar hati serta bersyukur menjadi salah seorang peserta di KEM HARAP REDHA..pengalaman ini sgt mahal,tidak semua org dpt merasainya,namun kita boleh membuat org lain rasa ingin menjadi sebahagian drpd kita dengan berkongsi pengalaman kita..:) Seorang pemimpin wujud bilamana ditengah2 kontroversi serta pelbagai konflik yg melanda,drpd situ baru kita tahu siapa yg layak bergelar SEORANG PEMIMPIN,. :) tahniah buat semua y terpilih.. :) syukran ALLAH,.. sy dpt kenal dgn rmai org.. ! bukan calang2 org kerana mereka barisan org y hebat..^________^ 

No comments:

Post a Comment