Monday, April 22, 2013

BAHANG PRU 13 MAKIN HANGAT :)

Bissmillahirrahmanirrahim ,..

Setinggi-tinggi ke syukuran dipanjatkan kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang tidak pernah putus terhadap hambanya. Alhamdulillah masih diberi nikmat islam, iman dan ihsan yang seharusnya kita patut lebih banyak bersyukur. Allahu Rabbi. segala puji hanya untuk Allah.. selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW .

"Jangan disoal ape yang telah islam bagI untuk kita, tapi soal lah apa yang kita bagi untuk islam"

Kehangatn PRU13 makin hangat, rata-rata calon yang mengambil kerusi sudah mula berkempen untuk meraih undi. setelah dibubarkan parlimen yang mana ianya menjadi tanda tanya bagI seluruh Rakyat Malaysia yang menanti akan pembubaran parlimen tersebut akhirnya kini telah diketahui barisan calon yang bertanding. 20 April 2013, ramai yang mula berarak untuk penamaan calon. Ku lihat pelbagai jenis warna yang membanjiri jalan. namun warna terpilih sahaja menjadi tarikkan hati sang pemerhati :)

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sama-sama merasai bahanng PRU13. ini yang perlu kita kaji, ini y perlu kita ketahui, ini yang perlu sama-sama kita perjuangkan. saya telah memilih untuk menjadi seorang pendokong, bukan hanya seorang penyokong. kerana apa? kerana saya tidak mahu hanya tahu menanti akan kemenangan itu, saya mahu biarlah kemenangan kelak dirasai bersama. menjadi jentera penggerak bukanlah mahu menonjolkan usaha yang dilakukan. biar usaha itu tampak kecil, namun andai itu mampu menyumbang akan kemenangan islam, dipandang Allah serta ikhlas melakukannya mengapa harus dipersoalkan. Hari ini, rata-rata anak muda mulai bangkit dan bersuara. saya cukup bertuah dan bangga kerana semangat itu dikongsi bersama. Hari minggu yang mana mahasiswa dan kebanyakkan anak muda memilih untu duduk berehat, saya memilih untu "turun Berjuang" . Saya memilih untuk tidak menghabiskan masa saya hanya berehat dan membaca sahaja, namun ade sumbangan lain yang harus saya berikan jua. Akui saya, title mahasiswa mmg tidak akan lari dengan budaya cintakan ilmu. Namun disini saya tegaskan.  " andai ingin menjadi super power student, jangan hanya tahu buat asaimen sahaja. lihat dunia luar baru kita tahu lebih banyak asaimen yang menanti" :)

Alhamdulillah, pengalaman demi pengalaman saya catat sepanjang penglibatan ini. sungguh pengalaman ini tidak dijual dimana2 restoran mahupun kedai kraftangan. kerana ukiran ini hanya dapat diukir oleh mereka yang berada dalam sistuasi kefahaman yang sama sahaja. Hujan kami redah, cacian kami terima, sokongan padu kami raikan, ujian kami tabah, cinta kami eratkan, kasih sayang kami terbitkan. Cukup indah sehinggakan bila Berpimpinan tangan pun kami rasa tidak mahu melepaskannya. Berarak bersama dalam barisan yang paling hadapan bagi kaum hawa yang hebat. saya cukup teruja dan cukup sebak bila mana melihat kita mahasiswa mula bangkit menyuarakan hujah. Kami berjalan dengan fakta, memandu dengan kefahaman, dan bersuara dengan semangat. Tiada yang memaksa untuk bersama-sama melaungkan hak kami, tapi atas dasar kesedaran diri yang cukup tinggi saya memilih untuk turut serta belajar dalam PRU13 kali ini :)

Alhamdulillah, pengalaman bertugas di kawasan yang bertanding. bertemu dengan barisan tentera yang cukup hebat. mengikuti YB dan berjalan seiirngan menyedarkan diri ini bahawa rendahnya diri ini berjalan dengan orang yang hebat. Namun, disebabkan rendah diri seorang pemimpin berjiwa rakyat itu maka saya mula merasakan islam perlukan mereka :) dengan bangga saya memperkenalkan YB kepada mereka-mereka disana. ternyata, satu pengalaman yang cukup memberi ilmu kepada saya, rakyat yang murah senyuman membuatkan hati tenang berbicara.

Hari ini.. lihatlah dunia dibanjiri dengan satu perubahan. kalau dulunya rakyat hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan. Namun hari ini, rakyat sendiri berani meminta dikotakan janji. Namun masih ada segelintir pemimpin yang masih takut dengan bayang-bayang wajahnya sendiri. ingin memancing undi, fitnah disebar. ingin menang besar sanggup rasuah rakyat, ingin menjadikan negara islam, namun masih kontang-kanting bab agama. ingin orang lain mempercayainya, namun masih terus berdusta. Menyokong akan pemerintahan kezaliman ini sama sahaja membiarkan diri diperlakukan apa sahaja. Kita tidak mahu dilebalkan sebagai " lembu dicucuk hidung" . Maka hari ini UBAH ..

5mei 2013, hari yang dinanti. pastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi. bagi balik mengundi, hati-hati dijalanan. hatta sahabat2 saya dimesir meronta-ronta nak balik, kita yang dah berada di Malaysia ni haruslah bersemangat lebih. :) semoga islam terus berkembang, menjadi pemenang no1, diangkat setingginya dan dipimpin oleh orang yang benar-benar dipilih oleh Allah ..Takbir.. Takbir.. Takbir.

IKHLAS :

SITI ASMALINI BT MOHD ASHRI
MAHASISWA PENDOKONG

2 comments: