Monday, April 8, 2013

Cinta Seorang sahabat :)

"Apalagi yg diperlukan bg sbuah persahabatan, jika ddlmnya terisi jutaan rahmat Ilahi. Bila menangis ada yg meredakan, bila gmbira ada yg mengingatkan, bila sakit ada yg m'doakan, bila sihat ada y meraikan. Alangkah hebatnya p'shbtn, lg hebat jika seiring dlm p'juangan. dmi meraih redha Allah. Moga usia yg tersisa ini dipenuhi dgn kesibukkan dijalan Allah"

Melihat telefon bimbit yang ternyata tidak putus-putus dengan sms daripada sahabat-sahabat hati mula tidak senang duduk. apakah ini tandanya rindu? tersenyum sendirian. Ya ana mulai rindu dengan kalian, rindu ingin belajar bersama-sama, rindu ingin makan beramai-ramai, rindu ingin pergi ke majlis ilmu bersama-sama, rindu kepada sebuah perjuangan bersama-sama. Masih ingt, ketika janji diikrar bersama, tangan kalian erat memaut bahu ini, meyakinkan hati bahawa ini jalan yang terbaik. lantas tersenyum ana ketika itu ternyata ianya bukan mudah, namun itu jalan menuju ke syurga bersama. Sudah berjanji untuk berusaha berpimpinan tangan hingga ke syurga kan? haruslah berusaha! ya pasti berusaha..

"selalu sibuk, bila masa mahu berehat?" tanya seorang sahabat. ana tersenyum, melepaskan hembusan tanda ingin menjawab, " hanya org yg memahami sahaja yg tahu betapa sibuk ini indah".. kelihatan sahabat ana itu sedikit keliru dengan jawapan ana, namun ana katakan "insyaallah, suatu hari nanti kalian pasti memahami" . Mana tidaknya, kaki ini tidak pernah duduk diam, selalu memilih untuk keluar. Bukan kerana "busybody" dengan org diluar, namun ada "tugas" yg perlu diutamakan. Keluar rumah, housemates semua sdg berehat2, bila balik rumah semua housemates dah tidur. Sahabat tersayang, maafkan ana.. Mungkin diri ini kurang bersama kalian, namun ana tetap cintakan kalian seperti sahabat-sahabat yang lain. terima kasih atas penjagaan dan juga keprihatinan kalian terhadap diri ini. Alhamdulillah, Allah sentiasa jaga cinta kita. kerana kita saling memerlukan.

Kata-kata yang sering menjadi penguat semangat ana dikala emosi sedikit jatuh ialah " tempat yang terbaik untuk berehat ialah di syurga," Allahuakbnar, ana cuba mndalami maksud kata-kata ini dan ternyata dunia ini adalah tempat untuk bercucuk tanam yang hasilnya bakal dibawa ke akhirat kelak. Ana membelek-belek senaskah buku yang dipegang " bersyukur saat diuji", bila mana kita bergelar hamba Allah, semakin dekat kita dengan ALLAH maka semakin besar ujian untuk uji keimanan kita. Dalam perjuangan, sudah semestinya pelbagai ujian yang bakal ditempuhi, ini baru sahaja terkena cacian, belum masuk bab kena apa-apa kecedaraan. Jangan berlagak kita hebat kalau kita tidak mampu melawan tohmahan sekecil itu. Kalau kita merasakan ujian kita y paling teruk, ingatlah.. Baginda lebih teruk diuji, Namun bersabar kerana baginda tahu Allah itu MAHA Mengetahui segalanya.

Terima kasih Sahabat yang sering menyedapkan hati ana dengan pelbagai nasihat dan peringatan. Dalam berusaha untuk menjadi seorang dai'e, memang kita memerlukan lebih ramai sahabat yang memahami jalan ini. Kerana, mana mungkin kita mampu bergerak sendirian kan. kan lebih elok andai bergerak secara berjemaah, mereka yang berjemaah itu tampak lebih kuat dan bersemangat. Sedang ana duduk bersendirian, tiba-tiba fikiran melayang kearah satu sudut yang mana teringat akan sesuatu yang membisikkan hati.. " siapakah diantara kita yang akan pergi bertemu Allah dahulu?". Entah kenapa persoalan itu yang muncul, namun hakikatnya perpisahan itu akan kunjung tiba mungkin sikit masa lagi. Ketahuilah, bila Allah sudah menemukan kita semua, ia adalah satu anugerah cinta yang tiada tandingannya. baik dari hati ana, mahupun dari hati-hati kalian. Sungguh ana bersyukur Allah temukan kita, Allah dekatkan hati kita, Allah titipkan semangat perjuangan dalam hati kita. Biar diluar sana tidak memahami tugas kita, kerana Allah itu maha Mengetahui.

Ayuh sahabat-sahabat !! bangkitlah  menuju kearah satu destinasi, YA islam tidak memerlukan kita, namun KITA memerlukan islam. Mereka yang sayangkan islam, tidak akan mungkin hanya goyang kaki menunggu yg lain perjuangkan., bilamana kita mula jatuh cinta dengan Allah, islam dan agama maka saat itu kita akan memikirkan " Aku ingin syahid di jalan Allah".. Jangan hanya meniti dibibir, harus berusaha. Malah perlu lebih berusaha. Jika ingin islam terus KEKAL, maka TOLAK kemalasan, TOLAK fikiran negatif kita, TOLAK hasutan syaitan. Insyaallah satu saat kita akan menuju ke destinasi negara Islam. Ana dan kalian saling memerlukan, anadai jatuh jatuh seorang yang lain jua turut merasa. Analoginya ibarat sebuah kapal yang berlayar, namun jika tiada mereka yang pakar dalam memandu arus, mungkin kapal itu akan hilang arah dan tenggelam. Bersamalah kita, Jangan bersendirian.

Terima kasih kerana menjadi penguat semangat dikala jatuh, terima kasih menjadi penghibur hati dikala sedih, terima kasih menjadi seorang sahabat.. ^^ Allah saja yg mampu membalas cinta kalian. Takbir..!


Cikgu Asmalini Ashri :) :)

1 comment:

  1. Seronok klw ada sahabat yg selalu ingatkn kita pd Allah..

    ReplyDelete