. “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tdk menderhakai ALLAH terhadap
apa yang diperintahNYA kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan
NYA….” (At Tahrim 6)
Telah ana persiapkan hal yang
berkaitan dengan individu muslim, ana perbaiki diri untuk menuju jalan ALLAH, kini tugas ana disambung dalam
daerah pembinaan baitul muslim.. Ya, islam adalah disepanjang hidup ana, kalau
dahulu ana berusaha untuk perbaiki diri dalam konteks individu muslim, sekarang
tiba masanya ana menyempurnakan kerja islam walaupun sudah berbait muslim.
“ Abi.. abi… mana abi pergi? Amni
dah lama tak Nampak abi rasa macam 10 tahun tak jumpa dan kiss abi …” ..amni
berlari sambil memelukku.
Kerana panggilan dan seruan
dakwah dan jihad pilihan ALLAH untuk diri ini ana ini, ana terpaksa
meninggalkan isteri tersayang dan anak perempuan yang masih kecil dan
memerlukan perhatian daripada seorang ayah. Ramai yang bertanya, “ tak penat ke
ke hulu ke hilir?”..Namun, ALLAH itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui, DIA
anugerahkan ana seorang isteri yang cukup-cukup faham dengan tuntutan kerja ana
bukan sahaja seorang suami.
Ana memeluk amni dengan
seeratnya, Ya ALLAH lama rasanya tidak memeluk anak kecil ini.
“ sayang, abi selalu rindukan
amni. Ni, tgk abi beli apa..” ana tersenyum sambil memegang sebungkus hadiah
buat anak kecil ini.
Ana tercari-cari insan yang
selalu disamping ana susah dan senang, penyejuk hati dikala duka, pemberi
sokongan dikala jatuh di persimpangan..Itulah dia Asma’, isteri yang
dianugerahkan ALLAH untuk meneruskan jihad bersama2 dalam mengapai redha ALLAH.
“ Assalamualaikum abg,..” ..
bisik Asma’ dari belakang mengejutkan ana daripada pertanyaan dalam pencarian.
Subhanaallah, insan ini sungguh sabar dan tidak pernah mengeluh tatkala
tuntutan memerlukan ana berada di sana-sini.Dia isteri yang hebat dan tiada
bandingnya, seorang ibu yang sabar memberi nasihat buat permata hati kami
bilamana ana tiada disisi.
“Asma’..abg mnta maaf, lewat 10
minit seperti yang dijanjikan” .. ana tersenyum.
“ takpa bang.. kan Allah yang
gerakkan abg untuk jumpa syg..berterima kasih kat ALLAH..”
Allah… Asma’ tidak mudah
melenting, Ya..betul lah janji ALLAH.. andai kita mengahwini seseorang wanita
itu kerana agamanya nescaya kita akan bahagia dunia akhirat. Ini baru permulaan
dakwahku, kisah perjalanan dakwah dan tuntutan itu masih panjang. Teringat
kata-kata salah seorang ulama’ yang mana bila berbicara mengenai istiqamah
dalam dakwah ini beliau memberi pendapat :
“ Nak uji kita ni istiqamah ke tak, lihat bilamana kita dah berbait muslim nanti.. tak cukup drpd itu, uji lagi bila kita ada seorang anak nanti.. tak cukup lagi bila ada dua anak..smpailah 5 org anak.. “
“ Nak uji kita ni istiqamah ke tak, lihat bilamana kita dah berbait muslim nanti.. tak cukup drpd itu, uji lagi bila kita ada seorang anak nanti.. tak cukup lagi bila ada dua anak..smpailah 5 org anak.. “
Nak kata kita istiqamah, susah.
Kadang-kala kita terjerat dengan alasan sendiri. Namun ALLAH itu Maha
Mengetahui akan kemampuan hambaNYA, bilamana kita terasa ingin jatuh dalam
perjuangan, Dia hadirkan peringatan-peringatan yang berbunga dengan ayat-ayat
yang cukup membuatkan kita yakin dengan janji Sang Pencipta. Ana bertuah Allah
hadiahkan keluarga yang sakinah yang mana isteri ana juga satu Fikrah dan
mencintai jalan Islam. Perjuangan menegakkan islam bukan mudah, kerana
musuh-musuh islam sentiasa mengelilingi kita. Namun, binalah generasi islam
menerusi kejayaan bait muslim yang dimulai dengan kecintaan dakwah pada jalan
ALLAH ini.
(massage from sahabat ana)
“ Assalamualaikum.. akhi , ana
nak jemput anta bagi ceramah motivasi kat UIA esok pada jam 8malam untuk
pelajar-pelajar yang akan menghadapi final exam, boleh ke tak?”
Antara tuntutan dakwah dan masa
bersama keluarga, ana sedar diri ana bukan hanya diperlukan oleh isteri dan
anak-anak kerana anak sering berpegang pada prinsip “ andai ada ilmu, sampaikan
ia wlpun hanya sepotong ayat”.. Ana sedar, baru sahaja beberapa jam ana di
rumah, sudah ALLAH panggil untuk keluar berjihad. Allahuakbar, baiknya
ALLAH..sentiasa jaga ilmu yang ada pada ana supaya tidak hilang begitu sahaja
dengan memberi ruang kepada ana untuk menyampaikan pada mereka yang sudi
menerima.
“ Asma’, esok abg ada seminar
motivasi bersama pelajar Uia. Abg tglkan Asma’ dan amni seketika dengan ALLAH
ye?”
“ InsyaallahAbg, bilamana ALLAH
dah seru nama abg untuk membantu mereka diluar dalam menyampaikan dakwah abg,
Asma dah redha abg pergi, Amni pun sama.Kami berdua doakan abi dari jauh ye.
Semoga ALLAH selamatkan perjalanan abg dan ilmu y abg kongsi dibalas ALLAH dengan
pahala yang besar”..
Alhamdulillah, keberangkatan ana
bakal di sertai dengan doa seorang isteri serta ibu bapa yang tidak putus-putus
memberi nasihat serta menjaga Asma’ dan Amni ketika ana keluar berjihad. Asma’
juga sering memberi ceramah fiqh wanita bila dijemput untuk memberi talk,
kerana isteri ana juga memiliki tuntutan serta prinsip yang tersendiri untuk
islam. Teringat kata-kata yang sering menjadi penguat semangat jihad ana oleh
sang isteri :
“ Andai kita syg ALLAH, kita kena sayang islam, kalau kita
nak ALLAH syg kita, buat sesuatu untuk islam…”
Untuk memastikan islam terus
Hijau, islam menjadi subur pilih lah untuk bergerak dalam jamaah. Kerana
Rasulullah s.a.w sendiri bergerak dalam jamaah. Kerana untuk melawan musuh
gelap islam itu kita perlukan tembok pertahanan yang untuh, Rasulullah s.a.w dulu
memerangi musuh untuk melihat islam mekar sehinggakan hari ini, tidak salah
andai kita berjihad hari ini untuk
generasi akan datang. Islam itu agama yang syumul, pilih la untuk sentiasa
bergerak bersama kerana andai sebatang lidi dijadikan penyapu untuk menyapu
debu di lantai, mana mungkin debu2 itu akan pergi, Namun andai kita kumpulkan
lidi-lidi yang lain menjadi penyapu, nescaya bersih debu2 yang menggotori
lantai tadi. Sesuai dengan Firman ALLAH S.W.T :
“ Dan tolong menolonglah kamu
dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran”. ( Al-Maidah 2)
Pesan ana buat mereka yang Telah
berjanji pada ALLAH utk terus tegakkan islam :
Jika kelak kita menangis kerana
kehilangan sesuatu yang berharga tatkala kita sedang menjalankan dakwah dan
jihad kita di jalan ALLAH, ingatlah ALLAH sedang uji keimanan dan kesetian kita
untuk islam, apa kita kuat atau tidak bila ALLAH uji, mengeluh atau tdk dan
bersyukur ataupun tdk. Yakinlah, bilamana saat ALLAH menguji kita waktu dan ketika
itu, walhalAllah sedang merancang
sesuatu yang lebih baik dan indah. Mungkin tdk di dunia, namun pasti diakhirat.
Orang yang berdakwah itu tdk mementingkan waktu rehatnya, kadang kala tdur pun
tak cukup, makan pun sekadar alas perut,hartanya di belanjakan pada jalan
jihad. Sedikitpun mereka tidak penat, keluar subuh anak masih tidur, balik tgh
malam anak dah tidur.Begitulah sunnah orang berjuang.
Telah ALLAH sediakan medan
istirehat di syurga buat para mujahid/mujahidah islam yang tak cukup rehat
didunia ni. Mashaallah, sayangnya ALLAH pada mereka yang keluar berjihad dan
meninggalkan anak isteri tersayang kan.
( Petikan ayat Fathi Yakan)
“ Jalan ini merupakan satu jalan
yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan
kehidupan masa depannya. Jalan ini tdk akan sanggup
dilalui oleh orang yang mementingakan kerehatan dan tuntutan hawa nafsu, tdk
sgup dilalui oleh mereka yang sempit dada dan tdk mempunyai kekuatan, tdk sgup
dilalui oleh mrka yg tdk sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban
harta dan wang ringgit, tdk sanggup dilalui oleh mereka yg berkeras dan
bertegang dgn pendapatnya sendiri sdgkan beliau tdk mengetahui bhwa beliau tdk
mengerti serta tdk mahu tunduk pada mana2 kputusan”
Berterima kasih lah kepada ALLAH :
Ana menutup buku karya Fathi
Yakan dan memandang wajah kedua-dua insan yang sering memimpin tangan bersama
dalam dakwah ini. Seorang isteri yang bijak, dan anak yang solehah yang akan di
didik menjadi serikandi islam. Dakwah ana tdk pernah akan berhenti sehingga
nafas terakhir, insyaallah bersama kita didik diri menjadi individu muslim dan
didik keluarga kita dalam bait muslim supya dapat melahirkan generasi islam
yang hebat