Friday, January 10, 2014

tarbiyyah hati,mental dan fizikal :)

Assalamualaikum wbt. selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W.

apa khabar iman?

apa khabar amal?

apa khabar umur?

Mashaallah. seminggu yang lalu mendapat berita sahabat ana meninggal dunia dalam tidur. terkejut ana mndapat berita, terus mencari fb nya. ternyata arwah budak yang baik, orang yang soleh. ramai yang sayang padanya. Allah, sungguh dekat kematian denganku, sungguh dekat berita-berita kematian menghampiriku. sedang aku meniti takwim sidang kali ini, Allahu Akbar, perlu aku bisikkan pada hati "Asmalini, ini perjuanganmu. ini apa yang Allah telah pilih untukmu" .. ruangan masa itu adalah ruang bekerja+belajar+praktikum+tesis. Allah, permudahkan kerjaku. sering kali mendapat panggilan ummi, memberi kata-kata semangat. menitis airmata kerana terkadang aku perlu memberi ruang untuk airmata ini menitis kerana rindu pada suasana berbual dan bergurau dgn keluarga. rasa lama tak balik, padahal duk di perak je.. macam duk di mesir je, ya, inilah tarbiyyah.. aku perlu tarbiyyah diri aku.

kat sini mmg berdikari habis, pegi meeting, pegi sana-sini semua kena sendiri. dan ana perlu cekap. ana perlu banyak belajar. bukan mudah, bukan mudah. tapi ana percaya Allah menolong hambaNYA, awalnya dimulai dengan Bissmillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Ana kuat. ana mampu buat. insyaallah, banyak berbincang dengan sahabat2. pergi usrah, tu salah satu kekuatan yang kita dapat. best dapat bersama-sama tukar pendapat hasil daripada pembacaan kita kongsi . Subhanaallah, semua dah balik bercuti. tinggal ana sorang2 ja meneruskan misi disini. MPP ada bengkel dan hal-hal lain. so, xbalik lah. sebulan mmg disini, maka sape2 free bole lah melawat ye <3

sahabat-sahabat, terdetik dihati untuk menyuarakan hal ini. bila kita punyai ilmu maka sebar2kan lah. kerana ini mungkin menjadi saham kita kelak. kerana bila kita mati, saham ini akan menjadi pelaburan berpanjangan buat kita.

Insyaallah, semoga diri sentiasa dalam tarbiyyah dan istiqamah dalam perjuangan . Ameen :)

1 comment: