Friday, November 23, 2012

suara saudara...

Bissmillahirrahmanirrahim...

Ketika aku lahir,
tidak pernah aku terfikir aku akan hidup dalam dunia ini,
dunia bagaimana maksudku..!?
Ya, ini lah...
Dunia Palestine...

Aku berteriak mencari ayahku..!!
ayah!! ayah!! ayah!!
Di kanan ku berpaling mencari ibuku...
ibu! ibu! ibu!
Aku berdiri lagi mencari kakak dan abangku...
Namunnnnnn...
mereka tiada disisiku.. .....

Debu menjadi saksi,
jatuhnya jasad ayah dan abangku ditanah,
darah yang mengalir mencipta nama mereka sebagai sang syahid....
Ini pilihan mereka,kerana cintanya mereka kpd ALLAH...
Ibu dan kakak ku jua pergi bersama gelaran indah itu...
ALLAHUAKBAR,..! MEREKA telah di syurga..

Ibu..! ayah..! kakak..! abang...!
Tunggulah kepulanganku disana...
Akanku kotakan hasratmu,
untuk menumpahkan drhku melawan tentera kejam itu,
Sehingga aku jua SYAHID..!!!

Dikesibukkan hari yg kita jalani, masih ada saudara kita yg jauhhhh lebih sengsara dengan kesakitan. kita disini masih lagi mampu bergelak ketawa bila tgk aksi atau crta lawak kan.. tapi mereka, mane dah ade lawak2 ni.. yg ada hanya tangisan yg meratapi saban hari jenazah keluarga2 mereka yg terbunuh.. kita makan nasi 3 kali shri,makan mee lagi,tak cukup tu mkn mcm2 .. p keluaq dating,,.(sempat lagi) cari makanan,sambil berjalan2 menikmati keindahan alam lah kan ( ayat org kapel ..bajet) .. emmm22 ..sedangkan mereka? hanya mampu melihat piring roti yg dahulunya berisi roti yg ibu mereka buat..bekas air yg dahulunya penuh diisi dan dibawa ke sekolah ..kini mrka hnya mkn apa yg ada, dan sgt jimat..

Hanya sekadar ingin berkongsi rasa dihati..  saya sedih bila ada shbt2 saya yang tdk mengambil berat akan hal sebegini.. kerana nabi s.a.w telah menegaskan bhwa, jika kita tidak mempedulikan saudara2 kita..maka kita bukan dikalangannya,.. Nauzubillah. semua ada komitmen masing2.. tapi, hanya sedikit waktu yg saya rasa tdk mengambil masa yg lama.. hanya sepotong doa sahaja, tolonglah.. saudara kita tu..! kalau diberi keizinan ALLAH.. sy ingin pergi ke sana.. :) ALHAMDULILLAH, sy telah mendaftar untk menjadi sukarelawan dlm membantu rakyat palestine.. anda bila lagi??

Sahabat kisah Palestine ini telah dicatatkan di dalam AL -quran sendiri dalam surah Al-ISRA' ayat 4-7.....

hayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat
2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.




ALLAH, Saya terlepas pandang.. semogga ALLAH memberi petunjuk kepada kami semua akan apa y terjadi sekarang..ALLAHUMA ameen..:) 

^_^ A_A

No comments:

Post a Comment