Friday, December 28, 2012

4.0 semua orang boleh dapat :)

Melihat buku-buku diatas meja .." banyaknya buku.. " bisik hatiku.. saya merupakan pelajar di salah sebuah Universiti terkemuka, kehidupan mahasiswa/i memang tidak akan terlepas dengan tugasan dan peperiksaan akhir semester. Bila melihat kawan-kawanku tekun belajar, fikiran saya tiba-tiba melayang ke sebuah memori yang dicipta beberapa hari yang lalu ..

"letih ar nak dapat 4flat, buku kena study sampai habis! da la tebal.."

" eh, aku xpaham bab ni.. ni yg aku malas nak study nih"

"alah.. lecturer bagi sikit lah carrymark..macam mana nak score ni"

"aku tak copy lagi lecture note, macam mana nak baca ni..konfem failed dah subject ni "

Ayat biasa yang kita dengar dan memang ini rungutan sesetengah pelajar right? bagaimana nak dapat 4FLAT if setiap masa penuh dgn alasan ye? nak dapat 4flat tak semestinya kena baca buku tebal2,carrymark perlu tinggi atau kena ada lecture note semata2.. semua layak untuk dapatkan 4flat andai KITA FAHAM MAKNA USAHA+DOA = TAWAKAL .. ^_^

"Aku bukan la seorang yang dilahirkan bijak.. aku xlayak dapat 4flat"

Orang yang malas berusaha sahaja akan berkata begitu, sebab mereka tak berusaha pun untuk baiki diri mereka supaya lebih baik. Usaha ni, bukan just berbisik dibibir ..tapi ianya diikuti Oleh perbuatan. jika kamu study hanya 20%, ALLAH hanya akan bagi setakat yang kamu study jela. Allah akan melihat setakat mana kamu study. Biar lelah sebentar dalam menuntut ilmu, asalkan ALLAH redha. Kalau kamu study sampai habis bab namun ALLAH tak redha, rasa2nya faham tak setiap bab tu? so, tukar mindset kita hari ni..

" Sahaja aku belajar hanyalah semata-mata kerana ALLAH"

Engkau berusaha, namun tidak disusuli oleh doa ibarat engkau menulis di atas daun, tapi meninggalkan ia kering dibawah mentari. Doa adalah senjata orang mukmin, harus ingat.. bila kita berdoa pada ALLAH, hati kita betul-betul menginginkanya. ALLAH tidak akan menolak doa kita yang memerlukanNYA sahabat. IF awak study sampai larut malam sehingga lupa tanggungjawab awak as a hamba ALLAH, rasa2 ALLAH nak bagi ke awak berjaya? Sering diperhatikan, bila musim exam mesti ramai yang stay up sampai larut malam, so apa kata kita ambil peluang yang ada ini buat ibadah-ibadah sunat supaya dapat kurangkan stress, dapat mendekatkan diri pada ALLAH, beri waktu untuk mengadu kepada ALLAH. Jangan kerana nak kejar 4FLAT tu sampai terlupa nak solat subuh lah, nak makan nasi, nak mengaji.. Jaga hubungan dengan ALLAH lebih selamat untuk dapat peluang mendapatkan 4Flat..:) If ALLAH redha, Insyaallah ALLAH bakal permudahkan kita belajar.^_^

ALLAH bg kita kejayaan itu rezeki dan adakalanya menjadi ujian juga buat kita. Jangan kita berasa selesa bila sentiasa berada diatas kerana takut-takut suatu saat bila ALLAH dtgkan ujian dengan menjatuhkan kita dibawah, kita akan berasa kecewa dan putus harapan pada ALLAH. Hakikatnya, kejayaan itu milik ALLAH, tidak ada istilah terus jatuh dan tidak mungkin bangun bagi orang yang berjaya dan inginkan ilmu ALLAH,  mereka akan sentiasa berhati-hati dengan nikmat serta ujian ALLAH ni. itula pentingnya USAHA+DOA .. supaya bila kita berusaha, ALLAH pandang.. bila kita berdoa,ALLAH makbul :)

Jika dahulunya kita hanya pelajar yg second class, jangan nak sedih atau nak putus harapan. sebaliknya risaulah jika ilmu tu ALLAH tarik balik. Jika kita hanya mendapat 3.40, tapi ALLAH still lagi jaga ilmu kita, kita adalah insan yang paling beruntung berbanding mereka yang dapat 4.0 tapi ALLAH tak jaga ilmu yang mereka pelajari..^_^ belajarlah menjadi seseorang yang lebih bersyukur dan menerima pemberian ALLAH seadanya, Pointer bukan ukuran anda ini lebih bijak berbanding sesiapa, sebaliknya bagaimana seseorang itu mampu mengaplikasikan ilmu yang dia belajar supaya mampu dimanfaati yang lain itulah pelajar yang hebat..

" Jika aku hanya tahu menulis, namum tidak mengamalkan ilmu yg aku pelajari, ia ibarat aku menulis kata-kata di pasir dan membiarkan ia berlalu pergi dibawa air laut. Akan tetapi andai aku hanya tahu mengingati, dan menyampaikannya, ia ibarat sebuah tabung yang sedang diisi wang untuk disedekahkan.." ..

Jika hari ini kita masih risau pasal pointer, tukarlah fikiran kita ye.. risau lah takut-takut ALLAH tak restu ilmu yang kita belajar. Jika hari ini kita masih tidak bersyukur dengan apa yg ALLAH bg, risaulah takut2 ALLAH takkan memberi lagi sebaik ini. Jika hari ini kita masih risau untuk bersaing dengan yang lain, risaulah taku-takut ALLAH tidak memandangMu kelak. Apapun, selagi jasad dikandung badan.. ILMU adalah aset yang sgt bernilai dalam kehidupan manusia. Bukan setakat ilmu akademik u should learn, but top up lah ilmu untuk dibawa ke akhirat.. jangan sibuk mengejar ilmu dunia semata2, takut nanti nak bawa ke akhirat takde bekalan..^_^

Salam imtihan daripada Ana yang juga seorang pelajar :)

" 4.0 semua boleh dapat "

> jaga hubungan dengan ALLAH
> Minta restu umi abah
> Usaha+doa= tawakal
> Bersyukur dgn rezki yg ALLAH sediakan
> lakukan penambahbaikan setiap masa

^_^ A_A Cikgu Asmalini Ashri

1 comment: