Saturday, June 14, 2014

Raih kejayaan dalam kelebihan yang tersirat :)

"Ahmad, boleh tolong cikgu?"

"Apa dia cikgu, Insyaallah.." sambil tersenyum

" Tolong cikgu angkatkan buku ni kita bawa ke bilik guru ye?"..

" Baik cikgu.." pantas mengambil.

Dalam perjalanan menuju ke bilik guru, sempat aku melontarkan beberapa pertanyaan pada Ahmad. 

" Ahmad, kamu ada berapa adik-beradik?.."

" ermmmm, saya ada 7 orang cikgu, saya yang pertama.."

" Oh.. begitu,.. ermm, kamu ni pelajar yang rajin Ahmad, anak yang baik. Beruntung ibu bapa kamu memiliki kamu... " sambil memuji.

Ahmad terdiam lalu menundukkan pandangannya. seperti raut wajahnya mula bertukar.

" Ahmad, kamu kenapa? ada masalah?.." tanya aku padanya selaku guru yang penyayang.

" Cikgu, saya teringin nak jadi pelajar yang bijak macam yang lain, saya teringin nak dapatkan straight A dalam peperiksaan, banyak hal yang saya impikan. tetapi tak pernah saya rasai. Saya belajar bersungguh-sungguh, tetapi keputusan saya masih sama. Kecewanya ibu bapa saya dengan keputusan saya cikgu. Kenapa semua ni berlaku pada saya?..."

Kelu lidah aku sebagai guru untuk menjawab persoalan Ahmad, sedari awal aku cukup bangga dengan usaha yang Ahmad lakukan untuk meraih kejayaan seperti yang dia impikan. Namun bagiku, keputusan yang diperoehinya tidak seteruk yang dia fikirkan. Mungkin Ahmad hampar disebabkan dia merasakan sudah usaha sehabis mungkin.

" Ahmad, dengar sini nasihat cikgu. Manusia itu diciptakan berbeza-beza mengikut kemampuannya oleh Allah. Mungkin rezeki Ahmad bukan pada straight A yang Ahmad idamkan, tapi Allah memberi kelebihan pada Ahmad mahir dalam bidang perniagaan seperti yang Ahmad lakukan dalam menolong keluarga. Cikgu cukup bangga melihat Ahmad masak nasi goreng cina yang sedap untuk cikgu hari tu. sangat sedap Ahmad. Nah, mungkin rezeki kejayaan Ahmad melalui kelebihan yang ada pada Ahmad sekarang. Ibu bapa Ahmad pasti bangga mempunyai anak seperti Ahmad yang rajin tanpa mengeluh sepatah dalam membantu mereka dalam perniagaan, ada setengah keluarga mereka diuji mempunyai anak yang kuat bersosial. Lihat, aturan Allah itu hebatkan? ... manusia itu diciptakan mempunyai kelebihan yang tersendiri, cuma kita sahaja yang tidak pandai mencungkil kelebihan yang Allah pinjamkan.."....

" Cikgu, selama ni saya fikir kalau saya dapat straight A saya bakal mengubah nasib keluarga saya.. ternyata kelebihan yang ada pada manusia itu sebenarnya akar yang membawa tumbuhnya kejayaan di masa hadapan..".. sambil tersenyum girang

" Ya Ahmad. Ingat.. manusia itu berbeza-beza. Perbezaan itu melengkapi. kalau semua nak belajar sampai oversea, sapa yang nak jadi tukang sapu sekolah kita ganti kak limah tu pula kan.. " sambil ketawa.

" Cikgu terima kasih, sekarang saya mempunyai semangat yang baru. impian saya adalah untuk memanusiakan manusia, tapi sebelum tu... saya perlu memanusiakan diri saya dahulu. Doakan saya cikgu. 10 tahun lagi, cikgu datanglah ke seminar saya ( berangan) ..." mata berkaca-kaca.

" Insyaallah... kamu mampu menjadi manusia yang luar biasa. cikgu doakan."

Ramai orang merasakan apabila mereka berjaya melangkah ke universiti, maka mereka akan menjadi manusia yang berjaya. Itu bukan kayu ukur sebuah kejayaan, kejayaan itu ada pada diri kita. cungkil ia dan cuba untuk hidupkan kelebihan yang ada supaya ia membuahkan hasil. Even sekarang kita mengambil jurusan Perguruan, ianya tidak mustahil untuk menjadikan kita seorang yang berjaya dalam perniagaan atau bidang  yang lain. Kerana semua manusia mempunyai kelebihan yang boleh membawa mereka kepada kejayaan. 

Asmalini Ashri 14062014

No comments:

Post a Comment