Saturday, February 22, 2014

long time no see.. :)

Assalamualaikum wbt :)

serius.. long time no see. lama dah jari jemari ni niat nak menulis kembali tapi masalah kekangan masa. Allahuakbar, dis week sangat terkejar2 sebab baru masuk semester baru (baru seminggu) so, saya perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekarang lah. kena bahagikan masa diantara tugas dan belajar. Alhamdulillah, tak banyak berubah since ada "amanah" besar ni, tetap manusia biasa yang tak pernah lari daripada berbuat dosa. banyak benda saya belajar daripada semua ni. bagaimana untuk berdiri dengan kaki sebelah without pertolongan dan sokongan org. dan berdiri dua belah kaki atas sokongan ramai pihak. semua dirasai hari ini. Ya, untuk berjaya kena tempuh perkara sukar dulu.. is it right? :)

Alhamdulillah, even busy sikit.. saya tahu bukan untuk perkara yang sia-sia. ini jihad, perlu faham. tiada yang akan merasai melainkan dia itu bersama dengan kita .. yes keluarga besar saya. skg sudah semester 6, niat perlu selari dengan tindakkan. semoga amalan kita dipandang dan dinilai baik disisi Allah :) saya sama seperti dahulu, layanan kepada sahabat2 juga sama seperti dahulu. tidak meletakkan darjat dan pangkat sebagai level persahabatan.. walaupun ada yang segan untuk bersahabat dengan saya kerana mereka fikir saya "ada title" di universiti so xlayak. Allah, saya tidak begitu.. kenali saya, Insyaallah kita shbt dunia akhirat. proses pertama taaruf, itu yang penting <3

sekarang dah rasa macam mak bdk.. sebab perlu menjaga ramai org. setiap masa ada isu dan benda yang perlu diingatkan kepada yang lain. kekadang kelakar juga dengan hari-hari yang dilalui, ternyata begitulah sikapnya :) sedaya upaya mencari ruang untuk sentiasa berada dalam majlis ilmu jua bersama sahabat2.. usrah, solat berjemaah, khatam quran dll..usaha sedaya mungkin. apapun semoga jihad ini dipandang Allah. bukan sesaje kita bekerja begini, tetapi kita ada matlamat. Subhanaallah... hebat caturan Allah. sungguh aku tidak menyangka. benda yang saya tolak, inilah yang Allah pilih. Jalan ini, persimpangan ini :)

semoga kaki ini tidak pernah cacat utk melangkah, semoga tangan ini tdk kudung utk menghulur, semoga fikiran ini tidak tersekat untuk dicurahkan ilmu dan semoga hati tidak mati untuk memberi ruang mencintai jalan jihad Allah :)

alhamdulillah.. alhamdulillah <3