Saturday, January 26, 2013

Mati satu kepastian..

Bissmillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t ..:)

Al -fatihah buat sahabat kita Almarhum siti hajar yg telah dipanggil awal lebih awal daripada kita..Allahu Rabbi, mendapat msg ttg kehilangan shbt saya sgt terkejut.. Mashaallah, sy hanya mendapat tahu dy tenat di hospital, bila dpt tahu yg arwah meninggal, terasa dekatnya kematian dgn saya.. Allah..Allah.. sama2 berjihad di jalan y sama, semoga ALLAH meredhai setiap perjuangan arwah didunia ini buat bekalan di akhirat.. ameen..amenn..


sama2 sedekahkan Al-fatihah buat Siti hajar..

Monday, January 21, 2013

Jihad 1 : Konvensyen fiqh wanita dan islam 2013

Bissmillahirahmanirrahim.. :)

Assalamualaikum w.b.t ..ahlan wasahlan reader, Alhamdulillah ..alhamdulillah.. dah seminggu di K.L ni atas panggilan ALLAH.. memilih utk cuba hidup dn kejar ilmu semampu mungkin. Saya ingin belajarnya sendiri, bukan suka-suka.. tapi sedang memupuk diri ini utk mencintai agama ALLAH.. buat anak2 ibu tersayang.. im trying my best utk jd ibu y baik.. ^_^ tsb nak anak soleh solehah ibu kena jihad diri ibu dulu kan..:) ALLAH.. syukran khatiran, ditengah2 kegelisahan y melanda before im coming here, ALLAH permudahkan dgn memberi rasa ketenangan atas pertolongannya. Bilamana kita merasakan "Ya ALLAH, macam susah je nak pergi,macam penat je semua ni".. Allah telah lapangkan dada kita dengan cintaNya.. Subhanaallah, sy bersyukur umi abah sangat baik bagi green light untk sy cr ilmu dgn cra sy.

Alhamdulillah... hari tu saya buka fb n ternampak banner about k-fiqh 2013, tergerak hati nak skodeng2 lah sikit.. then bace tentatif, nampak menarik..tajuk pn best,.,so sy decide nak pegi. sy try ajak beberapa shbt tp semua ade keje.. jadi dgn nekad sy cakap "xpela, ALLAH akan pertemukan dgn mereka disan" ^_^ tetibe hanan nak ikt jgk..ALLAH, lama tak jumpa my lovely fren tuh.. jd kami sama2 mendaftar lah utk pergi..:) hari bersilih ganti, finally dapat jugak pegi k-fiqh. Alhamdulillah, Ya ALLAH ramai sgt yg pegi..ramai y dhgakan ilmu ALLAH ni..hampir 2000 peserta mulai membanjiri majlis.. :) yg lagi best, artis pn ramai y dtg.. mendaftar as peserta jgk.. cam heliza helmi, kak maria elena.. n beberapa lagi.. :) bagusnya akak2 nieh, rendah diri.. Barisan ahli panel yg cukup hebat membuatkan sy rasa xjemu duk dalam majlis tu.. sungguh banyak mereka curahkan sehinggakan tak terasa masa pantas berlalu pergi.. :)

"Apa yg kamu kerjakan diwaktu mudamu??" Sering terngiang2 di telinga,., i know, sy bukan budak yg baik.. but always force myself utk berubah,, saya ingin waktu muda sy dipenuhi dgn sesuatu y bermanfaat,,. cukuplah sy nakal diwaktu kecil y sering membuatkan umi abah terasa penat menjaga sy,. and now masa y terbaik untuk berubah,, :) do you want to know something ..  tak rugi jadi budak baik yg pergi paksa diri ke mana2 taman syurga.. serius..lagi rasa tenang berbanding melepaskan tension kat mall bersama kawan2 dihujung minggu..^_^ saya rasa, semakin saya belajar..semakin sy tak tahu apa2.. serius rasa malu pada diri,pada ALLAH yg utma.. Allah da  bg byk ruang dan waktu kat asmalini, tapi asmalini kdg2 lalai kan?? Mashaallah..

Banyak ilmu kat k-fiqh sy dapat..insyaallah, sy akan cuba menulis ttg ilmu itu mengikut kefahaman sy ttp merujuk pada buku2 ahli panel jgk..:) but please give me sedikit mase utk mengkaji ttg setiap bab y dikongsi oleh ahli panel dalam slot2 mereka ye,,..:) Oh, sebelum terlupa..sy slalu termimpi nak peluk ustazah fatimah syarha n bersalam ngn beliau..and finally ALLAH makbulkan mimpi sy.. Subhanaallah, pemimpin ini sgh baik,sungguh bijaksana,sungguh solehah.. saya sgt mengagumi beliau dan karya2 hebat beliau.. kita ada pilihan.. samaada nak berjalan dgn org yang baik atau fasiq.. tapi pilihlah utk berjalan dgn org yg baik,kerana itu mungkin akan merubah diri kita.. dan berdamping dgn org y soleh solehah..^^

Alhamdulillah.. this year dlm jadual sy byk majlis2 ilmu y saya nak hadiri.. insyaallah, sy hnya mampu merancang ttp ALLAH lbh tahu y mana terbaik.. :) apa y pntg bg sy.. andai umi abah sy bg green light sy akan pergi..kalau tak, jihad dan bakti sy hnya untuk umi abah.. :) :) actly sy nak pergi lantunan marhaban kat kedah tu esk.. tapi bila umi call suruh balik sb nak tgk muka anak dy y comel ni jadi sy membuat pilihan y lebih aulad lah.. sy memilih utk balik.. insyaallah, masih ad byk lg majlis2 lain.. :) nanti nak pegi ngn umi lah... ^^ insyaallah, sy akan sentiasa "promosikan" majlis2 ilmu y ada kat wall fb sy..so please alert... y k-fiqh hri tu rmai y Pm tanya, n frust lmbt thu info.. tp sy da cuba post2 kat my wall, myb terlepas pndg kot.. takpe masih ad lg.. :) :) jgn risau ye..^^

Kat sana sy jmpe ramai kawan bru,.. macam2 ada.. engineer, dr, cikgu, n byk lg.. masa saya jd imamah for solat berjemaah kat sana, ada y terkejut bila sy kata sy dtg drpd upsi..sb kata mereka,jauhnya dtg semata2 nak mai cni..bagusnya.. saya macam pelik,tapi sy fkir..sy nak travel..^^ yg paling best kat k-fiqh tuh, panel2 dy mmg ilmu tinggi lah.. bile aju soalan terus dpt jwb.. sy ni msih merangkak lagi.. nak berada dihadapan macam tu entah bila,, tp for sure utk anak2 sy,sy akan buat y terbaik.. sy nak dorg bangga ada ibu macam sy,,. :) :) always fikir ttg bakal anak2 sekarang sb sy kena pupuk jihad dlm diri sy sendiri if nak anak2 y cintakan jln ALLAH.. subhanaallah,terasa amat berat..tapi sy cuba. bukan saja2 bercakap mengenai "anak"...but i have my own mission in future,., dalam doa terakhir, sy sering berdoa semoga mereka menjadi saham saya.. ALLAH..ALLAH..ALLAH.. selepas itu sy ingin menutup mata dgn bngga menjadi ibu kpda mereka..

Insyaallah, doakan sy semoga terus istiqamah dalam jln jihad ini..dan sape2 y nak sertai sy..jgn malu2 untk join sama2.. islam utk semua. dan saya shbt anda.. :) :) always sokong anda utk berubah bersama2 .. ^_^

nanti sy kongsikan apa yg saya belajar kat sana ye..:) :) assalamualaikum w.b.t

^_^ A_A Cikgu Asmalini Ashri

Thursday, January 17, 2013

Makna seorang GURU

Andai ditanya pada seorang pemimpin, daripada kalian belajar menjadi seorang pemimpin? Pasti jawab mereka "aku belajar daripada seorang GURU" . Guru, kata pepatah, guru ibarat lilin yang menerangi gelapnya mentari. Telah Allah jadikan saya "seorang guru",bukan ingin megah bangga dengan pangkat yang ada, namun berdiri bagi mencurahkan ilmu pada generasi yang bakal dibentuk. Tugas seorang guru bukan mudah seperti yang disangka,ada sesetengah pihak menyalahkan guru bilamana anak mereka mula terjebak dengan gejala sosial atau mungkin tidak sebijak yang lain.. Hari ini, guru hari ini guru yang intelektual yang perlu menjawab pelbagai isu yang berkaitan dengan "PELAJAR"

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula, saya mengemas-ngemas buku di meja untuk melangkah keluar daripada kelas. Seperti biasa, anak-anak murid saya begitu menghargai tugas seorang guru dengan menghulurkan bantuan untuk membawa buku-buku ke meja guru. Sungguh bangga hati saya yang bergelar seorang guru bila melihat anak didik begitu santun perketi.

"tariq, nanti kamu besar nak jadi apa?"

"emm, insyaallah cikgu, saya nak jadi seorang guru" balas tariq sambil tersenyum memandangku.

"Kenapa mesti seorang cikgu?kenapa tidak doktor ke,engineer ke atau mungkin arkitek? " aku bertanya hairan.

" bagi saya, lahirnya mereka adalah daripada ajaran guru.dan saya akan bangga bila melihat mereka berjaya"..

Ye.. betul kata tariq, lahirnya mereka yang berjaya kerana seorang guru. Terkadang saya terpaksa pulang ke rumah lewat disebabkan tugas-tugas yang belum selesai dan terpaksa pula mengadakan kelas ganti buat anak didik, namun saya berpuas hati kerana apabila melihat mereka berlumba-lumba inginkan ilmu saya mula lega kerana akan datang negara ini akan dipimpin oleh generasi yang intelektual.

"Cikgu, saya letak buku disini ye.."

 tersedar daripada lamunan.." owh, ye..terima kasih sekali lagi tariq.." balas saya mesra.


Melihat negara hari ini mula membangun dengan pesat dek kerana memiliki barisan pakar ekonomi yang bertauliah, tidak kurang juga jemaah-jemaah yang berpusu-pusu mendengar ceramah dan solat berjemaah dengan dibantu oleh barisan yang celik agama, malahan lagi para doktor-doktor yang tidak kisah mengenai masa mereka dengan sentiasa bersiap-sedia memabntu merawat pesakit, semua lahirnya atas didikan seorang Guru.. dalam sabar guru mengajar kamu daripada A-Z sehinggalah hari ini kamu mampu menjadi seorang yang mampu mambawa segulung ijazah.

Teringat saya ketika disekolah rendah, tatkala guru berada dihadapan kenakalan kami sering menguji kesabaran seorang guru.Namun, guru tidak pernah sedikitpun memarahi kami malah menunjukkan apa yang sepatutnya betul dan salah. Sungguh mulia kerja seorang guru, mereka tidak loket dalam memberi ilmu kepada kita, malah berusaha sehabis mungkin setiap saat supaya ilmu itu kita dapat dan mampu dipraktikkan. Bukan senang hendak menjadi seorang guru di sekolah rendah,kerana kenakalan kanak-kanak kadang-kala diluar pemikiran mereka, andai tersalah guru akan dipersalahkan.

Berbeza bilamana saya mulai menginjak ke sekolah menengah, pemikiran yang lebih matang menjadikan saya lebih perihatin dengan tugas seorang guru. Saya lebih peka dengan arahan seorang guru,malah saya mula bangga dengan tuga-tugas guru. Ada suatu ketika, guru saya mengandung dan terpaksa mengajar kami walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Sayu hati saya melihat keadaan guru saya waktu itu, tapi saya bangga dengan kesabaran beliau. Sungguh saya katakan, andai anda menghargai kejayaan anda hari ini, hargailah setiap masa dan tenaga seorang guru yang tidak pernah meminta bayaran untuk setiap ilmu yang mereka curahkan.

Hari ini, saya di Universiti mengambil jurusan Pendidikan. Bukan untuk diri saya sahaja, tetapi memikirkan generasi yang akan datang serta ingin menyambung amanat para guru yang pernah mendidik saya. Jika anda ingin menguji kesabaran anda terhadap manusia, belajar menjadi seorang pendidik. Daripada situ, anda akan mengetahui hebatnya "SEORANG GURU"

"Cikgu Amal, xnak masuk kelas ke? " sapa cikgu Farah

" Mashaallah... dah pukul 12, saya dah terlewat..terima kasih cikgu Farah"

Saya bergegas ke kelas, kelas seterusnya ialah kelas Perakaunan. Seusai melangkah kaki ke dalam kelas, terlihat ramai pelajar berpusu-pusu menyalami tangan halusku ini. Terfikir dibenak fikiran..

" Aku silap kelas ke ni.."

Melihat diatas meja saya dipenuhi dengan pelbagai hadiah, hati tersenyum dan saya terbaca di papan hitam tertulis .

" CIKGU TERIMA KASIH SELAMA INI SENTIASA SABAR DAN MENCURAHKAN ILMU YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA KAMI"..

Allah.. gugur airmata saya tatkala membaca tulisan ikhlas yang dicatitkan di satu sudut yang dilihat jelas. Saya hari ini cukup bangga melihat anak murid dihadapan saya bukan sahaja seseorang yang bijak dalam menggapai ilmu, malah ikhlas menyayangi seorang guru. Tugas guru adalah sebagai seorang penyampai, masa bukan bicara,duit bukan pintaan,namun cukup sekadar kalian ingat Siapa yang pernah mengajarmu sehingga kamu boleh seiring dengan mereka yang berjaya hari ini.

Andai hari ini kalian pernah menggelarkan guru itu dengan gelaran yang suka-suka such as "cikgu singga" percayalah, sampai bila-bila pun anda pasti akan ingat sebaris nama mereka yang bergelar seorang guru. Mungkin seorang guru tidak mampu mengingati kesemua nama anak didik mereka, namu kesemua anak didik mereka PASTI akan mengingati sebaris nama indah seorang "GURU",..


# Buat bakal pendidik diluar sana, jangan mudah putus asa dalam melayan emosi anak didikmu, kerana merekalah yang akan mendoakan kamu bila mata tertutup rapat kelak..:)

Al- Fatihah Buat guru-guru saya yang telah kembali kerahmatullah. Rindu pada bicara seorang guru.

^_^ A_A Cikgu Asmalini Ashri :)

Tuesday, January 15, 2013

Fenomena LISTEN...

Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Buka fb, tgk on of my mpp post about someone.. sblm tu im not really understand apelah y dy duk tulis psl analogi2 ni.. lps tu tgk kat wall penuh about "listen...listen..listen.." lps tu terjumpa lah video pasal tu...and saya tengok serta mengkaji.. Mashaallah, lps tgk vid tu sy terfikir sejenak.."kenapa dy begitu berani menyekat kebebasan bersuara ye?".. Mahasiswa bukan kanak2, kami tahu berfikir..and nowaday mahasiswa da mula celik.. lebih2 lg da nak PRU13 ni..emm, lagi lah depa duk pi mai pi mai.. after KL112..kes ni pulak y fames.. hampir semua mahasiswa mula dok ckp benda tuh ja.. ^_^ bila berbicara, Nabi ajar dengar dulu pendapat org..biar dy luahkan..jgn mencelah even though dy salah..andai dy slh baiki selepas dy hbs berkata2 dgn hjahmu.. but if mereka betul, admit that u are wrong and minta penjelasan drpd dia..^^ seorang pemimpin kena brni terima kritikan ..bukan hanya tahu nak suruh org ikut kita ja.. that is unfair.. manusia bukan hamba kepada manusia..tetapi, manusia boleh menerima andai itu betul.. sgt kecewa dgn "dia" bila berdiri dan melontarkan pndgn sebegitu rupa.. tapi sgt respect bila seorang mahasiswa brni bertanyakan soalan.. mahasiswa serta masyarakat sekarang lebih peka la, maklumat dihujung jari..so, be careful dgn hujah n bicara kalian semua..:)

Jika anda bangga dengan hujah anda wlpun ianya slh, anda seakan2 memperbodohkan diri anda kerana ada mungkin y mendengar lebih berilmu..:)

# Mahasiswa mula bangkit...!!!

..Bila anak muda mula bangkit, usah disekat niat murni itu.. andai kami mula melangkah, jgn digertak,kami tak gusar." (Asmalini Ashri ,2013)

Belajarlah drpd kesilapan, kerana drp itu anda akan belajar memperbaikinya..^^

Friday, January 11, 2013

Aku seorang DOKTOR .. :)

Melihat jam ditangan.. Tepat jam 2.30 petang. Hari ini hari jumaat.. Aku bergegas ke suatu tempat yang memerlukan diriku saat ini. Aku pemegang amanah ALLAH, tugasku bukan seperti yang lain, andai tersilap, mungkin nyawa itu akan melayang. Menolak pintu yg tertulis "KECEMASAN".. Inilah tugasku.. aku "seorang DOKTOR".. memiliki kerjaya dalam bidang profesional bukan suatu yang mudah, apapun kerjaya yang diceburi itulah amanah ALLAH.

" Dr, dah pukul 3.. baik kita mulakan".. bisik nurse menyedarkan aku darpada lamunan.

"Bissmillahirrahmanirrahim.. Ya ALLAH, permulaan ini hanya untukMU,dan pengakhirannya hanya KAU jua mengetahui.."..

Tepat jam 7 petang, maka berakhir pembedahan seorang warga emas yang menghidap penyakit Kanser otak. Namun, aku bukan Tuhan..tugasku bukan memanjangkan hayat seseorang, ALLAH lebih sayangkan pakcik tu, Allah memilihnya untuk bertemu pada hari ini. Dengan lafaz Bissmillah aku memulakan langkah untuk memberitahu perkhabaran ini kepada keluarga mereka..

" Maafkan saya, ALLAH lebih sayangkan ayah encik..sedekahkan Al-fatihah buat beliau"..

Anaknya meraung sekuat hati, bagaikan hospital itu miliknya,.. Sebelum berlalu sempat aku dengar dia memaki hamun tugas seorang doktor. ALLAHUAKBAR, aku hanya mampu pekakkan telinga ini, kerana sudah terbiasa dengan semua ini. Melihat jam ditangan baru aku sedar yang aku belum bertemu Pencipta ku.. lantas dengan sepantas kilat aku ke surau yang berdekatan, Menyempurnakan solatku. Alhamdulillah, islam itu indah, banyak benda yang memudahkan kita dalam kehidupan seharian.. solatku jua ada caranya. Jika engkau bakal seorang doktor, belajarlah untuk menjadi doktor yang memahami islam dalam tugasmu..Insyaallah sangat mudah tugasmu itu..

"Ya ALLAH.. aku telah berusaha untuk menyembuhkan para pesakitku..namun, Engkau adalah pemilik segala-galanya, Ampuni dosa-dosa aku dalam setiap sentuhanku dan jihadku dlam melaksanakan tugas ini.." aku merintih pada ALLAH, kerana bgku Dia yang layak mendengar rintihan ini. Selesai menunaikan solat aku menyambung tugasku, iaitu melawat para pesakit dibawah jagaan dan pemantaunku..

"Dr Haiqal.. Pesakit katil 112 nak jumpa dr.." ..

Aku bergegas ke katil yang diberitahu.. Alia qairina, itulah nama pesakitku. Seorang anak kecil yang cukup tabah. Penghidap Leukimia, aku tersenyum melihat anak kecil yang tersenyum manis memandangku..

"Papa dr..!! alia rindu papa dr.. kata nak belanja alia makan aiskrim".. teriak anak kecil setelah melihat wajahku.

Allah, bahagia hati ini melihat anak kecil dihadapan ini, persis anakku.. melihatnya membuatkan aku teringat akan anakku ... Amni, papa rindukan amni. Episod kisah hitam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup seseorang yang bergelar Doktor. Isteri dan anakku.. ALLAH..!!

Kisah 3 tahun yang lalu........

" Abg, nanti jangan lupa ambil amni kat sekolah ye, syg ada kelas tambahan..ganti Cikgu Shima, dia tak dapat hadir hari ni"...

" Baiklah, syg.. nanti masak sedap2..abang ngn amni balik cepat..^^"

Sejam kemudian....

" Syg, abg ad pesakit urgent kes ni.. tak dapat ambil amni.. abg mnta maaf syg,. "

"Abg, xpe.. lps syg hbs kelas syg ambil amni ye,..tadi dah bagitahu cikgu amni suruh jagakan dia kejab. abg! maafkan syg kalau ada apa2 silap dan slah dengan abg..."

Last msg from my dearest wife sblm aku masuk ke bilik pembedahan..Allah, xtahu kenapa hatiku tersa lain..jantungku berdebar2.. tiba-tiba rindukan amni dan Khaisara isteriku .. terasa ingin berlari memeluk mereka.

Alhamdulillah. pembedahan berjalan dan berjaya... tiba-tiba aku menerima panggilan daripada pejabat untuk ready for the next pembedahan.. Ya ALLAH, aku baru niat mahu pulang bertemu insan tersayang..entah kenapa rindu itu semakin menebal pada mereka. Seperti biasa, setelah selesai pembedahan aku akan menunaikan kewajipan ku pada Penciptaku,, Berbicara denganNYA membuat hatiku tenang. Selepas selesai, aku mempersiapkan diriku untuk melaksanakan tugas ini.. Seperti biasa, aku akan ke kauter terlebih dahulu untuk mengetahui siapa pesakit yang akan dibedah bila urgent case macam ni,.selalunya sebab xcident.

"Nurse , tolong bagi fail pesakit yang akan dibedah sejam lagi dibawah nama Dr Haiqal"..

Allllllaaaahhhh..!!!! Nur amni Hasanah Bt Mohammad Aliff haiqal dan Nur Khaisara Aisyah Bt Ahmad.. aku bagaikan ingin pitam dan terasa separuh nyawaku melayang.. itu isteri dan anakku,, ALLAH..! ALLAH...! ALLAH..!! .. aku bergegas ke bilik pembdahan, Dr Khairul datang menenangkan aku.. katanya pihak hospital baru mengetahui case yang aku pegang itu adalah ahli keluargaku sendiri.. Aku melihat bacaan nafas atas alat bantuan yang digunakan anak dan isteriku semakin perlahan.. Dr.khairul akan mengambil alih pembedahan keatas anak ku.. dan aku???? Aku akan melaksanakan tugasku keatas isteriku.. Aku tidak menyangka, selama aku menjadi seorang doktor, aku akan menyentuh isteriku dibilik bedah dan melaksanakan tugas seorang doktor keatas isteriku sendiri.. Air mataku menitis, seperti tiada harapan.. aku tidak akan berputus harapan.

" Sayang, bertahan..abg kat sini,. "..

Aku melihat airmata sedikit mengalir dari kelopak mata ..ternyata istriku mendengar..  Setelah 5 jam bertungkus lumus untuk menyelamatkan kekasih hati aku.. ternyata ALLAH sudah mentakdirkan dia pergi, Tangan inilah yang menyentuh jasadnya hingga ke akhir nafasnya..

Aku mengucup dahi isteriku.. " sayang, abg redha..pergilah dgn tenang.. pergilah kesyurga, abg halalkan segalanya... Syg tunggu abg disana..."

Aku terduduk dan menangis sepuasnya,.. pembedahan anakku amni masih belum selesai.. aku menanti dengan sabar, sementara pihak hospital mempersiapkan jenazah isteriku. Sejam selepas itu, Dr.Khairul keluar dengan nada yang menyedihkan..

" Dr. Haiqal.. Aku minta maaf.. Allah lebih sygkan anak kau...."

Allahuakbar..!!!!!!! aku meraung sekuat dalam hati ini. Dalam satu masa aku telah kehilangan dua insan..hanya sekelip mata.. Isteriku dan juga anakku..  Selama ini tidak pernah aku terfikir akan menjadi Dr kepada keluargaku seperti ini.. Aku meluru masuk melihat jenazah puteri2 kesayangan ku.. Allah, sungguh berat ujian ini, Mereka yang aku sayang dipilihMu disaat aku bergelar seorang doktor dan aku yang menjalani pembedahan keatas isteriku sendiri..

......................................................

"Papa dr..!! papa dr..!!! kenapa menangis..?? ..teriak Alia qairina sambil mencuit pipiku..

Ya ALLAH, baru aku tersedar daripada lamunan kisah sejarah seorang doktor.. aku mengucup dahi alia, tenyata hilang sedikit rinduku pada Amni.. Isteriku??? dialah bidadari terhebat y pernah hadir dalam hdupku. Aku ingin ke syurga bersamanya..

Aku menjadi seorang doktor atas pilihan ALLAH.. bila ONCALL , maka bermulalah jihadku serta dakwahku terhadap islam.. ONCALL ku bukan untuk manusia shja, namun buat ALLAH itu y utama.. Seorang doktor bukanlah Tuhan dan bukan juga Malaikat.. namun dirinya adalah pemegang amanah ALLAH untuk memberi rawatan kepada pesakit2 ALLAH.. jgn memandang doktor itu tiada penyakit hati, kerana terkadang ALLAH menduga mereka dengan ujian yang lebih dasyat dan hebat..:)

Kita yang tak jadi doctor ni pn mesti ONCALL juga ye.. :) :)

^_^ A_A Cikgu Asmalini Ashri (cairoegypt)

Tuesday, January 8, 2013

Alhamdulillah.. ALLAH Maha besar..:)

Bissmillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t ..^^

Alhamdulillah hari ni saya dah habis paper yg boleh dianggap "killer subject" untuk sem ni ye.. setelah ditapis2, saya mendapati 3 paper y susah tu sudah berlalu.. hehe.. eh skema pulak ayat saya..:) Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Ya ALLAH, dengan cara begini membuatkan otak saya berfikir, susah sikit nak merungut.. Mashaallah Asmalini,.. Xpe, next time kita baiki mana y kurang.. Insyaallah saya nak pointer bersih,..yaitu y bukan drpd sebab meniru ke, guna toyol ke..^^ kan..? buat pengetahuan sahabat2.. sikit masa lagi kita dah nak PRU13 .. sudah layak mengundi kah?? saya sudah,. anda bagaimana?? heheh.. Insyaallah, mohon petunjuk ALLAH supaya diperkenankan pemimpin yg berjiwa rakyat yg syg islam, yg ALLAH syg dia, yg Rendah diri yg ada iman.. Subhanaallah, kalau dpt.. amannya dunia, kuatnya islam..:) Insyaallah..

Andai hari ni saya memilih dia sebagai pemimpin adalah kerana saya fikirkan islam.. fikirkan anak2 saya.. saya ingin anak2 saya membesar dalam suasana islam..sbab sy nak lepaskan mereka pergi berjihad untuk islam.. nak mereka syg islam..

"sayang , ibu tengah berusaha didik hati ibu untuk menjadi pencinta islam.. harap2 anak2 ibu pun mampu jga islam.. bukan untuk ibu, tapi untuk ALLAH,, "

Even saya belum kawen, tapi matlamat sy untuk didik anak saya kena tanam lebih awal dlm diri saya ni..:) ok..! sesape yang layak mengundi " ANDA DIWAJIBKAN MENGUNDI PEMIMPIN YANG ADIL KERANA KELAK AKAN DIPERSOALKAN DIAKHIRAT ATAS PILIHAN KITA"

ok ..! time to jogging.. Dengan lafaz kasih syg..sy mohon maaf atas apa ap2 khilaf sy kat kalian semua..:) selamat bercuti..:) manfaati masa cti dengan mendalami ilmu..^^ next entry mungkin kisah yg over excited pilak nanti..hehe.. Assalamualaikum..

Saturday, January 5, 2013

Kisah hari ini :)

Bissmillahairrahmanirrahim..:)

Assalamualaikum w.b.t..:)

Hari ni Alhamdulillah dpt jgk keluar ambik2 angin ngn my lovely housemate..^^ lepas habis exam tuh, terus kejar asar..:) lepas asar start lah episod kejadian hari ni..^^ Subhanaallah, emmhh,. kalau lah nati sudah bekeluarga.. my hubby bg satu kereta la kan..konpem sy sendri perlukan pertolongan dia untuk baiki my car kalau having a problem nih..^_^

ok, kejadiannya berlaku bila ktorg ni excted nak p isi minyak..heeh.. mcm biase, saya tak reti isi minyak, sebab kalau drive pun umi n abah je y tlg isikan sendiri..hehe.. anak prmpuan dy ni duk dalam krta ja n tunggu nak jalan ja..^^ so, after isi minyak atas bantuan jejaka y jaga tong besar minyak tu..try la start kete tu.. tapi macam pelik.. " kenapa tak bleh start?? " owwhh.. malunya org tgk..hehe.. tp abg tu y tlg isikan myk td dtg n terus ktorg mnta tlg dy.. :) dy pn suh la parking tepi dulu.. dgn kekuatan y ada dy tolak kete tu parking tepi.. ^_^ dy ckp " emmm biasa la pompuan" ohh,. dislike ayat macam ni.. perempuan boleh okeh..^^ after dia duk sibuk check2 kete tu.. tetibe abg azim dtg.. Subhanaallah..Alhamdulillah..ada org y ktorg knal.. abg azim pn tlg tgk2kan kete tu,. then.. start tuhhh... alhamdulillah hdup.. actly, y mslh td bateri kete y longgar..^^ ohh.. viva..engkau da perfect comel, tapi da rosak..heheh.. ini la wanita, bukan reti main bnda2 ni..^^ n then dgn muka manis semanis2nya ktorg ucp tq kat abg2 y mbntu tu..^_^

Kami meneruskan niat asal y nk p secret resepi tu..hehhe.. makan2 after makan.. p lah nak hdup kan kete.. But,..!! emm,sekali lagi buat hal..macam tadi,..then call abg y boleh bantu ktorg.. alhamdulillah ada y sudi bntu..^^ tp, kete terpksa tgl dulu dan naik kete abg tu..:)

" abg, ktorg nak g p.malam" ..

abg tu pndg je...

"ok la, abg hantar"..

sampai2 je kat p.malam tu ....

"jangan lama2 eh.. " pesan abg tu..^^

Wanita mcam biase kejab dorg tu sah2 la sejam jugakkan,.hehe.. tp alhamdulillah abg tu mmg baik n sbr tngu ktorg berdua..^_^ xpela, asalkan sy sempat beli apa sy ngidam dah..^^ nt kempunan susah..heheh..

Akhirnya berkat bantuan abg tu kami smpai ke KAB..



Ya ALLAH semoga kereta tu sihat2 ja..:)

Allah beri ruang untuk rasai ini..:)

Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t ..^^

saya merupakan pelajar sem3 kat Cni,. Alhamdulillah, 3 paper sudah selesai dan mungkin sudah smpai d tgn my lovely lec lah kan..^^ Alhmdlh, exm still masih d control.. wlapun terkadang buat mistake jgak kan, tapi masih lagi bole buat macam biase.. :) soalan susah??? oh sangat normal lah kan.. tapi, usaha dah y termampu utk buat y terbaik..^^ Account mmg sgt susah dimata saya..&& but sy sgt2 meminati accout so thats why im taking account for my minor..:) so sweet right.heheh.. saya mmg minat accout, so kena terima lah wlpun ianya susah bagaimana pun kan..^^

My lec mmg lah tersangat baik semuanya.. so, saya harap mereka mereka semua akan menanda dengan sebaik mungkin paper saya tu ye..:) saat ni kita hnya mampu berdoa pada ALLAH.. semoga usaha kita itu diberkati olehNYA.. :)

Ok, buat sahabat2 sekalian.. jgn sesekali putus kebergantungan kat ALLAH..kerana semua milik DIA.. ingat,!! Kita ni xada apa pun.. :) good luck kat y ada paper lagi ye, termasuk diri ini.. i have 3 paper more..:)

illaliqa' ..maasalamah ^^

Wednesday, January 2, 2013

Saya dan Bulatan gembira :)

Bissmillahirrahmanirrahim.. :)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, langit masih cerah dan kesihatan masih Allah jaga..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. kaifahalukum? semoga semua dalam jagaan rahmat kasih syg ALLAH hendaknya ye..ALLAHUMA AMEEN. Insyaallah, hari ni saya tiba rasa nak kongsi satu kisah hidup seorang yang bergelar "dia" dihati saya.

"Assalamualaikum"..

ana memusingkan kepala mencari si pemilik suara yang terasa hampir dibahang telinga..

"Waalaikummussalam..ye? " balas ana sopan dengan senyuman manis terukir.

"Awak semester1 ke kt cni".. tanya seorang sahabat memulakan perbualan.

"Ye, sem1 ...baru je masuk..^_^ "

Daripada sebuah pertemuan lahirnya "Dia" dihati saya.. Sahabat2 tahu atau pernah tak join bulatan gembira? saya yakin dan percaya ada yang pernah,ada yang jarang, ada yang pernah dengar pasal tu,ada yang nak join tapi segan,ada yang "eh.. ape tu bulatan gembira ye" ..:) Apapun status anda, Insyaallah.. saya akan cuba membuatkan anda tahu, apa itu "BULATAN GEMBIRA".. bukan kuih, bukan nasi, dan bukan juga karipap.. ^_^

Bulatan gembira atau lebih dikenali sebagai usrah adalah salah satu medium yang mampu mengeratkan silaturahim diantara kita satu keluarga, sahabat2 dan saudara mara. Alhamdulillah, ramai yg mula menyukai untuk berada bersama-sama dalam satu bulatan dan mengikat tali persaudaraan yang untuh..

" Eh tadi aku nampak ahmad dengan geng2 senior, dorang buat apa eh? "

Emm.. untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, dalam bulatan gembira ni, bukan duk saja2 ye.. kita akan saling kongsi ilmu, berdebat dan cuba mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah tu. Sangat menarik, sebab masing-masing boleh melontarkan idea serta cadangan. Tak kisah lah walaupun pandangan atau idea kita itu tidak relevan, but ia mengajar serta melatih diri kita untuk bercakap. Anda ada ilmu, tapi tak sampaikan xkemana jugak kan,so.. bulatan gembira boleh membantu kita untuk terus menyampaikan ilmu yg kita ada. Subhanaallah, sungguh saya katakan..andai saya tidak berada dikalangan yg mencintai ilmu ALLAH, saya akan terasa kosongnya hidup ni.

Bulatan gembira menemukan saya dengan ramai sahabat2 baru.. ALLAH ..!! Sungguh ukhwah terasa indahnya. ALLAH pertemukan saya dengan ramai yang mencintai serta menyayangi saya kerana ALLAH. Usrah itu sendiri bermaksud keluarga, jadi disini bagaikan kami adalah satu keluarga. Tatkala keluarga jauh dikampung, ALLAH gantikan kasih sayang keluarga disini bersama adik beradik yang superb ilmunya. Bila berada didalam bulatan gembira, bagaikan satu keluarga,. Bila nak makan, makan ramai-ramai.. terasa nikmatnya bersaudara, bila sakit, ramai-ramai datang melawat, bila down..sama-sama bagi semangat.. terasa ALLAH memberi keluarga yang lengkap.. Subhanaallah.

Cubalah cari waktu, dan sertai bulatan gembira..baru antunna tahu, betapa nikmatnya bekerluarga dengan sahabat yang mempunyai matlamat dan impian yang sama..:) saya sudah jatuh hati pada bulatan gembira, dan haruslah anda juga merasainya.. sekurang2nya kita masih meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah..tatkala leka, ada yang menegur, tatkala alpa ada yang memperingatkan..sweetkan bulatan gembira. :) haruslah selami sendri bagaimana indahnya bulatan gembira ni.. ^_^

Rukun usrah apa sahabat2? :)
 taaruff (saling mengenali)
tafahhum (saling memahami)
takaful (saling membantu)

Alhamdulillah.. ketiga2 rukun ini andai difahami, lebih eratlah kasih sayang sesama kita.. pandangan awal anda haruslah positif mengenai bulatan gembira.. :) ianya sangat menerujakan sapa yang join.. ^_^ Insyaallah, semoga ALLAH pertemukan kita semua dalam satu bulatan indah..

" Bulatan is circle,jangan bengkokkan ia" :)

Tuesday, January 1, 2013

To all candidate, baca arahan soalan ye^_^

Bissmillahirrahmanirrahim..:)

Assalamualaikum w.b.t readers.. :) Alhamdulillah, ana dah lepas 2 paper dah termasuk yg hari ni.. Emm so far, Alhamdulillah.. wlpun paper ni boleh la dianggap "killer paper" tapi, bagi saya jgn tinggal untuk terus berusaha..ingat, ALLAH y memberi ilmu.. ilmu milik ALLAH, dan Dia berhak memberi setakat mana yg Dia kehendaki.. ^_^ Financial of Accounting 1.. menarik mengenai this paper, masuk2 dewan.. selawat n doa mmg tak tinggal.. minta petunjuk dan doa supaya ALLAH terangkan hati serta lapangkan fikiran dlm menjawab paper tuhh..^_^ after a few hour saya jawab paper tuhh.. yakin lah saya bahawasanya paper itu sgt lah susah.. :) but, kita kna twkal lah bila paper tu mula bralih tangan untuk dicheck..:) harap2 ALLAH msih memberi kesempatan untuk merasai pangkat sbnr y lyk sy dpt hasil usaha sendiri.. apapun gred, sy tidak kisah.. asalkan ALLAH lapangkan dada saya menerima ketentuan..itu lebih baik right..^^

Ahah, ini satu lagi kisah yg sgt menarik dan membuatkan saya berbisik .." takpelah, ALLAH sdg uji imanmu"..td paper account co Saya terlepas pandang 4 section A tu, spatutnya kena jawab all the ques..but, sy hnya jwb 4/6 soalan tu.. means that..free2 sy kehilangan 20markh.Owh! satu angka y besar ye.. sb, hari tu lecturer tu brief suh jwb 4..so mindset pun duk ingt 4 jgk.. But its ok..! saya masih ada 80markah..!! Insyaallah.. ALLAH bagi tuhh markah y layak sy dpt.. jgn duk risau sgt...lain kali baca la dulu arahan deh..^_^ untuk pesanan ringkas, jgn jadi macam saya ye.. +_+

Ok for the next paper adalah Finance.. emm, satu lagi paper y mmg sgt menarik lah..^^ good luck guys..! jgn lupa study n setting niat baik2 ye..:) Allah knows everything ^_^

# Study jgn lupa hbgn dgn ALLAH, sebab time exam cmnilah ramai berpusu2 untuk berdoa.. so, muhasabah diri sesama ye..^^