Saturday, February 22, 2014

long time no see.. :)

Assalamualaikum wbt :)

serius.. long time no see. lama dah jari jemari ni niat nak menulis kembali tapi masalah kekangan masa. Allahuakbar, dis week sangat terkejar2 sebab baru masuk semester baru (baru seminggu) so, saya perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekarang lah. kena bahagikan masa diantara tugas dan belajar. Alhamdulillah, tak banyak berubah since ada "amanah" besar ni, tetap manusia biasa yang tak pernah lari daripada berbuat dosa. banyak benda saya belajar daripada semua ni. bagaimana untuk berdiri dengan kaki sebelah without pertolongan dan sokongan org. dan berdiri dua belah kaki atas sokongan ramai pihak. semua dirasai hari ini. Ya, untuk berjaya kena tempuh perkara sukar dulu.. is it right? :)

Alhamdulillah, even busy sikit.. saya tahu bukan untuk perkara yang sia-sia. ini jihad, perlu faham. tiada yang akan merasai melainkan dia itu bersama dengan kita .. yes keluarga besar saya. skg sudah semester 6, niat perlu selari dengan tindakkan. semoga amalan kita dipandang dan dinilai baik disisi Allah :) saya sama seperti dahulu, layanan kepada sahabat2 juga sama seperti dahulu. tidak meletakkan darjat dan pangkat sebagai level persahabatan.. walaupun ada yang segan untuk bersahabat dengan saya kerana mereka fikir saya "ada title" di universiti so xlayak. Allah, saya tidak begitu.. kenali saya, Insyaallah kita shbt dunia akhirat. proses pertama taaruf, itu yang penting <3

sekarang dah rasa macam mak bdk.. sebab perlu menjaga ramai org. setiap masa ada isu dan benda yang perlu diingatkan kepada yang lain. kekadang kelakar juga dengan hari-hari yang dilalui, ternyata begitulah sikapnya :) sedaya upaya mencari ruang untuk sentiasa berada dalam majlis ilmu jua bersama sahabat2.. usrah, solat berjemaah, khatam quran dll..usaha sedaya mungkin. apapun semoga jihad ini dipandang Allah. bukan sesaje kita bekerja begini, tetapi kita ada matlamat. Subhanaallah... hebat caturan Allah. sungguh aku tidak menyangka. benda yang saya tolak, inilah yang Allah pilih. Jalan ini, persimpangan ini :)

semoga kaki ini tidak pernah cacat utk melangkah, semoga tangan ini tdk kudung utk menghulur, semoga fikiran ini tidak tersekat untuk dicurahkan ilmu dan semoga hati tidak mati untuk memberi ruang mencintai jalan jihad Allah :)

alhamdulillah.. alhamdulillah <3

Tuesday, January 21, 2014

masa yang berbeza

assalamualaikum wbt :)

hari kedua bengkel.

agak penat jugalah. sometimes rasa macam xda rehat langsung, tapi ini adalah tgjwb dan kerja. kena kuatkan minda dan tenaga. oh mata, semakin kabur.. apakah petanda?

"makin sepet je mata"

"makin kuruslah"

"kenapa mata bengkak"?

"xcukup rehat ye"

its normal.. kerana keraja selalu adhoc :)

btw, itu semua mendekatkan diri kita pada Allah.

senyum, okeh teruskan kerja <3

Friday, January 10, 2014

tarbiyyah hati,mental dan fizikal :)

Assalamualaikum wbt. selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W.

apa khabar iman?

apa khabar amal?

apa khabar umur?

Mashaallah. seminggu yang lalu mendapat berita sahabat ana meninggal dunia dalam tidur. terkejut ana mndapat berita, terus mencari fb nya. ternyata arwah budak yang baik, orang yang soleh. ramai yang sayang padanya. Allah, sungguh dekat kematian denganku, sungguh dekat berita-berita kematian menghampiriku. sedang aku meniti takwim sidang kali ini, Allahu Akbar, perlu aku bisikkan pada hati "Asmalini, ini perjuanganmu. ini apa yang Allah telah pilih untukmu" .. ruangan masa itu adalah ruang bekerja+belajar+praktikum+tesis. Allah, permudahkan kerjaku. sering kali mendapat panggilan ummi, memberi kata-kata semangat. menitis airmata kerana terkadang aku perlu memberi ruang untuk airmata ini menitis kerana rindu pada suasana berbual dan bergurau dgn keluarga. rasa lama tak balik, padahal duk di perak je.. macam duk di mesir je, ya, inilah tarbiyyah.. aku perlu tarbiyyah diri aku.

kat sini mmg berdikari habis, pegi meeting, pegi sana-sini semua kena sendiri. dan ana perlu cekap. ana perlu banyak belajar. bukan mudah, bukan mudah. tapi ana percaya Allah menolong hambaNYA, awalnya dimulai dengan Bissmillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Ana kuat. ana mampu buat. insyaallah, banyak berbincang dengan sahabat2. pergi usrah, tu salah satu kekuatan yang kita dapat. best dapat bersama-sama tukar pendapat hasil daripada pembacaan kita kongsi . Subhanaallah, semua dah balik bercuti. tinggal ana sorang2 ja meneruskan misi disini. MPP ada bengkel dan hal-hal lain. so, xbalik lah. sebulan mmg disini, maka sape2 free bole lah melawat ye <3

sahabat-sahabat, terdetik dihati untuk menyuarakan hal ini. bila kita punyai ilmu maka sebar2kan lah. kerana ini mungkin menjadi saham kita kelak. kerana bila kita mati, saham ini akan menjadi pelaburan berpanjangan buat kita.

Insyaallah, semoga diri sentiasa dalam tarbiyyah dan istiqamah dalam perjuangan . Ameen :)

Friday, January 3, 2014

cuci DOSA :)

Bissmillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum wbt :)

seketika qiammullai.. melihat screen laptop, rindu untuk menulis . memandangkan sekarang dah habis paper focus pula pada hobi sedia ada ni. Allahuakbar, ujian .. Allah uji sikit dengan sakit, sampai tak larat nak bangun. pergi exam terpaksa tahan sakit. pain killer takyah cakap, dalam perut tiap masa. huhu. esok insyaallah next check up. doakan supaya tiada apa-apa. badan panas tetiba memandangkan selepas PRK non stop kejar kesana-sini. memandangkan diri ni sensitif dengan persekitaran maka mudah sangatlah terkena ancaman luar. Allahuakbar. bila sakit-sakit ceginni, berpusu-pusu msg masuk. Mashaallah, sayang juga sahabat-sahabat ana semua kat ana ye... siap ada yg nak hantar KFc. melampau ni, kalau x demam dah telan lama. hehe. 2,3 hari ni makan benda yang lembut-lembut yang mudah ditelan sebab perut xsht lagi, n tekak pn masih xbrape ok untuk telan benda yang keras-keras. hati ni teringin sangat nak makan macam-macam. tp kalau makan malam terus buat hal. Ujian Allah.

Asmalini kuat, jangan mengeluh ye. ini jalan untuk bersama Allah. mungkin awak sibuk sebelum ni, sebab tu Allah panggil awak jumpa dia sat. kuat-kuat :)

bila sebelum tidur, muhasabah diri. kalau tahun 2014 ni turn saya meninggal, apa amalan yang saya nak bawa? im not ready yet. Allahuakbar.. bila sakit, mmg tiap-tiap hari fikir MATI. semoga diri dekat dengan Allah. jangan ambik aku dalam keadaan jahill.,,

kepada sahabat-sahabat, syukran khathiran ala ad-dua'.. fi hifzillah. ana kuat :)

Sunday, December 29, 2013

Menjadi Sebelum Mencari

Assalamualaikum wbt :)

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat2 baginda, doa buat para sahabat dan ibu bapa serta diri sendiri yang penuh dosa dan hina. mencuri sedikit waktu untuk menulis bicara sederhana yang terlintas difikiran namun tidak terluah dengan kata-kata. kerana malu, saya sorokkan. keran masih lagi cetek ilmu saya mula mencari dan kerana perjalanan itu rahsia Allah, saya belajar mendekatkan diri dengan Allah. Bissmillahirrahmanirrahim, tiada kata sehebat Lailaha Illaallah.. seberat manapun timbangan yang dibandingkan, pasti kalimah itu jauh lebih berat, Allahu Akbar. 

Disebalik senyuman, adakala tersimpan pelbagai persoalan. kerana saya jua wanita. cuba menepis kerana belum bersedia untuk memikirkannya. namun satu sudut bertanya, " sampai bila berdiam, belajarlah untuk bersedia" .. Ya, belajar.. kerana proses ini jua menentu jalan ke syurga. satu saat saya mengambil ruang untuk muhasabah diri. "Andai satu hari nanti mendirikan bait muslim" .. jauh dari sudut hati terasa belum layak untuk memikirkannya. apatah lagi dalam kondisi sekarang yang bukan waktu yang sesuai untuk saya memikirkannya.,. menolak, kian menolak namun cuba tarik nafas dan matangkan fikiran. saya melihat perjalanan untuk ke pertukaran status itu bukan perkara yang mudah dan jalan yang senang. apatah lagi dengan diri yang serba kekurangan. belum layak untuk mentadbir sebuah masjid Allah. Malu pada diri saat memikirkan banyak perkara perlu saya belajar terutamanya aspek agama. 

Membelek-belek artikel mengenai punca-punca penceraian, tips untuk menjadi ibu dan isteri yang solehah, cara membimbing anak-anak kecil, keluarga bahagia.. Apakah itu dinamakan bersedia? NO, itu hanya sekadar proses awal untuk kita belajar. bukan bermakna saat hampirnya perkahwinan baru kita mula nak meneliti perkara-perkara ini. Allah sedang memberi masa untuk kita sama-sama meneliti dan belajar, manfaati masa. Usah terburu-buru dalam membuat keputusan, keran ianya satu perkara yang cukup besar yang perlu kita laksanakan. andai hanya keindahan yang difikir, saya risau bila ditimpa ujian kita semua tidak mampu menerima takdir Ilahi. Mashaallah.

Saya sering beniat untuk berkahwin awal, kerana apa? kerana hati ini mudah dicucuk kata-kata syaitan laknatullah. niatlah untuk berkahwin awal sahabat, kerana ia juga salah satu tarbiyyah jiwa untuk kita berusaha mengelakkan diri daripada melakukan maksiat. bila dua hati bertemu cinta, segalanya terasa indah. itu kerana syaitan yang menampakkannya indah. Nauzubillah.. Sering menasihati diri, belajar untuk menjadi wanita yang mahal, biar ego kita tinggi kerana kita wanita hatinya bukan mampu dibelah 4 seperti lelaki. setia kita Insyaallah pada yang satu, iaitu suami yang soleh. Niat saya itu bukan sahaja, kerana saya jua bermatlamat. saya jua ingin membantu sahabat-sahabat yang lain untuk berbait muslim melalui orang tengah. andai Allah memberi peluang saya teringin membantu. Tetapi, perjuangan ini perlu saya mulakan dengan diri yang hina ini terlebih dahulu, Insyaallah, memilih untuk menggunakan cara sebegini. Biar secara zahir tidak pernah mengenali secara mendalam. Namun Allah itu Maha Adil kekurangan itu ditampung dengan kelebihan.

Berusaha menjadi yang solehah? Allahu Akbar, belum lagi .. belum lagi. apakah tidak layak untuk saya memiliki yang soleh? Insyaallah, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Suatu ketika pasti bertemu. Secara jujur saya cukup segan untuk berbicara hal sebegini, bukan kerana saya tidak serius dan tidak memikirkan kehidupan di masa hadapan, namun kerana malu dengan diri yang serba kekurangan saya menunduk dan mendiamkan diri. Wanita mana tidak mahu ada pendamping yang melindungi dirinya? hero yang boleh menemaninya dikala susah dan senang. soulmate yang boleh menjadi pendengar setia bicara leterannya, perwira yang mampu mengajaknya berjuang bersama dalam keberlangsungan dakwah dan seorang lelaki yang halal untuknya memperolehi keberkatan doa dan keredhaan jalan ke syurga. Pasti mahu, saya mahu dan saya sering memujuk hati, " Mungkin masa ini belum sesuai, Allah sedang persiapkan hari bahagia itu".. Namun satu pesanan pada diri, siapapun dihadapan itu kelak Insyaallah bakal memimpin keluarga dengan baik.

Setiap kali mendengar perkhabaran baik walimatul urus sahabat-sahabat, hati ini melayangkan sekeping doa untuknya dan untuk diriku. semoga saya juga mampu menjadi seperti mereka. HALAL. sekarang ini, ruang dan masa Allah berikan untuk saya berusaha MENJADI SEBELUM MENCARI. mohon doa daripada semua sahabat, semoga roh islam itu sentiasa meresap dalam jiwa hina ini, dan Allah memberi ruang untuk kita sama-sama muhasabah diri. Usah mengeluh, hal ini Allah dah rancang. seketika saya ingin mengajak kalian berfikir mengenai sesuatu perkara, semoga membuka minda.

" ketika Allah turunkan bencana, tidak ramai yang bertaubat kerana fikir itu hanya balasan Allah untuk hambaNYA yang melakukan dosa besar, Ketika Allah memberi sejuta kebahagian kita terlupa untuk bersyukur kerana kita merasakan kegembiraan itu tidak akan Allah tarik kerana kita berada dizon selesa, Ketika Allah turunkan musibah kita menyalahkan takdir kerana kita beranggapan kita sudah berusaha sehabis kita tanpa kita fikir sebenarnya Allah sudah menyediakan apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu" (Asmalini Ashri, 2013)

Tiada kata selain nasihat hati sebagai tarbiyyah dan santapan jiwa, tatkala resah memikirkn perjalanan hidup rajin-rajinkan dan ringan-ringankan tangan untuk membelek Kalam Allah sebagai penawar hati. kerana disetiap persoalan kita, jawapannya telah Allah sediakan didalam sebuah kitab iaitu AL-QURAN. andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang merelakan diri untuk bertempur. tetapi perjuangan ini hanya untuk orang yang dipilih Allah kerana ia sukar dan ganjarannya mahal. semoga kita menjadi salah seorang daripada syahid perjuang yang disebut penduduk langit dan bumi kelak :)

Akhir kata, bicara ini sekadar secebis lontaran fikiran, Tiada yang lebih hebat perancanganya melainkan Allah. serahkan diri pada YANG ESA, selamat dirimu. dari api neraka dan berjalan ke syurga. 

Assalamualaikum wbt :)


Wednesday, December 25, 2013

saya akan merindui detik bersama Kalian sahabat :)

Perjuangan :)

Bissmillahirrahmanirrahim..

Bangunlah wahai manusia yang masih lena tidur, masih asyik berehat, masih khusyuk melakukan maksiat. bangkitlah menegakkan syiar islam, bangkitlah berjuang. tugas kau disini bukan untuk bersahaja, tapi bermatlamat. carilah jawapan kenapa Allah turunkan kau ke dunia ini,.. carilah jawapan itu. :)

Alhamdulillah, diberi nikmat iman, islam dan ihsan.. mampu berdiri dengan sihat. menarik nafas panjang, ternyata hari-hari yang dilalui kian mencabar. terasa bagai kaki lemah untuk bergerak. kenapa? kerana masa kian mencembuirui aku untuk berada dizon selesa seperti kalian. tatkala aku mengambil masa untuk muhasabah diri ( selalunya waktu sebelum tidur) pasti aku menitiskan airmata. kenapa? kerana aku belum cukup hebat dalam berjuang. siapa aku hendak dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih hebat?? aku tidak sama sekali. Orang yang memegang amanah, bukan bermakna dia adalah yang terbaik diantara yang ada, tetapi itu sebenarnya ujian buat mereka. ujian samaada lebih dekat dengan Allah ataupun sebaliknya. Seketika aku berhubung dengan naqibahku, untuk mendapatkan serba sedikit nasihat, lalu naqibahku mengatakan "hanya orang yang berada ditempat itu sahaja mampu merasai bagaimana mereka melaksanakan amanah itu, sedang yang lain tidak mampu memahami"


Maha Suci Allah yang menggerakkan hati-hati manusia, tatkala aku "penat" dalam berkejaran, Allah tiupkan tenaga supaya aku mengerti akan landasan perjuangan ini. Ya, kami berdiri kerana kami faham fikrah perjuangan. kami diajar, dan kami dibentuk. Mashaallah, indahnya ukhwah ini. indah... mencari bait-bait kata tafsir al-quran untuk dijadikan semangat dalam perjuangan, ternyata Allah menjaga diri ini. semangat sungguh bila nak bekerja, macam minum suplement pulak ,, hehe,. tapi, itulah.. apa-apapun kita kena jelas fikrah, kena tahu kenapa kita ditempatkan disitu. walaupun 24hours kian diisi dengan pelbagai program, insyaallah.. saya harapkan program2 itu mampu mendekatkan diri kepada Allah. Niat saya satu.. mati syahid dalam perjuangan.


hari-hari dilalui kian membawa 1001 cerita. pelbagai cerita.. ada yang gembira,sedih dan bercampur. Alhamdulillah, sesi kali ini saya bertanding di kerusi MPP.. Dan diberi peluang oleh Allah untuk mentadbir Universiti. Allah, cukup besar amanah ini, menitis airmata saat diumumkan layak memegang kerusi MPP. bukan bangga, namun dibarisan kami sudah diajar untuk berjuang dan melangkah kehadapan...amanah ini cukup besar,... Insyaallah akan diperjuangkan dengan sebaik mungkin .

selepas diumumkan maka bermula episod baru kehidupan, Ya berbeza.. mmg berbeza. dulu kebudak2kan.. sekarang saya harus matang memikirkan pelbagai perkara. bukan hal diri saya sahaja, malah semua. kerana ustaz selalu ingtkan 4 golongan pemimpin yang akan disoal oleh Allah diakhirat.. terngiang2 .. tertunduk malu dan insaf memikirkannya... tidak mengapa tiada rehat, kerana yakinlah rehat yang paling berkesan ade diakhirat sana. itula yang menjadi semangat kepada kami untuk melangkah.

melihat kepada takwim tahun hadapan.. Allah, ternyata tiada ruang untuk melakukan aktiviti lain melainkan focus untuk program di universiti. Memandangkan saya memegang dua jawatan MPP dan MMK maka saya perlu lebih bijak membahagikan masa utuk run program bagi kedua-duanya. Insyaallah tahun dpn juga praktikal, xsabarnya.. kena susun jadual betul-betul supaya selari dan mampu diikuti .. semoga diredhai jalan jihad ini.

Terima Kasih Allah atas pertolonganMU, dan jadikan kami hambaMU yang sentiasa berusaha untuk terus melangkah, Insyaallah saya kuat, saya mampu, dan saya adalah pemimpin. ^_____^

fi akhiri kalam, semoga Allah jua menjaga kalian.. :)