Wednesday, January 2, 2013

Saya dan Bulatan gembira :)

Bissmillahirrahmanirrahim.. :)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, langit masih cerah dan kesihatan masih Allah jaga..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. kaifahalukum? semoga semua dalam jagaan rahmat kasih syg ALLAH hendaknya ye..ALLAHUMA AMEEN. Insyaallah, hari ni saya tiba rasa nak kongsi satu kisah hidup seorang yang bergelar "dia" dihati saya.

"Assalamualaikum"..

ana memusingkan kepala mencari si pemilik suara yang terasa hampir dibahang telinga..

"Waalaikummussalam..ye? " balas ana sopan dengan senyuman manis terukir.

"Awak semester1 ke kt cni".. tanya seorang sahabat memulakan perbualan.

"Ye, sem1 ...baru je masuk..^_^ "

Daripada sebuah pertemuan lahirnya "Dia" dihati saya.. Sahabat2 tahu atau pernah tak join bulatan gembira? saya yakin dan percaya ada yang pernah,ada yang jarang, ada yang pernah dengar pasal tu,ada yang nak join tapi segan,ada yang "eh.. ape tu bulatan gembira ye" ..:) Apapun status anda, Insyaallah.. saya akan cuba membuatkan anda tahu, apa itu "BULATAN GEMBIRA".. bukan kuih, bukan nasi, dan bukan juga karipap.. ^_^

Bulatan gembira atau lebih dikenali sebagai usrah adalah salah satu medium yang mampu mengeratkan silaturahim diantara kita satu keluarga, sahabat2 dan saudara mara. Alhamdulillah, ramai yg mula menyukai untuk berada bersama-sama dalam satu bulatan dan mengikat tali persaudaraan yang untuh..

" Eh tadi aku nampak ahmad dengan geng2 senior, dorang buat apa eh? "

Emm.. untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, dalam bulatan gembira ni, bukan duk saja2 ye.. kita akan saling kongsi ilmu, berdebat dan cuba mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah tu. Sangat menarik, sebab masing-masing boleh melontarkan idea serta cadangan. Tak kisah lah walaupun pandangan atau idea kita itu tidak relevan, but ia mengajar serta melatih diri kita untuk bercakap. Anda ada ilmu, tapi tak sampaikan xkemana jugak kan,so.. bulatan gembira boleh membantu kita untuk terus menyampaikan ilmu yg kita ada. Subhanaallah, sungguh saya katakan..andai saya tidak berada dikalangan yg mencintai ilmu ALLAH, saya akan terasa kosongnya hidup ni.

Bulatan gembira menemukan saya dengan ramai sahabat2 baru.. ALLAH ..!! Sungguh ukhwah terasa indahnya. ALLAH pertemukan saya dengan ramai yang mencintai serta menyayangi saya kerana ALLAH. Usrah itu sendiri bermaksud keluarga, jadi disini bagaikan kami adalah satu keluarga. Tatkala keluarga jauh dikampung, ALLAH gantikan kasih sayang keluarga disini bersama adik beradik yang superb ilmunya. Bila berada didalam bulatan gembira, bagaikan satu keluarga,. Bila nak makan, makan ramai-ramai.. terasa nikmatnya bersaudara, bila sakit, ramai-ramai datang melawat, bila down..sama-sama bagi semangat.. terasa ALLAH memberi keluarga yang lengkap.. Subhanaallah.

Cubalah cari waktu, dan sertai bulatan gembira..baru antunna tahu, betapa nikmatnya bekerluarga dengan sahabat yang mempunyai matlamat dan impian yang sama..:) saya sudah jatuh hati pada bulatan gembira, dan haruslah anda juga merasainya.. sekurang2nya kita masih meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah..tatkala leka, ada yang menegur, tatkala alpa ada yang memperingatkan..sweetkan bulatan gembira. :) haruslah selami sendri bagaimana indahnya bulatan gembira ni.. ^_^

Rukun usrah apa sahabat2? :)
 taaruff (saling mengenali)
tafahhum (saling memahami)
takaful (saling membantu)

Alhamdulillah.. ketiga2 rukun ini andai difahami, lebih eratlah kasih sayang sesama kita.. pandangan awal anda haruslah positif mengenai bulatan gembira.. :) ianya sangat menerujakan sapa yang join.. ^_^ Insyaallah, semoga ALLAH pertemukan kita semua dalam satu bulatan indah..

" Bulatan is circle,jangan bengkokkan ia" :)

4 comments:

  1. kongsikan cte.. biar terbit dihati semua org .. bahagianya ada bulatan gembira :).. in shaa allah .. y cari pasti memiliki..

    ReplyDelete
  2. betul tu cikdayahremlee.. ^^ dayah, nati bile2 jom sesama..<3 hihi

    ReplyDelete
  3. Mcm mna nk sertai?sy perlukn pembangunan rohani

    ReplyDelete
  4. pn mardhiah : cuba puan tgk kat area tempat puan belajar atau tinggal. macam kami pelajar agk senang mencari perkara sebegini, sbb kat asrama senior ada buat. kalau yang tinggal dan sudah berumahtangga saya rasa puan kena usaha lebih cari, contoh di surau atau dimasjid.. berdamping dengan mereka n tanya mengenai usrah yang diadakan :) tak pun sertai bersama pljr uni..^^

    ReplyDelete