Sunday, March 3, 2013

Saya nak jadi wanita yg indah :)

Bissmillahirrahmanirrahim :)

Wanita, telah Allah Jadikan kta adalah sebaik2 perhiasan. Wanita itu indah, yang tak menutup aurat pun boleh nampak indah, ini kan pula kalau yg tutup aurat dgn sempurna, Mashaallah cukup indah dan cantik Wanita ni kan. Ana,anda dan wanita yg lain hari ini sebenarnya teruji dgn pelbagai mekanisme yang mampu meruntuhkan iman kita, daripada segi fesyen, ikhtilat, perlakuan, persaingan dan sbgainya. Sejujurnya apa yang kita dpt lihat hari ini wanita mula bangkit dan meninggalkan zaman dengan memiliki ilmu yang hebat. Hari ni ana nak share sikit bagaimana nak jadi wanita yang indah. hanya sekadar perkongsian, ana pun baru belajar dan perlu banyak belajar juga seperti yang lain. Insyaallah, sama2 kita belajar ye.

Kalau dahulunya kita dalam kelas suka duduk satu meja beramai-ramai dengan kawan2 then kita mula bukak topic yang merugikan masa kita dan sahabat-sahabat yang lain, hari ni meh kita sama2 ubah. kita berkumpul juga, but adakan pengisian bersama, contoh topic apa yang best untuk dikongsi yang nak diamal kita decide sama2. Allah, indahnya kita buka minda serta menambahkan kefahaman kita bersama kan? kalau nak tahu, time tu memang kita semua satu kumpulan tak rugi satu sen pun duduk saje tapi share ilmu berguna, malah boleh pahala lagi. baikkan ALLAH. kalau kita duk satu kmpulan bincang topic ttg si A, bukan saje dpt dosa malah mungkin bkl mendatangkan fitnah,. Nauzubillah, jangan ye shbt2 :) 

Kalau dahulunya kita suka bazirkan waktu pergi hang out dgn kawan2 kat mall atau kat mana2 shja yg melalaikan kita, so now ape kata kita urut kaki kita dan bwa kaki tu melangkah ke majlis ilmu. Mashaallah, kaki kita ni kelak shbt2, say "terima kasih" kat kita, sebab pa? sebabnya kita tak bawa kaki kita p jalan2 kat tempat maksiat. Ha, nak kaki say "terima kasih" dak kelak? banyak shbt2 majlis ilmu disekitar kita ni, ataih kita ja samaada nak atau taknak je. tapi pilih lah untuk nak sebab disana pahala menanti dan disana jua malaikat menunggu utk mendoakan kita. ALLAH, manusia yg didoakan oleh para malaikat, adalah manusia yg tdk dlm kerugian :) moh la kita pegi banjiri majlis ilmu, elakkan buat banjir kat majlis maksiat ye .

Kalau dahulunya kita suka pakai baju kecik2, tdung kecik2, seluar kecik2.. ape kata kalau yang kecik tu kita jahit jadi besar, takpun kan buat baju baru.sebabnya, yang kecik ni hanya sesuai utk org yg kecik je, macam adik2 kita tue .so takkan kita nak bg org bandingkan kita ngan adik kita kan. so, Indahnya kalau wanita itu menutup aurat dgn sempurna, Wanita akan tampak lebih manis if dy menutup auratnya. barulah sejuk mata memandang, lelaki pun tnduk pandangan je, sb segan nak pandang,. Mahal sgt wanita bertutup ni :) lps ni kan nak didik anak2, so taknak ke jadi role model yg terbaik utk anak2? kalau kita sendiri pakai bju anak kita, mcm mne nak didik anak kita ttp aurat kan.. so, ttpilah auratmu y mahal tu ye.

Kalau dahulunya kita suka dengar lagu2 y melaghakan jiwa hati jantung serta hempedu kita ni, ok sekarang tiba masanya kita tukar dan mulalah didik hati serta telinga kita mendengar ayat2 suci al-quran yg cukup mendamaikan. takdenya kalau kita hafal lagu justi biber tu boleh pahala tau membantu kita di akhrat kelak kan, tapi al-quran? pasti dan pasti membantu. kalau kita tak sempat nak belek bace kan, sebab byk asgmnt nak kena taip, kita boleh dgr melalui youtube atau hp kita. haa. xde alasan utk mendengar peringatan drpd Allah kan :) Beruntung kita kalau Allah lahirkan kita yg mempunyai lidah y mudah utk menghafal ayat suci Al-quran ni kan. Indahnya wanita kalau pandai mengaji. nanti boleh ajar umi abah mengaji skali. dulu umi abah yg duk ajar kita kan, bila dah tua kita ajarkan mereka pula. Subhanaallah. Hebatnya anak gadis solehah ni kan.

Kalau dahulunya kita ni kuat sgt lah kapelkan. memang tiap2 tahun tukar pasangan lah katakan. Mashaallah, now sucikan hati.jauhi benda maksiat seumpama itu. kapel awal ape wanita dapat? airmata pun bazir, mahal tau dak menangis ni. tapi kita akan nmpak murah kalau menangis kerana cinta haram ni. Nauzubillah. Nak kapel silakan, nak naik moto bersama silakan,nak berpegang tangan sambil berlari2 ditepi pantai silakan. But, kawen dulu. baru halal semua tu. Jangan dek kerana nafsu, kita gadaikan segalanya. Kalau ada org ajak kapel kata kat dia " kawen slaluh, kapel lps kawen dpt pahala now  mari bersama2 kita elak dosa".. konfom y mendengar tu rasa malu n sama2 nak berubah.Insyaallah. jangan ye wanita, kita ni wanita tau dak. apa2 terjadi wanita kena tangung first. Jangan mudah terkesan dgn ayat2 cinta palsu ni . Jaga..jaga..jaga.

Kalau dahulunya kita kurang berakhlak, maka hari ini ayuhlah kita mensucikan dri dan mula sygi diri serta hiasi dgn akhlak2 terpuji. Wanita yg berumur 100tahun, wlpun muka berkedut, mata tak nmpak n sglanya, dia akn ttp nmpak cantik. Kerana apa? kerana dia ada akhlak. Tapi wanita muda wlpun muka dy tak berkedut lagi, mata jelas, badan cantik lagi, kalau dy takde akhlak for sure takde keindahan bagi mereka disitu. :) akhlak adalah cermin keperibadian, nak cantik kita jaga lah akhlak ye. 

Insyaallah, actly byk lagi cara kita nak jadi wanita yg indah ni. Rajin2 lah belek buku ye. cari buku yg mampu mendidik kita. jgn duk cri novel cinta ja ^_^ akhlak yg cantik mampu menutupi segala keburukkan yg ada pada diri kita. jaga iman dalam diri kerana ia benteng utama utk mendekatkan diri dgn ALLAH. nak jadi wanita baikkan? jaga hubungan dgn ALLAH. takbir..!! 


Good luck guys :)


Cikgu Asmalini Ashri ^_^

2 comments:

  1. hahai..assalamualaikum kak lin..good sharing..kita dok kumpul2 mungkin dapat mengeratkan silaturahim..tapi once da bukak cerita gossip o mengumpat.kita juga mampu menghalangnya dengan mendoakan yg terbaik untuk org tu..mengumpat cket je,heh,tapi lepas tu kita doakn pintu hati mereka dibuka dan tutup cerita..

    kak lin,kat karnival kn,kdg2 lia takot tgok mereka yg berpegangan tangan walaupun bertudung labuh,.mungkin mereka da nikah..tp kalau lia da nikah,lia malu la nak pgg tgn time ramai2..hehe..ape pendapat kak lin?

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam wbt adk lia :) emm, syukran sudi baca ye, sekadar perkongsian je ni ^^ semua nak jadi wanita baik2 right. so rebutlah peluang yg masih ada ni.

    lia, untuk pertanyaan tu. kak lin sarankan kita smua husnuzon . kan lebih baik kita husnuzon terhadap manusia, mereka y dah kawen halal melakukan segalanya, mungkin si suami pegang tgn isteri dy sb isteri dy tu penat berjalan, kaki dah sakit kan :) Subhanaallah baik kan suami mcm tu. then, kita jgn sebarkan rasa ketidakpuasan hati kita tu pada yg lain, takut2 tmbul perkara lain pula. ok tak lia:) kita doakan diri kita n y lain peroleh hidayah sentiasa drpd ALLAH.. allahuma ameen :)

    ReplyDelete