Wednesday, March 28, 2012

NAUZUBILLAH.. apa yg aku lakukan di waktu mudaku???




YA ALLAH.. Kau jgalah akhlakku,imanku terutmanya kedua ibu bapaku yg ak sygi dunia akhrt..ameen:)

Wednesday, March 21, 2012

18 OKTOBER 1991 :) IT'S ME ^_______^

Salam.. saje nak kongsi benda yang saya suka selongkar,,..:) :) fahami diri anda melalui pendekatan tarikh lahir..:) :) :) ...

Ok ..yang ni bagi 18hb ye teman2..:) :) so sape yg tarikh lahir dy
start 3,18 n 29..myb sifatnye begini..^^



hehe.. wah3... entah betoi tau nggak ni..:) sape2 yang lahir bulan oktober,tgk ni..!!! semua ada kelebihan masing2 n ada kelemahan..so baiki kelemahn n kekalkan kebaikan tu..:) :)


ok, bila saya totalkan kesemua tarikh,bulan n tahun lahir saya..my result is.....:)

CERIA
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Baiklah,nasihat daripada saya..be urself adalah benda yg terbaik drpd menjadi org lain serta hipokrit...^^
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH S.W.T,..dan segala kekurangan itu dtgnya drpd kelemahan dri kita sndri..:) waallahua'lam...

Friday, March 16, 2012

::: Puan asmalini ,2013..:) :::

 As salam.. :) kita hanya mampu merancang dan ALLAH  yg menentukan segalanya..:)

" Lepas saya habis belajar saya pergi terus jumpa awak...tunggu saya,tunggu saya..." (4tahun yg lalu)
"Tak payah tunggu saya,saya minta maaf..agp jela janji2 saya tu sebab saya tak matang" (3tahun yg lalu)
"Awak bukan sape2 dihati saya..saya da jumpa yg terbaik ... "( 3tahun lalu )
"Insyaallah awak pn akan jumpa yg terbaik..."(3tahun lalu)

4tahun lepas,yes..!!!
untuk sekarang TIDAK...!!!!!

penantian tu menyakitkan saudara..tahun depan saya masih cik asmalini...
title "puan" saya bagi yg selayak dgn awak... tq sebab selama ni bersabar dengan saya...^^
sayasukadiasebabdiacutedanperamahtapigarang...!!! ayat xbleh bla...saya akan ingat ni..:) :) syukran untuk ini kita masih bersahabat...:)



syukran dan minta maaf..:) :)



sayahanyamenunggudia~~


Wednesday, March 14, 2012

adakah anda tahu mengenai rahsia tarikh lahir anda?? :)

Maksud Tarikh Lahir Anda

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
-Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
.

Sunday, March 11, 2012

::: syukran aisyah,saya hargai ini :::

sebuah pertemuan




assalamualaikum dan selamat sejahtera buat visitor2 blog ini...
terutama sekali...
sy ingin menghadiahkan lagu ini buat kawanku yg jauh di mata,tetapi..tetap dihati

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang


buat siti asmalini ashri...thanks kerana sudi menjadi kawan sy..
perkenalan yg tanpa dirancang akhirnya menjadi sebuah persahabatan yg erat

mungkin lin masih ingat mcm mana kita bleh berkenalan??
bermula dgn perasaan cemburu..hehe
cemburu xbertempat...namun,kenangan itu adalah kenangan manis buat sy

hehe..terima kasih kpd z coz menjadi punca persahabatan antara sya n lin..
lin...rasanya belum terlewat utk sy memohon maaf sekiranya
sy ada menyakiti hati awk:)
NAMUN....ap yg lebih penting,sy btol2 bersyukur dpt berkwan dgn awk

tambahn pula, lin mcm twin sy plak(w'pn mka xseiras)
sgt memahami n everything are almost same
even..setiap ap yg sy suka,lin akn suka jgak..n sebaliknya..
hehe...

smalam...sy betul2 terharu dgn setiap nshat awak..
lin,biarlah kita sama2 mendapat setiap impian yg kita impikan..
moga suatu hari nanti..kita akan bertemu n menjadikan prsahabatn kita lebih erat terjalin..

n lau boleh..sy nak awak menjadi pengapit sy***juz joking
but..i meant it..

walaupun perjalann hidup kita msh jauh
rasanya xsalah lau kita ingin menanam sebuah impin..

lin..i hope u will be a lecturer or an accountant as what u dream b4.
n don't frgt that u want to be my partner %%%nk buka restoran kan??
so..jom!!sign contract ea :)

::: Peluang bersama sahabat2 dalam Halaqah ::::

            As salam.. alhamdulillah,hari ni terpilih serta dibukakan hati oleh ALLAH untuk pergi berhalaqah dgn sahabat2..hari ni kami belajar mendalami ilmu agama dalam buku penawar hati.. byk yg saya dapat belajar hari ni, betul kata ustaz2..semakin kita belajar,semakin kita sedar yg kita banyak lagi tidak tahu... ALLAHUAKBAR... Malunye,da la kita ni jahil ilmu agama,then xnak plak berusaha untuk tahu.. tadi halaqah tu buat pas asar..selalunya buat lps subuh..tapi kali ni tkr mse lak,buat pas asr..:) alhamdulillah ramai jgk yg trun..:) :) seperti biase la,jum kehadiran muslimat melebihi jumlah kehadiran muslimin..heheh..kemana perginya muslimin ni ye..hanya dua org je wakil ...huhuhu..xpela,janji ada..:)

        Baiklah sahabat2.. tadi ustaz tu menerangkan mengenai anggota badan kita..kita ada 7 anggota tubuh badan yg melengkapi hidup kita..iaitu mata,telinga,lidah,perut,faraj,kedua tangan dan kedua kaki... anggota ini lah yang akan bercakap di hadapan mahkamah pgdlan di akhirat kelak... apa yg tangan kita lakukan ,mata,telinga dan sebagainya... jika kita melakukan perkara yg baik,maka yg bakal diberitahu oleh anggota2 kita juga amalan yg baik2 sahaja.dan sebaliknya... cuba kita lihat anggota kita,tidakkah kita malu kepadanya??? kita membawa tangan bersama2 untuk pegang benda yg haram sedangkan tangan kita tidak mahu melakukan itu kerana kelak diakhirat tangan itu y akan berbicara... tidakkah kita malu dengan anggota2 tubuh kita sahabat???

         Hati... jika kita ingin membersihkan hati kita,terlebih dahulu bersihkan anggota2 yg zahir supaya hati kita mudah menerima sesuatu yang baik..:) harini saya xsempat pergi ceramah mengenai wanita kerana sy lewat dpt maklumat..huhuhu.tapi tajuk yg dibincangkan sgt menarekk... drpd ape y sy dgr drp shbt2 yg sudi berkongsi mengenai bicara ustzh itu ialah mengenai tulisan... begini shbt, kita kan ada botol i..so di botol i tu kita tulis..saya syg ALLAH dan rasul...then bila kita mnum,perkataan2 itu akan mula menyerap masuk dalam tubuh kita...smbil mnum,smbil kita bce kat botol tu..insyaallah kasih syg terhdp ALLAH dan rasul akan berputik..:) :) :)

          Sambungan drpd halaqah tadi,..ustaz  tu bertanya,dimana ALLAH tinggal kepada kami??? ramai yg menjawab ALLAH ada di arashh.. kerana mereka ada bce didalam al-quran yg mne ayat alquran menterjemahkan begitu,.tetapi itu ayat alquran yg perlu kita fahami sedalam2nya..(sila rujuk pkar untuk mengetahui scra detail) ,..sebenarnya ALLAH tidak ada dimana2.. kerana ALLAH tidak menyerupai makhluk..maksudnya disini ialah.. manusia ada tempat tinggal,iaitu di bumi..jika ALLAH tinggal di arash,maka ALLAH sama dgn mnusiakan..padhl pd hakikiatnya,ALLAH tidak menyerupai mana2 makhluk..:) :)

            Baiklah ini sahaja yg mampu sy kongsi..:) insyaallah halaqah akan diadakan mgu hadapan..so sape yg berkelapangan boleh la join..:) :) salam..

Saturday, March 10, 2012

::: Saya nak masuk syurga dengan kalian semua... :::


    Salam... mcm mne iman kalian hari ini? masih sht dibawah jagaan akhlak dan lembayung rahmat ALLAH??? :) :) alhamdulillah kita masih mampu merasai keindahan dunia ni lagi dan masih mampu meneruskan perjuangan bg menegakkan islam yang satu..:) :) bersyukurlah kita kepada ALLAH kerana masih menjaga kita serta sentiasa memberi peringatan kepada kita setiap masa agar kita tidak melupakanNYA.. ...

     Sahabat, ini sekadar perkongsian sahaja mengenai kehidupan seharian kita sebagai manusia..:) :) daripada pemerhatian yg saya lihat sebagai seorang manusia serta yg juga melakukan kesilapan serta dosa yg sama..saya sering kali melihat masjid,surau dan madrasah2 yg berdekatan...untuk apa saya lihat??  perasaan saya terasa sangat sedih bila mana saya mengunjungi rumah2 ALLAH ini,yg mana kehadiran para jemaah tidaklah seperti solat jumaat ataupun solat hari raya... disebalik tirai,saya cuba mengintai soff kaum adam untuk melihat bilangan jemaah yg hadir... tetapi,hati saya sgt tersentuh bila melihat,tidak sampai satu soff yg boleh dibuat..hampir 10 org saban malam dan mereka adalah org yg sama... ALHAMDULILLAH buat mereka yg istiqamah ke masjid... :) :) :) sejuk hati melihat sahabat2 berjalan melangkah ke masjid...

       Lelaki... saya sangat bangga bila melihat lelaki2 pergi ke surau kerana mereka tidak ada alasan untk tidak mengunjungi rumah ALLAH berbanding Wanita yg terkadang mempunyai mslh2 tertntu untuk tdk mgnjungi rumah ALLAH... :) :) tidak salah untk kita cuba ajak rakan2 seagama untk pergi bersama2 mendengar kuliah2 agama di masjid dan berjemaah bersama2... atau mungkin,jika tdk mampu brjemaah dimasjid,memadailah berjemaah bersama2 di bilik..^___^ 

       Jom kita sama2 penuhi ruang legar masjid2 kita.. supaya masjid2 kita hidup dan menjadi tempat kita bersatu hati antara saudara,..:) :) :) Nasihat pada diri saya dan juga sahabat2... jika dalam seminggu kita tak mampu kunjungi selama 7hari berturut kerana bz nak buat asgmnt,kita pergilah hari mggu..:) :) 2hari pn da ok... jnji kita istiqamah slow ye..nanti2 biase la,..^^ jgn biarkan rumah ALLAH itu suram tanpa ada kunjungan..:) :) :) 
     
         Serius saya cakap,bila kita berada dalam rumah ALLAH terasa tersangat tenang serta mslh mula hilang..:) :) dan kita juga dpt jmpa kwn2 baru n dapat berkongsi2 pendapat mengenai perihal agama bersama2..:) alhamdulillah..itu yg saya dapat... saya nak masuk syurga ALLAH, dan saya juga nak sahabat2 sy juga bersama saya... jadi,jom!!!! kita mula berubah menjadi yg lebih baik... :) :) :) :)


~~~ Jangan pandang belakang jika itu hanya membuatkan anda jatuh,sebaliknya pandang kehadapan kerana banyak lagi kejayaan yg menanti... ~~~