itulah antara apa yang aku fikirkan kat budak-budak masjid kampus aku. aku hanyalah mamat berselipar jepun, jeans, t-shirt suku sukuan mana layak nak masuk masjid. Tanggapan aku terhadap diriku cukup menjawab persoalan kenapa aku tidak layak untuk bersama mereka. Aku berbeza dengan mereka. sucinya wajah mereka tatkala dipandang, sedangkan aku rambut tajam bak pisau, bercakap dengan kawan-kawan rapat juga menggunakan perkataan yang kasar-kasar. sungguh aku merasakan diri aku ini tidak layak menjadi seperti mereka.
" amirul, kau xde kelas ke? jom petang ni kita iftar"
hatiku terasa bagai dicucuk sembilu.. IFTAR? ape ke benda pula benda ni. mengikut kefahaman aku, iftar tu berbuka puasa beramai-ramai. sengaja aku tidak bertanya, takut dikatakan jahil. Ya, silap aku. malu bertanya sesat lah jawabnya. tapi, kalau jwapn yg aku teka tu benar, bermakna iftar tu mesti buat macam kat masjid, yang selalunya org berkopiah, org yg solat berjemaah dan awal waktu di masjid dan yang paling penting orang yang baik-baik. aku hanya membalas perlawaan kawan aku dengan menyatakan bahawa aku ada kelas malam, padahal aku berbohong. sebenarnya AKU MALU. kerana aku bukan seperti mereka.
ketika aku dalam perjalanan untuk ke kelas, aku melalui masjid. lalu aku disapa oleh coursemate aku, Muhammad.
" am, kau nak pegi mana?"
"kelas la.. kau ingat aku saja2 pakai smart2 macam ni".. sambil gelak.
"owh.. baiklah, hati-hati dalam perjalanan.. malam ni jom jemaah sesama, ada solat hajat untuk exam nanti"
" insyaallah.."
aku menyalami tangan sahabatku Muhammad. pelawaannya tadi aku sematkan didalam tentatif memori otakku. hatiku terdetik untuk pergi. apakah ini hidayah Allah? berlalu aku dengan senyuman, rasa bagai saudara baru. aku pernah mendengar cakap-cakap belakang kawan-kawanku. kata mereka,
" budak masjid ni, kalau depa berkawan mmg hak sama jenis ngan dorang ja.. macam kita ni, punah. depa tak pandang dah.. hak tudung labuh tu sama-sama dia ja kalau berkawan. yg laki ni kalau yang gila-gila macam kita mana depa nak kawan"..
sejenak aku berfikir. sebelum aku meninggalkan sahabatku di masjd tadi, aku terpandang sahabat-sahabatnya dibelakang. Ya ternyata betul juga kata kawan-kawanku dulu.memang dorang berkawan sesama dorang ja. aku ni hanya insan biasa, soleh pun tidak, jejak ke masjid jauh sekali. tidak layak rasa diri ini utk berkawan dengan mereka yang baik-baik. hatiku mula meyakinkan kenyataan kawanku tempoh hari. Arrrrggghhh celaru otakku.
terkejut aku dari lena.
"Allahuakbar, dah azan maghrib. lewat dah aku nak ke masjid".. getus hatiku.
lalu aku dengan sepantas mungkin menyiapkan diri. aku mencari pakaian yang paling sesuai dan sopan untk aku ke rumah ALLAH. sungguh saat ini hatiku sebak, jahilnya aku. masakan aku anak lelaki, bakal pemimpin namun tidak pernah jejak ke masjid. sungguh aku malu, malu pada diriku. ku sarungkan kain plekat dengan baju melayu. bergegas aku berlari menuju ke masjid. jaraknya dengan asramaku hanya 3minit, lihatlah bertapa liatnya aku untuk berjalan ke rumah Allah sebelum ni. kali pertama kakiku jejak ke kaki masjid utk berjemaah, airmata bagaikan ingin menitis. namun aku disambut oleh sahabatku ... Muhammad.
bermula detikku menjejakkan kaki di masjid utk berjemaah solat fardu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. dahulunya aku seorang yang cukup lagha, hari ini aku mula mendampingi diriku dgn sahabat-sahabat yang soleh. sejuk mata memandang sahabat-sahabat yang sudi menasihatiku dikala aku leka. Ya, dulu aku fikir, orang macam mereka hanya berkawan dengan orang-orang seperti mereka je. tapi hari ini, aku boleh katakan tanggapan itu salah sama sekali. sebenarnya persepsi negatif itu lahir daripada diri kita sendiri, bila aku mula bergaul dgn mereka, aku mula kenal banyak benda, aku mula belajar berkawan dengan semua orang tdk kira kaki masjid ataupun tidak.
bagi aku, menjadi budak kaki masjid ni tersangatlah menerujakan. hanya orang yang mencintai jalan indah ini sahaja yang mampu merasai manisnya berada dan berusaha jadi orang baik. aku bukan lah 100% baik, tapi aku sedang berusaha meninggalkan kejahilanku, aku berusaha menjadi budak baik. dulunya aku pelik bila orang study kat masjid, tapi hari ni aku lebih selesai study di masjid. rasa bagai ilmu itu sedang menelaah bersamaku. sungguh nikmat Allah cukup besar bagiku. banyak benda aku belajar daripada perkara yang aku benci dahulunya.
ketahuilah, ketika malu untuk berdamping dengan sahabat-sahabat yang soleh/ah.. sebenarnya hati kita mula ingin berkawan dengan sahabat seperti mereka. tidak kira tudung labuh, berjubah, berkopiah atau sebagainya kita semua sahabat.
budak masjid pun perlukan kawan.
ikhlas,
Cikgu Asmalini Ashri :)