Monday, February 4, 2013

Dakwah dalam Baitul Muslim :)



. “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tdk menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahNYA kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan NYA….” (At Tahrim 6)

Telah ana persiapkan hal yang berkaitan dengan individu muslim, ana perbaiki diri untuk menuju  jalan ALLAH, kini tugas ana disambung dalam daerah pembinaan baitul muslim.. Ya, islam adalah disepanjang hidup ana, kalau dahulu ana berusaha untuk perbaiki diri dalam konteks individu muslim, sekarang tiba masanya ana menyempurnakan kerja islam walaupun sudah berbait muslim.

“ Abi.. abi… mana abi pergi? Amni dah lama tak Nampak abi rasa macam 10 tahun tak jumpa dan kiss abi …” ..amni berlari sambil memelukku.

Kerana panggilan dan seruan dakwah dan jihad pilihan ALLAH untuk diri ini ana ini, ana terpaksa meninggalkan isteri tersayang dan anak perempuan yang masih kecil dan memerlukan perhatian daripada seorang ayah. Ramai yang bertanya, “ tak penat ke ke hulu ke hilir?”..Namun, ALLAH itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui, DIA anugerahkan ana seorang isteri yang cukup-cukup faham dengan tuntutan kerja ana bukan sahaja seorang suami.

Ana memeluk amni dengan seeratnya, Ya ALLAH lama rasanya tidak memeluk anak kecil ini.

“ sayang, abi selalu rindukan amni. Ni, tgk abi beli apa..” ana tersenyum sambil memegang sebungkus hadiah buat anak kecil ini.

Ana tercari-cari insan yang selalu disamping ana susah dan senang, penyejuk hati dikala duka, pemberi sokongan dikala jatuh di persimpangan..Itulah dia Asma’, isteri yang dianugerahkan ALLAH untuk meneruskan jihad bersama2 dalam mengapai redha ALLAH.

“ Assalamualaikum abg,..” .. bisik Asma’ dari belakang mengejutkan ana daripada pertanyaan dalam pencarian. Subhanaallah, insan ini sungguh sabar dan tidak pernah mengeluh tatkala tuntutan memerlukan ana berada di sana-sini.Dia isteri yang hebat dan tiada bandingnya, seorang ibu yang sabar memberi nasihat buat permata hati kami bilamana ana tiada disisi.

“Asma’..abg mnta maaf, lewat 10 minit seperti yang dijanjikan” .. ana tersenyum.
“ takpa bang.. kan Allah yang gerakkan abg untuk jumpa syg..berterima kasih kat ALLAH..”

Allah… Asma’ tidak mudah melenting, Ya..betul lah janji ALLAH.. andai kita mengahwini seseorang wanita itu kerana agamanya nescaya kita akan bahagia dunia akhirat. Ini baru permulaan dakwahku, kisah perjalanan dakwah dan tuntutan itu masih panjang. Teringat kata-kata salah seorang ulama’ yang mana bila berbicara mengenai istiqamah dalam dakwah ini beliau memberi pendapat :

“ Nak uji kita ni istiqamah ke tak, lihat bilamana kita dah berbait muslim nanti.. tak cukup drpd itu, uji lagi bila kita ada seorang anak nanti.. tak cukup lagi bila ada dua anak..smpailah 5 org anak.. “
Nak kata kita istiqamah, susah. Kadang-kala kita terjerat dengan alasan sendiri. Namun ALLAH itu Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNYA, bilamana kita terasa ingin jatuh dalam perjuangan, Dia hadirkan peringatan-peringatan yang berbunga dengan ayat-ayat yang cukup membuatkan kita yakin dengan janji Sang Pencipta. Ana bertuah Allah hadiahkan keluarga yang sakinah yang mana isteri ana juga satu Fikrah dan mencintai jalan Islam. Perjuangan menegakkan islam bukan mudah, kerana musuh-musuh islam sentiasa mengelilingi kita. Namun, binalah generasi islam menerusi kejayaan bait muslim yang dimulai dengan kecintaan dakwah pada jalan ALLAH ini.

(massage from sahabat ana)

“ Assalamualaikum.. akhi , ana nak jemput anta bagi ceramah motivasi kat UIA esok pada jam 8malam untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi final exam, boleh ke tak?”

Antara tuntutan dakwah dan masa bersama keluarga, ana sedar diri ana bukan hanya diperlukan oleh isteri dan anak-anak kerana anak sering berpegang pada prinsip “ andai ada ilmu, sampaikan ia wlpun hanya sepotong ayat”.. Ana sedar, baru sahaja beberapa jam ana di rumah, sudah ALLAH panggil untuk keluar berjihad. Allahuakbar, baiknya ALLAH..sentiasa jaga ilmu yang ada pada ana supaya tidak hilang begitu sahaja dengan memberi ruang kepada ana untuk menyampaikan pada mereka yang sudi menerima.

“ Asma’, esok abg ada seminar motivasi bersama pelajar Uia. Abg tglkan Asma’ dan amni seketika dengan ALLAH ye?”

“ InsyaallahAbg, bilamana ALLAH dah seru nama abg untuk membantu mereka diluar dalam menyampaikan dakwah abg, Asma dah redha abg pergi, Amni pun sama.Kami berdua doakan abi dari jauh ye. Semoga ALLAH selamatkan perjalanan abg dan ilmu y abg kongsi dibalas ALLAH dengan pahala yang besar”..

Alhamdulillah, keberangkatan ana bakal di sertai dengan doa seorang isteri serta ibu bapa yang tidak putus-putus memberi nasihat serta menjaga Asma’ dan Amni ketika ana keluar berjihad. Asma’ juga sering memberi ceramah fiqh wanita bila dijemput untuk memberi talk, kerana isteri ana juga memiliki tuntutan serta prinsip yang tersendiri untuk islam. Teringat kata-kata yang sering menjadi penguat semangat jihad ana oleh sang isteri :

“ Andai kita syg ALLAH, kita kena sayang islam, kalau kita nak ALLAH syg kita, buat sesuatu untuk islam…”

Untuk memastikan islam terus Hijau, islam menjadi subur pilih lah untuk bergerak dalam jamaah. Kerana Rasulullah s.a.w sendiri bergerak dalam jamaah. Kerana untuk melawan musuh gelap islam itu kita perlukan tembok pertahanan yang untuh, Rasulullah s.a.w dulu memerangi musuh untuk melihat islam mekar sehinggakan hari ini, tidak salah andai kita berjihad  hari ini untuk generasi akan datang. Islam itu agama yang syumul, pilih la untuk sentiasa bergerak bersama kerana andai sebatang lidi dijadikan penyapu untuk menyapu debu di lantai, mana mungkin debu2 itu akan pergi, Namun andai kita kumpulkan lidi-lidi yang lain menjadi penyapu, nescaya bersih debu2 yang menggotori lantai tadi. Sesuai dengan Firman ALLAH S.W.T :

Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. ( Al-Maidah 2)

Pesan ana buat mereka yang Telah berjanji pada ALLAH utk terus tegakkan islam :
Jika kelak kita menangis kerana kehilangan sesuatu yang berharga tatkala kita sedang menjalankan dakwah dan jihad kita di jalan ALLAH, ingatlah ALLAH sedang uji keimanan dan kesetian kita untuk islam, apa kita kuat atau tidak bila ALLAH uji, mengeluh atau tdk dan bersyukur ataupun tdk. Yakinlah, bilamana saat ALLAH menguji kita waktu dan ketika itu,  walhalAllah sedang merancang sesuatu yang lebih baik dan indah. Mungkin tdk di dunia, namun pasti diakhirat. Orang yang berdakwah itu tdk mementingkan waktu rehatnya, kadang kala tdur pun tak cukup, makan pun sekadar alas perut,hartanya di belanjakan pada jalan jihad. Sedikitpun mereka tidak penat, keluar subuh anak masih tidur, balik tgh malam anak dah tidur.Begitulah sunnah orang berjuang.

Telah ALLAH sediakan medan istirehat di syurga buat para mujahid/mujahidah islam yang tak cukup rehat didunia ni. Mashaallah, sayangnya ALLAH pada mereka yang keluar berjihad dan meninggalkan anak isteri tersayang kan.

( Petikan ayat Fathi Yakan)

“ Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya. Jalan ini tdk akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingakan kerehatan dan tuntutan hawa nafsu, tdk sgup dilalui oleh mereka yang sempit dada dan tdk mempunyai kekuatan, tdk sgup dilalui oleh mrka yg tdk sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit, tdk sanggup dilalui oleh mereka yg berkeras dan bertegang dgn pendapatnya sendiri sdgkan beliau tdk mengetahui bhwa beliau tdk mengerti serta tdk mahu tunduk pada mana2 kputusan”

Berterima kasih lah kepada ALLAH :

Ana menutup buku karya Fathi Yakan dan memandang wajah kedua-dua insan yang sering memimpin tangan bersama dalam dakwah ini. Seorang isteri yang bijak, dan anak yang solehah yang akan di didik menjadi serikandi islam. Dakwah ana tdk pernah akan berhenti sehingga nafas terakhir, insyaallah bersama kita didik diri menjadi individu muslim dan didik keluarga kita dalam bait muslim supya dapat melahirkan generasi islam yang hebat 

No comments:

Post a Comment