Assalamualaikum wbt :)
Rase gembira je tetibe.. entah kenapa. Alhamdulillah.. syukran Allah. mungkin Allah sering memberiku mendengar perkara2 yg baik saja dulu kini dan selamanya..:) mana taknya, semakin saya mengelak utk perkara itu, Dia mendatangkan perkhabaran yg gembira. subhanaallah, Maha suci Allah yg mententeramkan jiwa dan hati ini. sekarang ni, focus utama adalah mencapai target yang dilakar di sebuah kertas. even hanya pada sehelai kertas yg sering saya lakukan dulu2.. namun itu la gambaran yg "bakal" saya lakukan. Usaha.. yes..! saya tengah berusaha.. semoga lakaran itu memberi manfaat pada kehidupan yang realiti ..Ameen.
Alhamdulillah, dikelilingi oleh sahabat2 yg cukup memahami langkah kecil ini. diberi sumbangan sokongan sudah cukup bg saya utk berdiri semampu mungkin. namun, ade juga yg masih lg tidak memahami, tapi... saya harap... one fine day u'll understand mcm mane diri saya tanpa mempersoalkan ia. saya tidak kesah even kamu fikir saya terlalu "sibuk" sehinggakan sgup berkorban cuti semata2 utk hal ini.. tidak mengapa, saya berlapang dada.. kerana mgkin cra penggunaan wktu kita itu berbeza. :) Alhamdulillah, suka berada dengan mereka2.. saya suka sibuk begini, sy suka berjalan sana sini.. kerana hanya yg memahami je akn berkata " tidak mengapa, Allah akan byr cash ganjaran ke syurga kelak ats kerja keras kamu" .. Allah, sejuk hati mendengar.. saya tidak merasakan letih Ya ALLAH, sy akn berusaha utk ubah sesuatu..
Bismillahirrahmanirrahim.. Allah, terimala langkah kaki ini dengan memandang akan usahanya utk membaiki dirinya jua. saya masih perlu banyak belajar.. semoga saya sentiasa istiqamah dalam langkah yg dimulai dengan lfz yg mulia ini.. tidak akn berpatah dan kuat semangat.. :)
Insyaallah fi hifzillah ..^^
SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA,ANDAI MINTA DENGAN MANUSIA YG HANYA MAMPU DIBERI IALAH UBAT,.TETAPI ANDAI MEMOHON PADA ALLAH,PASTI KEBAHAGIAAN YANG DIPEROLEHI.. :)
Tuesday, June 25, 2013
Saturday, June 8, 2013
Senyum, Si dia berpraktikal,habis belajar :)
Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah diberi ruang sedikit menghirup udara segar selepas semalaman duk terbaring dek kerana sakit menyerang. Allahu Allah, ujian sikit, xpe.. Allah syg. Penghapus dosa. Ubat hanya sampingan dalam usaha, semuanya Allah y bagi rsa. Senyum ^_^ .. Bila sakit2, rindu umi lah pulak, rindu nak manja2 dgn umi mnta umi jagakan. jaga diri sendiri time sakit xsama macam umi jaga =_=' Allah, sabar hati. Emm, actly hati ni dilanda sedih banyak dek kerana senior2 a.k.a kakak dan abang2 senior merangkap ahli keluargaku sendiri yg kt upsi ni dah nak pegi praktikal n dah nak habis belajar. Allah, kami kat cni dah macam adik beradik dan itulah tanda cinta dan janji kami bila bersahabat. memandangkan kami semua kat cni rapat n tiada jurang dalam bersahabat, itu y membuatkn kami bkl rindu kenangan bersama.. huhuhu
lps ni lin mst rinddu nak tgk muka kalian kat surau, nk usrah sesame, iftar sesame, jalan2.. turun berjuang bersama2. rindu..rindu.. Allahuakbar..! teringat musim PRU 13, ukhwah tu terasa bagai tiada y mampu pisahkan kita semua kan.. ^^ rindu.. dan teramat rindu. mana tidaknya, lin demam sikit berpusu2 msg msuk, org dtg lawat, bg hadiah, bg mcm2.. jatuh cinta.. jatuh cinta :) lagi best bila xbertenu wlpun sehari, mesti kalau jumpe nak peluk2 n manja2.. ^_^ sweetnya kita semua kan?? Allah sje y tahu kehebatan ukhwah kita semua yg org lain xmmpu rasa. Sedih bilamana ade sesetengah manusia yg menolak utk berukhwah dengan baik hanya kerana masalah personal, Allah..contoh mslh family. saya bukan insan begitu, dan saya tidak meletakkan masalah perhubungan adalah mslh y besar. bila bersahabat, saya akn berusaha utk menjadikannya sahabat yg terbaik dunia Akhirat,. saya akan menyayangi semua sahabat saya. Alhamdulillah, semua y sy kenal xde lg y mcm tu. semua baik2 ^^
Terima kasih semua sudi jaga lin, dan memberi lin ruang utk belajar benda2 baru drpd senior hebat..^^ Alhamdulillah, diri ini selalu diberi pelbagai peringatan dan rasa bertuah.. bertuah (hanya yg memahaminya bakal memahami).. ^_^ Allah.. Allah, terasa nak makan suapan sahabat2 je, rindu pulak..! T_T.. insyaallah, kita berpisah hanya seketika, kerana itu adalah adat perjuangan. Tiada yg kekal didunia ini.. Insyaallah diakhirat sana bakal Bersatu kembali.. :) Im gonna miss all of u ukhti wa akhi,... :)
Ana bakal merindui detik2 ini, dan perginya mereka bakal mengubah kehidupan naik sem baru nanti.. =_=' (bersedialah yg lain)

Semoga Allah pertemukan kita semua di syurga :)
Semoga berjaya sahabat2.. ana disini mendoakan yang terbaik buat kalian.. ^^
Assalamualaikum wbt
Thursday, June 6, 2013
Episod cinta sang murobbi :)
Warkah I :
Zaman remaja yang terlalu aktif dalam bersaing mendapatkan keputusan yang cemerlang menjadikan aku salah seorang pelajar yang teruja untuk turut bersaing. Ramai dikalangan sahabat-sahabat aku yang mula menyedari akan kepentingan menelaah pelajaran, kerana telah terhidu bau gerbang menara gading. Namun rutin harianku sedikit berbeza dengan sahabat-sahabatku yang lain, aku tidaklah sebijak dan sepintar mereka yang laju dalam memahami apa jua yang dipelajari, namun kelemahan itu aku tutupi dengan peluang yang ada aku cuba perbaiki mutu pembelajaranku. Didalam kelas, aku meminati matapelajara Perakaunan. Aku juga bersungguh mengajar sahabat sekelasku untuk memahami subjek ini sehingga sanggup mengadakan kelas tambahan. Ya, dahulunya tekun dalam mendalami ilmu. ternyata saat ini aku mulai rindu zamanku di sekolah menengah.
Ketika yang lain mampu menghabiskan rehat setelah tamat sesi pembelajaran, aku terpaksa berkejaran dengan uniform yang masih lengkap untuk pulang ke rumah bagi melaksanakan tugasku yang lain pula, iaitu membantu ibu ku dalam urusan kerjanya. Ibuku selalu berpesan " kalau kita tolong keluarga kita, insyaallah ada keberkatan dalam belajar". Maka aku pegang kata-kata ibuku sekuat hatiku. terkadang aku menangis kerana aku tidak mampu pandai seperti yang lain, maka bermulalah detik stay up ku dikala yang lain khusyuk dibuai mimpi. Setelah balik membantu ibuku, aku persiap-siapkan diri untuk menelaah pelajaran. Jam didinding menunjukkan pukul 12 tengah malam, Aku masih tekun menekan kalkulator untuk belajar akaun dan addmath yang boleh dianggap Killer paper bagiku. Aku bukan student aliran Sains, kerana minatku bukan dibidang itu. Bersyukur kerana Allah mengetahu akan kesesuaian mindaku dimana.
Alhamdulillah, ketika keputusan ada ditangan aku menadah tangan bersyukur kehadrat Ilahi. SPM adalah gerbang melangkah ke gerbang yang lebih kehadapan. Maka pelbagai tawaran aku terima, pelbagai kos yang aku dapat. Namun setelah istikarah, maka aku memilih untuk menyambungkan pengajianku di Kolej Matrikulasi Kedah. Segalanya mula berubah setelah aku menjejakkan kaki di Matrikulasi dan mula bergelar mahasiswi. Ternyata bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan daya saing yang lebih tinggi. Ye matrik bukan mudah untuk mendapat Pointer 3.5 keatas, namun aku tetap berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah aku dapat walaupun puas menangis dengan keadaan disana kerana aku memiliki masalah "homesick" yang agak teruk. Tetapi aku bersyukur Allah temukan Aku dengan sahabat-sahabat yang sungguh memahami aku.
" Sudah berpunya". Tersentap mendengar ayat yang dikeluarkan seorang teman tatkala kami khusyuk menelaah pelajaran. Aku insan yang bukan mudah menerima orang dalam hidupku, ternyata pertanyaan itu membuatkan aku teringat kisah lama. Tiada yang perlu dinanti, kerana aku lebih selesa menerima bila bersedia. Namun, pertanyaan itu juga membuatkan aku hanya tersenyum dan berkata "ye, sudah berpunya". Selesa dengan jawapan sebegitu, tapi aku lebih selesa hanya aku memahami maksud itu. Cukup zaman matrik itu mengajar aku erti sebuah perhubungan, mungkin selepas ini tiada lagi pengharapan. Waktu itu aku masih terlalu mentah, tidak memahami secara mendalam. Ini episod soal hati. Namun ada yang lebih penting iaitu daripad Matrikulasi aku belajar untuk menerima segalanya dengan redha, jawapan yang perlu ditangung risikonya, daripada segala ini aku belajar mendekatkan diri dengan Allah. Menitis airmata dan mengadu rasa kecewa ditikar sejadah dalam sujud istikarahku. Tidak pernah memiliki insan teristimewa, namun bila Allah memberi rasa, tiba-tiba diuji dengan ujian berat. ternyata aku sebenarnya seorang yang kuat. Sehingga aku menamatkan pengajianku di Matrikulasi.
Akhirnya, kini aku telah tamat pengajianku di Matrikulasi. segala kenangan dan pengalaman amat aku rindui. sehinggakan terkadang ianya membuatkan aku menangis sendirian. Aku rindukan belaian sahabat2ku, nasihat mereka, gelak tawa mereka dan rindu ingin mencipta kenangan bersama semula. Namun harus aku terima, perpisahan itu tetap harus dilalui walaupun perit, kerana masing-masing mempunyai misi untuk meneruskan hidup kehadapan. Segala yang telah Allah campakkan kedalam kehidupanku selama setahun disana banyak mengajarku erti syukur dan mendekatkan diriku denganNYA. semoga suatu hari nanti aku menemui jalan kearahnya walaupun terkadang kecundang ditengah jalan.
Pengajianku disambung di Next persinggahan.. Maka bermula pelbagai episod baru di sana.
_ BERSAMBUNG_
Tuesday, May 21, 2013
Matang pada pemikiran :)
Bissmillahirrahmanirrahim :)
Allah, syukran kerana menjaga hati2 kami dan menambahkan rasa cinta padaMU. walau byk dosa yg telah kami lakukan, Kau ttp memberi rasa cintaMU pada kami.. terima kasih Ya Allah :)
Saya, bukanlah yg terbaik.. tidak ada manusia yang sempurna. 21tahun dalam kamus hidup ini, mustahil tidak pernah melakukan dosa. malah dosa itu kian meningkat.. diusia yang semakin meningkat, saya akui saya mula matang memikirkan perkara yang lebih serius,. dalam konteks pendidikan, lifestyle, usaha memperbaiki diri, cara berkata2, sumbangan idea, sosial dan mungkin kehidupan akan datang. Tidak saya nafikan saya seorang yang serius bila hal yang berkaitan dengan apa yang saya ingin capai utk masa hadapan saya. dan saya akan pastikan sedaya saya untuk mencapai semua itu ats usaha saya sendiri. :) Dorongan drpd org sekeliling juga membuatkan saya lebih kuat ..^^ insyaallah, saya ingin jejak ke situ... ingin.. Allah.. saya ingin.. :)
Bila berbicara mengenai matang, saya rasa kita lebih faham bila mana ianya dikaitkan dengan cara kita berfikir, saya ni xdela matang sangat.. masih still dengan perangai kebudak2an lagih.. tapi, sifat malu tu sendiri yg mendorong utk saya tampil lebih matang starting from now, haha..! mane taknye,, dah nak masuk sem baru dah ni.. xlame lgi praktikal dah.. Mashaallah.. ^^ dan bagi saya, bila berbicara itu melambangkan personaliti diri kita sendiri .. now, saya sedang focus utk sesuatu yg lebih utama.. :) semoga Allah faham niat hati saya untuk semua ini dan memandang kepada usaha yg sedang dilaksanakan.. jgn lupa hbgn dgn Allah ye. nak ape2, minta dengan Allah.. ^^
maaf untuk mana2 sahabat yg sentiasa kena sabar dgn cikgu asmalini ni ye.. yela, xtau lah nanti bila akan jumpe plakkan.. so grab this time to main2 sesame..hehe..!
okeh, doakan saya sahabat2.. moga lebih matang dalam membuat sesuatu perkara,. Hidup .. Hidup..!! Takbir

Wednesday, May 8, 2013
Suara Kami untuk Bangun
Dahulunya tubuh kecil ini hanya mampu melihat dan mendengar suara-suara rakyat yang memahami akan perjuangan. Mata terkebil-kebil tidak mengerti secara langsung akan apa yang dilakukan mereka suatu ketika dahulu. Kata ayah " kamu terlalu kecil untuk memahami, lebih baik pergi bermain bersama kawan-kawan kerana itu lebih memuaskan hatimu". Seperti yang lain aku kian membesar dalam arus pembangunan yang pesat. Melihat akan pembangunan yang kian membangun ternyata aku merasa aman berada dibawah naungan negara tercinta. Namun bagiku, usia yang terlalu muda ketika itu tidak memberi apa-apa petunjuk untuk aku lebih matang memikirkan pembangunan masa hadapan. Mana tidaknya, usia belasan tahun aku masih sibuk dengan minatku terhadap subjek yang dipelajari tanpa mengambil kisah mengenai era pembangunan negara.
Detik aku mula mengenal dan mengkaji bilamana sahabatku menegur mengenai ketidakendahan aku terhadap Politik Malaysia. Dulu bila diajak berbincang mengenai politik aku katakan dia gila politik dan taksub. Namun hari ini baru aku mula memahami kata-katanya, dia memberi pendapat dan mengajak berbincang adalah kerana kami mulai dewasa dan kami generasi pembentukkan negara kelak Sejak daripada itu, aku mula mencipta langkah mencari maksud tersirat dan tersirat mengenai Tokoh-tokoh perjuangan negara. Aku mula membaca buku tulisan pengkarya terkenal yang menulis mengenai pembangunan negara. Aku mengkaji dan memahami kenapa dan mengapa. Banyak persoalan yang timbul kerana aku baru bertatih untuk memasuki alam mempelajari pokok politik Malaysia.
Hari ini, aku tidak mahu dengan hanya mempelajari teori semata-mata. Aku mula melangkah mencari sumber untuk menambahkan pengetahuan. Ya.. tidak semua aku mampu memahami secara teori, melihat video, baca buku dan hanya mendengar percakapan daripada mulut mereka yang suka berbicara. Kali pertama dalam hidup aku mulai belajar mengenai PRU. Mungkin bagi sesetengah yang lain hanya menjalankan tugas sebagai pengundi itu sudah terlaksana satu amanah, namun tidak bagi aku. aku cuba mengkaji mengenai sistem yang diamalkan di Malaysia serta mereka yang akan bertanding, kerana bagiku satu undi itu cukup berharga. Hidup ini ibarat memakai sehelai pakaian,dimana tidak semua yang memandang pakaian kita akan mengatakan kita cantik dengan pakaian sebegitu, adakala mereka akan mengatakan ianya buruk denagan kita. Namun, jangan cepat melatah kerana itu salah satu cara untuk kita baiki diri kita kerana yang bernamanya manusia ini tidak selalunya sempurna. Seperti kita memberi pendapat dan pandangan, mungkin dari sudut kita ianya kelihatan kukuh, namun tidak semua akan bersetuju. Jesteru itu, lapangkan dada ia kelihatan lebih mudah.
Sesetengah mereka melihat tiada kepentingan dalam mempelajari hal yang berkaitan Politik ini, kerana tidak mahu terlibat dengan pepecahan ummah.Jika dilihat hari ini, percayalah ramai yang saling fitnah-menfitnah dan tidak kurang melontarkan pandangan yang cukup tidak matang. Tapi, inilah politik, lihatlah anak muda,celik matamu.. inilah yang kita bakal tempuhi dan kita bakal lalui setiap kali musim Pilihanraya. Namun, apapun yang kita lakukan buat kajian terlebih dahulu dan cari bukti yang mampu menguatkan hujah kita dan menambahkan kefahaman kita. Jangan kerana kita terlampau taksub dengan mana-mana parti kepentingan silaturahim kita ketepikan. Bertenang, tidak salah melontarkan pandangan. Islam juga menggalakkan kita duduk berbincang. Jangan memulakan dengan kekasaran kerana ia hanya akan diakhiri dengan pergaduhan. Senyumlah, kerana perjalanan kita masih panjang. Rata-rata kita mungkin dikalangan pengundi kali pertama, jadi wajarlah andai ada yang naik minyak kerana darah muda masih segar. Tetapi, berbicaralah kerana kau memiliki fakta dan berlembut.
Mungkin konsep kefahaman politik yang berkaitan dengan PRU ini adalah contoh yang jelas aku cuba sampaikan dalam memberi kefahaman mengenai kepentingan politik dalam hidup. Walaupun ada diantara sahabat-sahabat yang tidak mampu mengundi kerana belum matang usia dan tidak sampai target untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, sewajarnya mereka mempelajari hal ini lebih awal kerana tidak mustahil 5 tahun akan datang mereka merupakan pengundi kali pertama untuk turun mengundi. Kita ingin menetap di negara kita bukan hanya sehari, dua tapi memakan masa yang lama. Kita memiliki hak untuk membuat pemilihan, amanah itu perlu kerana kelak disoal kita mampu menjawab kerana membuat pilihan yang betul,. Ramai yang bertanya, macam mana nak tahu pemimpin yang dipilih itu betul atau tidak? bagi aku, ia tidaklah sesenang memilih baju dipasaran namun jawapan ringkas ialah bilamana seorang pemimpin itu meletakkan islam dan kecintaannya hanya untuk Allah, Serta apabila kau berdamping dengannya mengingatkan kau Kepada Allah, Maka pilihlah dia.
Sedikit lontaran suara anak muda buat barisan pemimpin,
Jangan sentuh hati kami andai kelak kau bakal tinggalkan kami dengan dosamu,
Jangan luluhkan semangat juang kami jika kau sendiri takut berhadapan dengan jiwa muda kami,
Jangan biarkan kami terlalai dengan arus pembangunan moden kerana tidak diberi suapan santapan minda,
Jangan melihat kemenangan itu mudah untk digapai kerana wang ringgit menjadi taburan,
Bila kami mula bangkit, kami pasti menyokong,kerana kami tahu kami aman bersamamu.
Kami percaya akan barisanmu, maka jangan biarkan kepercayaan kami hilang bilamana mengetahui yang sebenarnya.,
" SEMANGAT MELANGKAH KE PRU14"
Saturday, April 27, 2013
Monday, April 22, 2013
BAHANG PRU 13 MAKIN HANGAT :)
Bissmillahirrahmanirrahim ,..
Setinggi-tinggi ke syukuran dipanjatkan kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang tidak pernah putus terhadap hambanya. Alhamdulillah masih diberi nikmat islam, iman dan ihsan yang seharusnya kita patut lebih banyak bersyukur. Allahu Rabbi. segala puji hanya untuk Allah.. selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW .
"Jangan disoal ape yang telah islam bagI untuk kita, tapi soal lah apa yang kita bagi untuk islam"
Kehangatn PRU13 makin hangat, rata-rata calon yang mengambil kerusi sudah mula berkempen untuk meraih undi. setelah dibubarkan parlimen yang mana ianya menjadi tanda tanya bagI seluruh Rakyat Malaysia yang menanti akan pembubaran parlimen tersebut akhirnya kini telah diketahui barisan calon yang bertanding. 20 April 2013, ramai yang mula berarak untuk penamaan calon. Ku lihat pelbagai jenis warna yang membanjiri jalan. namun warna terpilih sahaja menjadi tarikkan hati sang pemerhati :)
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sama-sama merasai bahanng PRU13. ini yang perlu kita kaji, ini y perlu kita ketahui, ini yang perlu sama-sama kita perjuangkan. saya telah memilih untuk menjadi seorang pendokong, bukan hanya seorang penyokong. kerana apa? kerana saya tidak mahu hanya tahu menanti akan kemenangan itu, saya mahu biarlah kemenangan kelak dirasai bersama. menjadi jentera penggerak bukanlah mahu menonjolkan usaha yang dilakukan. biar usaha itu tampak kecil, namun andai itu mampu menyumbang akan kemenangan islam, dipandang Allah serta ikhlas melakukannya mengapa harus dipersoalkan. Hari ini, rata-rata anak muda mulai bangkit dan bersuara. saya cukup bertuah dan bangga kerana semangat itu dikongsi bersama. Hari minggu yang mana mahasiswa dan kebanyakkan anak muda memilih untu duduk berehat, saya memilih untu "turun Berjuang" . Saya memilih untuk tidak menghabiskan masa saya hanya berehat dan membaca sahaja, namun ade sumbangan lain yang harus saya berikan jua. Akui saya, title mahasiswa mmg tidak akan lari dengan budaya cintakan ilmu. Namun disini saya tegaskan. " andai ingin menjadi super power student, jangan hanya tahu buat asaimen sahaja. lihat dunia luar baru kita tahu lebih banyak asaimen yang menanti" :)
Alhamdulillah, pengalaman demi pengalaman saya catat sepanjang penglibatan ini. sungguh pengalaman ini tidak dijual dimana2 restoran mahupun kedai kraftangan. kerana ukiran ini hanya dapat diukir oleh mereka yang berada dalam sistuasi kefahaman yang sama sahaja. Hujan kami redah, cacian kami terima, sokongan padu kami raikan, ujian kami tabah, cinta kami eratkan, kasih sayang kami terbitkan. Cukup indah sehinggakan bila Berpimpinan tangan pun kami rasa tidak mahu melepaskannya. Berarak bersama dalam barisan yang paling hadapan bagi kaum hawa yang hebat. saya cukup teruja dan cukup sebak bila mana melihat kita mahasiswa mula bangkit menyuarakan hujah. Kami berjalan dengan fakta, memandu dengan kefahaman, dan bersuara dengan semangat. Tiada yang memaksa untuk bersama-sama melaungkan hak kami, tapi atas dasar kesedaran diri yang cukup tinggi saya memilih untuk turut serta belajar dalam PRU13 kali ini :)
Alhamdulillah, pengalaman bertugas di kawasan yang bertanding. bertemu dengan barisan tentera yang cukup hebat. mengikuti YB dan berjalan seiirngan menyedarkan diri ini bahawa rendahnya diri ini berjalan dengan orang yang hebat. Namun, disebabkan rendah diri seorang pemimpin berjiwa rakyat itu maka saya mula merasakan islam perlukan mereka :) dengan bangga saya memperkenalkan YB kepada mereka-mereka disana. ternyata, satu pengalaman yang cukup memberi ilmu kepada saya, rakyat yang murah senyuman membuatkan hati tenang berbicara.
Hari ini.. lihatlah dunia dibanjiri dengan satu perubahan. kalau dulunya rakyat hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan. Namun hari ini, rakyat sendiri berani meminta dikotakan janji. Namun masih ada segelintir pemimpin yang masih takut dengan bayang-bayang wajahnya sendiri. ingin memancing undi, fitnah disebar. ingin menang besar sanggup rasuah rakyat, ingin menjadikan negara islam, namun masih kontang-kanting bab agama. ingin orang lain mempercayainya, namun masih terus berdusta. Menyokong akan pemerintahan kezaliman ini sama sahaja membiarkan diri diperlakukan apa sahaja. Kita tidak mahu dilebalkan sebagai " lembu dicucuk hidung" . Maka hari ini UBAH ..
5mei 2013, hari yang dinanti. pastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi. bagi balik mengundi, hati-hati dijalanan. hatta sahabat2 saya dimesir meronta-ronta nak balik, kita yang dah berada di Malaysia ni haruslah bersemangat lebih. :) semoga islam terus berkembang, menjadi pemenang no1, diangkat setingginya dan dipimpin oleh orang yang benar-benar dipilih oleh Allah ..Takbir.. Takbir.. Takbir.
IKHLAS :
SITI ASMALINI BT MOHD ASHRI
MAHASISWA PENDOKONG

Subscribe to:
Posts (Atom)