Sunday, December 29, 2013

Menjadi Sebelum Mencari

Assalamualaikum wbt :)

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat2 baginda, doa buat para sahabat dan ibu bapa serta diri sendiri yang penuh dosa dan hina. mencuri sedikit waktu untuk menulis bicara sederhana yang terlintas difikiran namun tidak terluah dengan kata-kata. kerana malu, saya sorokkan. keran masih lagi cetek ilmu saya mula mencari dan kerana perjalanan itu rahsia Allah, saya belajar mendekatkan diri dengan Allah. Bissmillahirrahmanirrahim, tiada kata sehebat Lailaha Illaallah.. seberat manapun timbangan yang dibandingkan, pasti kalimah itu jauh lebih berat, Allahu Akbar. 

Disebalik senyuman, adakala tersimpan pelbagai persoalan. kerana saya jua wanita. cuba menepis kerana belum bersedia untuk memikirkannya. namun satu sudut bertanya, " sampai bila berdiam, belajarlah untuk bersedia" .. Ya, belajar.. kerana proses ini jua menentu jalan ke syurga. satu saat saya mengambil ruang untuk muhasabah diri. "Andai satu hari nanti mendirikan bait muslim" .. jauh dari sudut hati terasa belum layak untuk memikirkannya. apatah lagi dalam kondisi sekarang yang bukan waktu yang sesuai untuk saya memikirkannya.,. menolak, kian menolak namun cuba tarik nafas dan matangkan fikiran. saya melihat perjalanan untuk ke pertukaran status itu bukan perkara yang mudah dan jalan yang senang. apatah lagi dengan diri yang serba kekurangan. belum layak untuk mentadbir sebuah masjid Allah. Malu pada diri saat memikirkan banyak perkara perlu saya belajar terutamanya aspek agama. 

Membelek-belek artikel mengenai punca-punca penceraian, tips untuk menjadi ibu dan isteri yang solehah, cara membimbing anak-anak kecil, keluarga bahagia.. Apakah itu dinamakan bersedia? NO, itu hanya sekadar proses awal untuk kita belajar. bukan bermakna saat hampirnya perkahwinan baru kita mula nak meneliti perkara-perkara ini. Allah sedang memberi masa untuk kita sama-sama meneliti dan belajar, manfaati masa. Usah terburu-buru dalam membuat keputusan, keran ianya satu perkara yang cukup besar yang perlu kita laksanakan. andai hanya keindahan yang difikir, saya risau bila ditimpa ujian kita semua tidak mampu menerima takdir Ilahi. Mashaallah.

Saya sering beniat untuk berkahwin awal, kerana apa? kerana hati ini mudah dicucuk kata-kata syaitan laknatullah. niatlah untuk berkahwin awal sahabat, kerana ia juga salah satu tarbiyyah jiwa untuk kita berusaha mengelakkan diri daripada melakukan maksiat. bila dua hati bertemu cinta, segalanya terasa indah. itu kerana syaitan yang menampakkannya indah. Nauzubillah.. Sering menasihati diri, belajar untuk menjadi wanita yang mahal, biar ego kita tinggi kerana kita wanita hatinya bukan mampu dibelah 4 seperti lelaki. setia kita Insyaallah pada yang satu, iaitu suami yang soleh. Niat saya itu bukan sahaja, kerana saya jua bermatlamat. saya jua ingin membantu sahabat-sahabat yang lain untuk berbait muslim melalui orang tengah. andai Allah memberi peluang saya teringin membantu. Tetapi, perjuangan ini perlu saya mulakan dengan diri yang hina ini terlebih dahulu, Insyaallah, memilih untuk menggunakan cara sebegini. Biar secara zahir tidak pernah mengenali secara mendalam. Namun Allah itu Maha Adil kekurangan itu ditampung dengan kelebihan.

Berusaha menjadi yang solehah? Allahu Akbar, belum lagi .. belum lagi. apakah tidak layak untuk saya memiliki yang soleh? Insyaallah, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Suatu ketika pasti bertemu. Secara jujur saya cukup segan untuk berbicara hal sebegini, bukan kerana saya tidak serius dan tidak memikirkan kehidupan di masa hadapan, namun kerana malu dengan diri yang serba kekurangan saya menunduk dan mendiamkan diri. Wanita mana tidak mahu ada pendamping yang melindungi dirinya? hero yang boleh menemaninya dikala susah dan senang. soulmate yang boleh menjadi pendengar setia bicara leterannya, perwira yang mampu mengajaknya berjuang bersama dalam keberlangsungan dakwah dan seorang lelaki yang halal untuknya memperolehi keberkatan doa dan keredhaan jalan ke syurga. Pasti mahu, saya mahu dan saya sering memujuk hati, " Mungkin masa ini belum sesuai, Allah sedang persiapkan hari bahagia itu".. Namun satu pesanan pada diri, siapapun dihadapan itu kelak Insyaallah bakal memimpin keluarga dengan baik.

Setiap kali mendengar perkhabaran baik walimatul urus sahabat-sahabat, hati ini melayangkan sekeping doa untuknya dan untuk diriku. semoga saya juga mampu menjadi seperti mereka. HALAL. sekarang ini, ruang dan masa Allah berikan untuk saya berusaha MENJADI SEBELUM MENCARI. mohon doa daripada semua sahabat, semoga roh islam itu sentiasa meresap dalam jiwa hina ini, dan Allah memberi ruang untuk kita sama-sama muhasabah diri. Usah mengeluh, hal ini Allah dah rancang. seketika saya ingin mengajak kalian berfikir mengenai sesuatu perkara, semoga membuka minda.

" ketika Allah turunkan bencana, tidak ramai yang bertaubat kerana fikir itu hanya balasan Allah untuk hambaNYA yang melakukan dosa besar, Ketika Allah memberi sejuta kebahagian kita terlupa untuk bersyukur kerana kita merasakan kegembiraan itu tidak akan Allah tarik kerana kita berada dizon selesa, Ketika Allah turunkan musibah kita menyalahkan takdir kerana kita beranggapan kita sudah berusaha sehabis kita tanpa kita fikir sebenarnya Allah sudah menyediakan apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu" (Asmalini Ashri, 2013)

Tiada kata selain nasihat hati sebagai tarbiyyah dan santapan jiwa, tatkala resah memikirkn perjalanan hidup rajin-rajinkan dan ringan-ringankan tangan untuk membelek Kalam Allah sebagai penawar hati. kerana disetiap persoalan kita, jawapannya telah Allah sediakan didalam sebuah kitab iaitu AL-QURAN. andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang merelakan diri untuk bertempur. tetapi perjuangan ini hanya untuk orang yang dipilih Allah kerana ia sukar dan ganjarannya mahal. semoga kita menjadi salah seorang daripada syahid perjuang yang disebut penduduk langit dan bumi kelak :)

Akhir kata, bicara ini sekadar secebis lontaran fikiran, Tiada yang lebih hebat perancanganya melainkan Allah. serahkan diri pada YANG ESA, selamat dirimu. dari api neraka dan berjalan ke syurga. 

Assalamualaikum wbt :)


Wednesday, December 25, 2013

saya akan merindui detik bersama Kalian sahabat :)

Perjuangan :)

Bissmillahirrahmanirrahim..

Bangunlah wahai manusia yang masih lena tidur, masih asyik berehat, masih khusyuk melakukan maksiat. bangkitlah menegakkan syiar islam, bangkitlah berjuang. tugas kau disini bukan untuk bersahaja, tapi bermatlamat. carilah jawapan kenapa Allah turunkan kau ke dunia ini,.. carilah jawapan itu. :)

Alhamdulillah, diberi nikmat iman, islam dan ihsan.. mampu berdiri dengan sihat. menarik nafas panjang, ternyata hari-hari yang dilalui kian mencabar. terasa bagai kaki lemah untuk bergerak. kenapa? kerana masa kian mencembuirui aku untuk berada dizon selesa seperti kalian. tatkala aku mengambil masa untuk muhasabah diri ( selalunya waktu sebelum tidur) pasti aku menitiskan airmata. kenapa? kerana aku belum cukup hebat dalam berjuang. siapa aku hendak dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih hebat?? aku tidak sama sekali. Orang yang memegang amanah, bukan bermakna dia adalah yang terbaik diantara yang ada, tetapi itu sebenarnya ujian buat mereka. ujian samaada lebih dekat dengan Allah ataupun sebaliknya. Seketika aku berhubung dengan naqibahku, untuk mendapatkan serba sedikit nasihat, lalu naqibahku mengatakan "hanya orang yang berada ditempat itu sahaja mampu merasai bagaimana mereka melaksanakan amanah itu, sedang yang lain tidak mampu memahami"


Maha Suci Allah yang menggerakkan hati-hati manusia, tatkala aku "penat" dalam berkejaran, Allah tiupkan tenaga supaya aku mengerti akan landasan perjuangan ini. Ya, kami berdiri kerana kami faham fikrah perjuangan. kami diajar, dan kami dibentuk. Mashaallah, indahnya ukhwah ini. indah... mencari bait-bait kata tafsir al-quran untuk dijadikan semangat dalam perjuangan, ternyata Allah menjaga diri ini. semangat sungguh bila nak bekerja, macam minum suplement pulak ,, hehe,. tapi, itulah.. apa-apapun kita kena jelas fikrah, kena tahu kenapa kita ditempatkan disitu. walaupun 24hours kian diisi dengan pelbagai program, insyaallah.. saya harapkan program2 itu mampu mendekatkan diri kepada Allah. Niat saya satu.. mati syahid dalam perjuangan.


hari-hari dilalui kian membawa 1001 cerita. pelbagai cerita.. ada yang gembira,sedih dan bercampur. Alhamdulillah, sesi kali ini saya bertanding di kerusi MPP.. Dan diberi peluang oleh Allah untuk mentadbir Universiti. Allah, cukup besar amanah ini, menitis airmata saat diumumkan layak memegang kerusi MPP. bukan bangga, namun dibarisan kami sudah diajar untuk berjuang dan melangkah kehadapan...amanah ini cukup besar,... Insyaallah akan diperjuangkan dengan sebaik mungkin .

selepas diumumkan maka bermula episod baru kehidupan, Ya berbeza.. mmg berbeza. dulu kebudak2kan.. sekarang saya harus matang memikirkan pelbagai perkara. bukan hal diri saya sahaja, malah semua. kerana ustaz selalu ingtkan 4 golongan pemimpin yang akan disoal oleh Allah diakhirat.. terngiang2 .. tertunduk malu dan insaf memikirkannya... tidak mengapa tiada rehat, kerana yakinlah rehat yang paling berkesan ade diakhirat sana. itula yang menjadi semangat kepada kami untuk melangkah.

melihat kepada takwim tahun hadapan.. Allah, ternyata tiada ruang untuk melakukan aktiviti lain melainkan focus untuk program di universiti. Memandangkan saya memegang dua jawatan MPP dan MMK maka saya perlu lebih bijak membahagikan masa utuk run program bagi kedua-duanya. Insyaallah tahun dpn juga praktikal, xsabarnya.. kena susun jadual betul-betul supaya selari dan mampu diikuti .. semoga diredhai jalan jihad ini.

Terima Kasih Allah atas pertolonganMU, dan jadikan kami hambaMU yang sentiasa berusaha untuk terus melangkah, Insyaallah saya kuat, saya mampu, dan saya adalah pemimpin. ^_____^

fi akhiri kalam, semoga Allah jua menjaga kalian.. :)




Sunday, December 15, 2013

Dia Ahmad Ammar :)

Bissmillahirrahmanirrahim..

jari-jemari melihat ramai yang mengepost mengenai satu kisah pemuda yang ana sendiri tidak kenali, mula-mula ana tak endahkan sebab ana takde masa nak membaca time tu. then, hati ni asyik tertanya-tanya. siapa Ahmad Ammar ni? take time, saya pun mula membaca dari satu kisah ke satu kisah. Allahuakbar, menitis airmata.. hati ini bagai disapa sesuatu, rasa apakah ini? ya aku cemburu.. Allah aku cemburu kepada insan yang bernama Ahmad Ammar. pemergiannya khusnul khatimah, ana mula melihat perkembangan ceritanya melalui cerita-cerita yang ditulis oleh ibunya dan sahabat2nya jua. Ternyata Ahmad Ammar bukan calang-calang orang. Hebat. Mashaallah, beruntung ibunya memiliki anak sebaik beliau, yang hidupnya sentiasa berbakt pada islam.

ana membuka page Fb Ahmad Ammar, dan ternyata ramai yang sedih dan bangga dengan beliau. Usianya baru sahaja 20tahun, namun pemergiannya dihabisi dengan syahid bertemu Allah.. Namun aku? bagaimana pengakhiranku Allah? Sebaris nama yg sebelum ini tidak diketahui penduduk bumi, namun Allah angkat namanya setelah pemergiannya. Ya, dia cukup istimewa. dihati ana, ana merasakan bagai sudah lama mengenali as-syahid Ammar ni. rasa bagai mahu bertemu beliau, namun Allah sudah kenalkan kami melalui cerita2 yang ditulis. Subhanaallah... 

ketika ana melihat tribute ammar, menitis airmata jua.. mana tidaknya, bukan rakyat Malaysia sahaja yg mengagumi Ammar, tapi seluruh dunia. Turki terutamanya.. dimana jasad disemadikan di turki. Ana melihat wajah kedua ibu bapanya, cukup tenang. Ya ...ibu mana tidak gembira setelah mendengar perkhabaran syahid si anak. terasa skit melahirkan dan penat membesarkan itu terbayar. ketika ana lemah dalam perjuangan, kata2 ammar menjadi penguat semngat ana.. " kita berjuang letih didunia, sebab nak rehat diakhirat".. terus bersemangat utk melakukan hal-hal yang lain. dia syahid kerana dia syg kan islam dan memberi tubuh badannya pada perjuangan.. namun aku?? selalu bertanya hal ini. ana ingin jua sepertinya.. syahid.. syahid.

andai Ahmad ammar ini mampu menggongcangkan dunia, ana harap bakal ada ahmad ammar yg lain. Insyaallah, ana jua ingin melahirkan Ammar utk islam .. Semoga jalan hidup Ammar akan datang diakhiri dgn syahid jua. Kuatkan hati, pandang ke hadapan.. tugas kita utk berjuang belum selesai, hidup ni adalah utk berjuang. Bukan bersenang-lenang. Berlapang dada, kerana kita bakal mendidik mujahid/mujahidah akan datang :)

Siru' ala barakatillah... takbir..!

Thursday, October 24, 2013

dahulunya saya bukanlah BUDAK MASJID.

berkopiah,
berkain plekat,
beserban,
berjubah,
tunduk pandangan,
bertudung labuh,
berstokin,
pakaian tak ketat,
muka suci je...

itulah antara apa yang aku fikirkan kat budak-budak masjid kampus aku. aku hanyalah mamat berselipar jepun, jeans, t-shirt suku sukuan mana layak nak masuk masjid. Tanggapan aku terhadap diriku cukup menjawab persoalan kenapa aku tidak layak untuk bersama mereka. Aku berbeza dengan mereka. sucinya wajah mereka tatkala dipandang, sedangkan aku rambut tajam bak pisau, bercakap dengan kawan-kawan rapat juga menggunakan perkataan yang kasar-kasar. sungguh aku merasakan diri aku ini tidak layak menjadi seperti mereka.

" amirul, kau xde kelas ke? jom petang ni kita iftar"

hatiku terasa bagai dicucuk sembilu.. IFTAR? ape ke benda pula benda ni. mengikut kefahaman aku, iftar tu berbuka puasa beramai-ramai. sengaja aku tidak bertanya, takut dikatakan jahil. Ya, silap aku. malu bertanya sesat lah jawabnya. tapi, kalau jwapn yg aku teka tu benar, bermakna iftar tu mesti buat macam kat masjid, yang selalunya org berkopiah, org yg solat berjemaah dan awal waktu di masjid dan yang paling penting orang yang baik-baik. aku hanya membalas perlawaan kawan aku dengan menyatakan bahawa aku ada kelas malam, padahal aku berbohong. sebenarnya AKU MALU. kerana aku bukan seperti mereka.

ketika aku dalam perjalanan untuk ke kelas, aku melalui masjid. lalu aku disapa oleh coursemate aku, Muhammad.

" am, kau nak pegi mana?"

"kelas la.. kau ingat aku saja2 pakai smart2 macam ni".. sambil gelak.

"owh.. baiklah, hati-hati dalam perjalanan.. malam ni jom jemaah sesama, ada solat hajat untuk exam nanti"

" insyaallah.."

aku menyalami tangan sahabatku Muhammad. pelawaannya tadi aku sematkan didalam tentatif memori otakku. hatiku terdetik untuk pergi. apakah ini hidayah Allah? berlalu aku dengan senyuman, rasa bagai saudara baru. aku pernah mendengar cakap-cakap belakang kawan-kawanku. kata mereka, 

" budak masjid ni, kalau depa berkawan mmg hak sama jenis ngan dorang ja.. macam kita ni, punah. depa tak pandang dah.. hak tudung labuh tu sama-sama dia ja kalau berkawan. yg laki ni kalau yang gila-gila macam kita mana depa nak kawan"..

sejenak aku berfikir. sebelum aku meninggalkan sahabatku di masjd tadi, aku terpandang sahabat-sahabatnya dibelakang. Ya ternyata betul juga kata kawan-kawanku dulu.memang dorang berkawan sesama dorang ja. aku ni hanya insan biasa, soleh pun tidak, jejak ke masjid jauh sekali. tidak layak rasa diri ini utk berkawan dengan mereka yang baik-baik. hatiku mula meyakinkan kenyataan kawanku tempoh hari. Arrrrggghhh celaru otakku.

terkejut aku dari lena.

"Allahuakbar, dah azan maghrib. lewat dah aku nak ke masjid".. getus hatiku.

lalu aku dengan sepantas mungkin menyiapkan diri. aku mencari pakaian yang paling sesuai dan sopan untk aku ke rumah ALLAH. sungguh saat ini hatiku sebak, jahilnya aku. masakan aku anak lelaki, bakal pemimpin namun tidak pernah jejak ke masjid. sungguh aku malu, malu pada diriku. ku sarungkan kain plekat dengan baju melayu. bergegas aku berlari menuju ke masjid. jaraknya dengan asramaku hanya 3minit, lihatlah bertapa liatnya aku untuk berjalan ke rumah Allah sebelum ni. kali pertama kakiku jejak ke kaki masjid utk berjemaah, airmata bagaikan ingin menitis. namun aku disambut oleh sahabatku ... Muhammad.

bermula detikku menjejakkan kaki di masjid utk berjemaah solat fardu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. dahulunya aku seorang yang cukup lagha, hari ini aku mula mendampingi diriku dgn sahabat-sahabat yang soleh. sejuk mata memandang sahabat-sahabat yang sudi menasihatiku dikala aku leka. Ya, dulu aku fikir, orang macam mereka hanya berkawan dengan orang-orang seperti mereka je. tapi hari ini, aku boleh katakan tanggapan itu salah sama sekali. sebenarnya persepsi negatif itu lahir daripada diri kita sendiri, bila aku mula bergaul dgn mereka, aku mula kenal banyak benda, aku mula belajar berkawan dengan semua orang tdk kira kaki masjid ataupun tidak.

bagi aku, menjadi budak kaki masjid ni tersangatlah menerujakan. hanya orang yang mencintai jalan indah ini sahaja yang mampu merasai manisnya berada dan berusaha jadi orang baik. aku bukan lah 100% baik, tapi aku sedang berusaha meninggalkan kejahilanku, aku berusaha menjadi budak baik. dulunya aku pelik bila orang study kat masjid, tapi hari ni aku lebih selesai study di masjid. rasa bagai ilmu itu sedang menelaah bersamaku. sungguh nikmat Allah cukup besar bagiku. banyak benda aku belajar daripada perkara yang aku benci dahulunya.

ketahuilah, ketika malu untuk berdamping dengan sahabat-sahabat yang soleh/ah.. sebenarnya hati kita mula ingin berkawan dengan sahabat seperti mereka. tidak kira tudung labuh, berjubah, berkopiah atau sebagainya kita semua sahabat. 

budak masjid pun perlukan kawan.

ikhlas,

Cikgu Asmalini Ashri :)


Tuesday, October 8, 2013

Tiada Mantan pejuang :)

Sambil  jari jemari gosokkan pakaian untuk sahabat. hati berzikir pada Allah. Terdengar lirik daripada corong radio

"sudah sunnah orang berjuang,..............."

" amal..! kau nak bakar baju aku ke.. mengelamun pulak".. cuit hanis.

" Mashaallah, hanis.. maaf2..aku tak perasan. maaf sahabat " sambil memeluk hanis

" kau ada masalah ke amal?"

" takde.. kenapa hanis? ".. berkerut dahi

" habis tu dah kenapa kau mengelamun"

" emmm.. hanis, aku nak tanya kau.."

"apa miss.. kalau benda mengarut aku taknak jawab" ..sambil gelak

" hanis, kau sanggup berkorban masa, harta dan tenaga??"

" kau bercakap mengenai apa ni mal??"

" emmm.. jom kita jadi pejuang..!!!"

"ehh, kau ni da kenapa... nak pegi berperang ke.. dah2.. gosok baju aku tu .. aku dah lewat ni. sori suasahkan kau.."...

24jam.. dalam satu hari, pelbagai benda kita boleh buat. 24jam itu suatu masa yang sangat lama. kita kata, kita ingin menjadi seorang pejuang, kita nak tolong agama Allah, kita nak jadi orang yang baik.. tapi dalam 24jam itu, ada masa yang kita korbankan untuk perkara yang sia-sia. kita tidak pernah menagis ataupun menyesal dengan masa yang kita sia-siakan. waktu muda kita terasa seperti hidupnya lama, kerana kita fikirkan matinya dikemudian tua. 

untuk menjadi seorang pejuang tidak dispesifikasi dalam mana-mana kursus. kerana bilamana kita ingin menjadi pejuang, kita harus fleksible. nak jadi tukang masak (chef) digelar pejuang juga. pejuang yang harus memasak dengan ikhlas dan mengelakkan diri memasak benda yang haram. nak jadi pejuang dlm bidang polis, tentera, guru.. cara perjuangan mereka juga berbeza-beza. maka, pejuang itu bidangnya luas. bukan hanya spesifik utk org yg bertudung labuh, berkopiah, berserban,berjubah n duduk atas pentas dan berceramah atau pegang senapang dan berperang.

Jadilah pejuang yang benar-benar ingin berjuang. bukan pejuang yang hanya ingin nama. korban waktu, harta dan tenaga. kelak Allah bakal sediakan ruang rehat yang cukup indah buat kita para pejuang. ada sahabat-sahabt kita hidupnya singkat sahaja, namun hidup singkat itu digunakan utk beramal ibadat kpd Allah.. maka syurga buatnya. manakala ada shbt yg hidupnya lama, namun dia sia-siakan dgn perkara yg tidak berfaedah, maka neraka buatnya. 

Tidak usah kita persoalkan apa yang orang lain telah buat utk menjadi pejuang, sebaliknya check diri kita. apa kita telah menyumbang? atau kita hanya menanti semua itu digerakkan oleh orang lain? ubah sikap kita, tidak salah kita memulakkan sesuatu yang baik dgn cara kita sendiri. gerakkan. kerana kita ingin semua merasa untuk hidup dalam keadaan yang baik. belajar memahami bidang tugas sahabat-sahabat kita, kerana pejuang itu kareernya berbeza-beza dan sudah tentu skillnya juga berbeza. jadi tiada masalah jika kita berkongsi perbezaan itu. Tiada istilah mantan pejuang. kerana hidup kita adalah untuk berjuang,

melihat muka-muka sahabat yang ditemui.. hati berbisik. 

" syukran Allah, jadikan kami pejuang. aturkan masa kami 24jam dengan benda baik tanpa ada perkara yg melalikan hati-hati kami drpd mengingatiMU. beri kami ilmu setiap hari. beri kami merasai nikmatnya menjadi pejuang, jdkan kami hambaMU yg sentiasa bersyukur dgn nikmat dan ujianMU. dan hadirkan kami sahabat2 yang cintakan perjuangan.."

hanisss,,, aku harap kelak kau memahami, aku ingin berjuang untuk semua itu. pejuang yang bagaimana?? seperti mereka yang ikhlas memberi waktunya,hartanya dan tenaganya untuk dikorbankan. Mustahilkan? aku akan usahakan..

telahku siapkan pakaian untuk hanis, tersenyum pada sehelai pakaian. ternyata dirinya sudah mula berubah menjadi seorang pejuang., pejuang yang ingin mencari keredhaan Allah. Ya .. hanis mula berubah menjadi hanis yang lebih baik. semoga kita terus thabat dalam perjuangan, Ameen.

Cikgu Asmalini Ashri :)

Monday, October 7, 2013

Assalamualaikum.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. dibekalkan nikmat islam, iman dan ihsan. sungguh ana bersyukur. banyak ujian yg menimpa diri. namun, besar manalah ujian ana tu nak dibandingkan dgn yg lain kan? senyum, jangan pernah lari dari senyuman, agar yg disekeliling kita juga berasa tenang melihat tenangnya kita disetiap sudut. jgn tonjolkan mslh diri. minta pndgn ttg mslh diri tak slh..tapi meratapi mslh itu tnpa kerelaan hati itu mengundang risau. takut2 kita slh fhm dgn ALLAH.. allah hdrkn mslh utk kta mula mengenalNYA.. tapi kita beranggapan ianya musibah menimpa diri. Allah, semoga hati tidak terlintas dgn perkra2 bgtu ..^^

2 bulan byk berubah. amanah semakin besar,. ana semakin matang (mungkin) .. ana byk belajar benda baru... kata org, kalau kita nakkan sesuatu..usahalah cari. jgn duduk diam.. kdg ana sebak bila terbabas tdo. sebab, bg ana,,, ruginya ana bazirkn masa dgn tdo tanpa selesaikan atau carii kerja yg boleh mendtgkn ilmu pd diri. rehat ana alhamdulillah cukup. kdg terlebih.. yg terlebih tu risau.. ana tak gunakan masa dgn efisyen. Allah. tapi takpe, ana akn usaha utk ubh my attitude supaya jadi lebih baik.

good news, alhamdulillah.. boleh blaja mengaji dengan Yasmine (my new friend from morocco) dy ajar ana mengaji.. ana n yasmine ni kwn baik.. kami slalu jemaah sesama. jd, kami sama2 baiki bcaan bila wktu free..siap pnaskan balik bhsa arab yg pernah ana belajar dulu2.. :) hidup disini alhamdulillah, tak byk sosial, malah byk membantu ana utk lebih berdikari dan menjadi lebih brani. brani utk jd dri sndri.. :)


ana mengantuk.. nanti next time.insyaallah ana tulis sesuatu yg mmpu dikongsi utk semua.. ilaliqa'..:) doakan ana ye,...^_^