Sunday, April 22, 2012

saya nak dia dan saya kapel islamik :) :) tapi,bagaimana???

    Assalamualaikum... "couple" = berpasang-pasangan,istilah orang y sedang dilamun cinta yang dasyat ..bak kata mereka.. walaupun lautan api,sanggupku redahi demi mendapatkan cintamu .!!!.wahhhh..sgt teruja bunyinya kan..tetapi,hakikatnya tdk begitu..mana mungkin ada orang yg sggp redah api,terkena api masa memasak pn da menangis satu hospital,ini kan pula lautan api.hehe... baiklah sahabat sekalian,teruja sy utk berkongsi bersama2 para sahabat about one great topic,that is.....COUPLE ISLAMIC.sape2 y sedang dilamun cinta ini pasti like lah tajuk ni kan..tetapi,disebalik tajuk itu tersimpan huraian yg perlu kita ketahui maknanya..:)


     'ustazah,sy dan dia mmg berkapel,tapi kami brkapel ikt landasan syariat islam" ...mudahkan kita berkata2... bagaimanakah maksud anda itu,"berkapel mengikut syariat islam" ??? kalau boleh,sy pn nak tahu jgk..:) :)
ramai yg kate kami jga ikhtilat drpd tidak bertemu antara satu sama lain,tidak sms.tidak berbual telefon,tidak rindu dan macam2...tetapi hakikatnya adakah begitu sahabat?? bila mane seorang wanita itu menyukai lelaki,dan lelaki itu juga menyukainya...segalanya nampak indah,tiada lagi batasan pergaulan wlpun sjauh mne mereka menjaganya kerana jiwa terdorong oleh satu nafsu dan bisikan iblis y dasyat.. mereka tidak bertemu,tetapi mereka sering kali berbalas sms.mereka tidak bersms,tetapi setiap saat saling merindui... iye kan? ini adalah fitrah manusia shbt,ALLAH tahu dimana kelemahan kita sebenarnya.Katanya,kami tidak berzina...mereka memahami,berzina itu adalah apabila mereka melakukan perkara y terkutuk...sedangkan di dalam AL-QURAN telah menyebut y mana maksudnya "JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA" lihat shbt,telah ALLAH Tegaskan jgn sesekali mghmpiri zina apatahlagi dengan melakukannya scra terang2...

    Hukum sebenar couple sebelum ada satu ikatan tersimpul rapi,kemas dan tidak akan putus ialah HARAM.. haram shbt2,kerana apa ianya haram??? jom kita same2 renungkan kenapa ianya haram..:) :)

1) kerana ianya melalaikan masa,waktu kita yg sepatutnya kita gunakan utk mengingati ALLAH.
2) menimbulkan nafsu syahwat baik lelaki,mahupun wanita
3) aurat atau pergaulan mula tidak dijaga dgn sempurna
4) menyebabkan berlakunya maksiat
5) Mereka yg berkapel tidak pernah menjaga pandangan

    ini adalah serba sedikit kesan buruk drpd hbgn y dilarang sama sekali oleh ALLAH.Rasulullah sendiri tdk pernah menjalinkan hbgn dgn mana2 wanita melainkan dgn terus berkahwin dan bercinta setelah itu.dimana pegangan kita?sering kali kita mengaku bhwa kita adlh umat Rasulullah,tetapi kenapa tdk kita ikuti sunnahnya dlm ikhtilat ini shbt :) :) :) couple islamik yg sebenar2nya ialah setelah nikah,itu adalah yg sebenar2nya kapel terbaik,sebelum nikah no couple :) :) kerana couple itu HARAM ..

    Untuk mengelakkan diri terjerus dlm ikhtilat terlarang,maka kawenlah.. kerana didalam AL-QURAN juga telah menyebut mengenai ikhtilat,wanita dan hukum-hukumnya.. itu y menguatkan hujah kita mengenai ikhtilat ini...:) :) nasihat saya pada diri saya dan juga shbt2..jika y mana ad tergolong didalam kategori ini...lakukan perubahan,dan berbincang..:) :) kerana, ALLAH mengetahui manusia itu tidak boleh lari drpd fitrah ingin disayangi...carilah semua itu,setelah ianya halal...lebih indah..:) :) buat wanita,jaga maruahmu sayang,kerana andai hilang maruahmu maka tiada yang terindah ttg dirimu..:) :)

   Sedikit perkongsian drpd sy,andai silap boleh tegur2..dont worry..sy seorang yg boleh diberi teguran dan mudah untk menerima teguran,..semoga ilmu yg sedikit ini mampu kita manfaatkan..insyaallah..semoga ALLAH merahmati apa yg kita lakukan..:):)

2 comments:

  1. xde caouple2 islamik @ seumpamanya...
    ape omputeh cakap...

    No Love Before Akad =)

    ReplyDelete
  2. yes.. couple islamik tu after akad ye..:) :) :)

    ReplyDelete