Thursday, October 27, 2011

:::: sAhaBaT, JanGan KItA tERLena dGn fEsYeN DUNIA::::


ASSALAMUALAIKUM.....Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

::::kEiDaHAN ISLAM dalam Pergaulan lelaki dan perempuan:::

Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa Allah Ta’ala telah menciptakan manusia ini dalam dua jenis, lelaki dan wanita. Dan sebagaimana telah diketahui pula bahwa kaum lelaki pasti memerlukan kepada kaum wanita, bahkan tidaklah akan sempurna kelakian kaum lelakikecuali dengan adanya wanita yang menjadi pasangan hidupnya. Begitu juga kaum wanita, mereka pasti memerlukan kepada kaum lelaki, dan kewanitaannya tidaklah akan sempurna melainkan dengan adanya seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya. Mereka saling memerlukan, saling melengkapi, dan saling memenuhi keperluan pasangannya.

Maha suci Allah Yang telah menjadikan kelemahan masing-masing jenis sebagai simbul kesempurnaannya bagi pasangannya. Kaum lelakimemiliki kelemahan dalam banyak hal, misalnya ia tidak dapat mengandung, kurang sabar mengatur dan merawat anak dan rumah, kurang bisa berdandan, bersuara keras dan kasar, kurang bisa lemah lembut, akan tetapi kekurangan-kekurangannya ini merupakan kesempurnaan bagi wanita yang menjadi pasangannya. Sehingga bila ada lelakiyang lemah lembut, bersuara merdu, jalannya melenggak-lenggok, suka memasak, sentiasa berdandan biasanya dikatakan sebagai lelaki yang kurang normal, atau yang sering disebut dengan waria. Begitu juga sebaliknya, kaum wanita memiliki kelemahan berupa, tidak perkasa, bersuara lantang, kurang bisa tegas, mudah takut, selalu datang bulan, kurang gesit, dan seterusnya. Akan tetapi berbagai kekurangannya ini merupakan kesempurnaan bagi lelaki yang menjadi pasangannya, sehingga bila ada wanita yang berpenampilan perkasa, bersuara keras, dan tidak suka berdandang maka biasanya disebut dengan tomboy.
Walau demikian, syari’at Al Qur’an tidaklah membiarkan mereka berpasangan bebas, dan dengan cara apapun. Sebab, yang diciptakan dalam keadaan berpasang-pasang semacam ini bukan hanya manusia, tetapi ada mahluk-mahluk lain yang diciptakan demikian juga, misalnya binatang. Binatang juga diciptakan dalam keadaan berpasang-pasang, jantan dan betina, dan mereka saling berpasangan pula.
Oleh karena itu, syari’at Al Qur’an mengatur hubungan antara lelaki dan wanita dengan syari’at yang dapat menjaga martabat mereka sebagai mahluk yang mulia dan membezakan hubungan sesama mereka dari hubungan binatang sesama binatang. Manusia adalah makhluk yang telah dimuliakan oleh Allah di atas makhluk-makhluk selain mereka, oleh kerana itu hendaknya kita sebagai manusia menjaga kehormatan ini dengan cara menjalankan syari’at Al Qur’an yang telah menetapkan kehormatan kita tersebut:
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (QS. Al Isra’: 70)
Syari’at Al Qur’an hanya membenarkan dua cara bagi manusia untuk menjalin hubungan dengan lawan jenisnya:
A. Cara perbudakan
Cara ini hanya dapat dilakukan melalui peperangan antara umat Islam melawan orang-orang kafir, dan bila kaum muslimin berhasil menawan sebagian dari mereka, baik lelaki atau wanita, maka pemimpin umat Islam berhak untuk memperbudak mereka, dan juga berhak untuk meminta tebusan atau membebaskan mereka tanpa syarat.
B. Pernikahan
Hanya dengan dua cara inilah manusia dibenarkan untuk menjalin hubungan dengan pasangannya. dan hanya dengan dua cara inilah tujuan disyari’atkannya hubungan dengan lawan jenis akan dapat dicapai dengan baik. Oleh karena itu Allah Ta’ala berfirman dalam Al Qur’an,
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu menyatu dan merasa tentram kepadanya. Dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Rum: 21)
Dan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan akan syari’at yang mengatur hubungan antara lawan jenis ini dengan sabdanya,
“Tidaklah pernah didapatkan suatu hal yang berguna bagi doa orang yang saling mencintai serupa dengan pernikahan.” (HR. Ibnu Majah, Al Hakim, Al Baihaqi dan dishahihkan oleh Al Albani)
Adapun berbagai hubungan selain cara ini, maka tidaklah dibenarkan dalam syari’at Al Qur’an, oleh karena itu Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan seorang wanita, kecuali bila wanita itu ditemani oleh lelaki mahramnya.”(Muttafaqun ‘alaih)
Pada hadits lain Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan alasan larangan ini,
“Janganlah salah seorang dari kamu berduaan dengan seorang wanita, kerana setanlah yang akan menjadi orang ketiganya.” (HR. Ahmad, At Tirmizi, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Al Albani)
Bukan hanya syari’at Al Qur’an yang mencela berbagai hubungan lawan jenis diluar pernikahan, bahkan masyarakat kitapun dengan tegas mencela hubungan tersebut, sampai-sampai mereka menyamakan hubungan tersebut dengan hubungan yang dilakukan oleh makhluk selain manusia, yaitu binatang. Mereka memanggil hubungan di luar pernikahan dengan sebutan “kumpul kebo”. Julukan ini benar adanya, sebab yang membezakan antara hubungan lawan jenis yang dilakukan oleh binatang dan yang dilakukan oleh manusia ialah syari’at pernikahan. Dan pernikahan dalam syari’at Al Qur’an harus melalui proses dan memenuhi kriteria tertentu, sehingga bila suatu hubungan tidak memenuhi kriteria tersebut, maka tidaklah ada bezanya hubungan tersebut dengan hubungan yang dilakukan oleh binatang.

Tuesday, October 25, 2011

::: Lapar + kenyang:::

ASMALINI ASHRI ni bdknye ske makan,so kalau xdapat makan benda yang dia nak mmg muka xboleh blah la..haha.. cehh,mengata diri sendiri plak..:P sebenarnya sy kenyang..hahha...hari ni macam2 sy makan.. nasi,roti,biskut,kek,asam,keropok,kuaci..dll.hehhe..ntah knpa kalau sy byk berfikir,secara automtik sy mnt makan,...patut la masa kat matrik dlu bkn main laju naik berat badan ye..sebab hari2 berfikir non stop!! hehe...tapi kat cni saya jarang makan..ngeh3.btoi....makan apa yang ad,sb kadang2 tu terkejar ngn masa...sy balik rmh,tbe2 ada meeting..so bergegas la sy ke bilik msyuarat n balik std serta buat asgmnt..n buat mnit msyuarat sal meeting tkdi:) sy kena rasional dalam buat kptsn,jgn terlampau tension..sy kna cool je:)

lecturer saya slalu cakap,jgn stress asmalini..sb sy tahu awk boleh handle bnda yg smple ni..sy yakin dengan awk:) sy pn sbnrnya suka tgk awk makan..haha.sb muka awk time makan mmg awk xlayan org sekeliling,..< puan!! siyes sy rindu puan..hehe...ada lgi x picture sy mkn nasi goreng yg telur mata 2,n ayam seketoii tu???? pliz nak tgk puan,..!!! heheh..

hari ni rajinnye sy menulis blog ye,asgmnt malas nak menaip..std pn x..hehhe..rindu kat rumah sebenarnya now:( umi xcall pn..abah je call tadi..tapi xsempat nak ckp ngn umi sb ada org mai umah...huhu...tp xpa la,nanti umi kol la pah2 ni:) im waiting 4 u umi..!!!:) :) arif pn xse bual ngn kakak,kakak pn mls baik ngn arif gop..nak baik ngn ore lain da:P huhu... xde ke sapa2 nak jd sedara sy time ni ha,kat area perak ni??? sy nak g melawat ni..huhuhu...nak balik klate serba slh..nk g kl,xdop ore plop nk join... emmmmm...boringnye..!!!

ok.....sy nk taip asgmnt lak..salam:) ^^
Posted by Picasa

Saturday, October 8, 2011

::: kisah Cinta Miss Lien dAn Dr AssgMent:) ::::

Salam alaikum..:) kisah cinta kami bermula pada awal bulan september....jom baca..!!!!!
seperti biasa,sebagai pelajar baru sy mendaftarkan diri untuk sah menjadi pelajar di UNIVERSITi PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.Setelah selesai sy mendaftarkan diri,sy diberi kunci untuk mendapatkan rehat yg secukupnya,iaitu diberi kunci rumah...horeeeyyyy!! letihnya angkat beg,..haha..!! mgu study sudah mula,tapi kami masih belum bertemu lg...waktu2 ini sy di mgu taaruf bersama lecturer2 dan kawan2 lain...kami bertukar2 pandangan dan idea bersama... saya mendapat ramai kwn yg sgt baik..pun begitu sy masih tetap tidak berjumpa dgn DR ASSGMNT lagi... masuk mgu ke-2 sy disini,banyak kelas yg cancel dek kerana lec nak cancel atas beberapa sebab yg sy pikir sgt munasabah dan patut diberi cuti kpd kami..hehehhe...

Haaaaaa.... maka bermulalah episod cinta pandang pertama kami iaitu d mgu ke-3,siapa sangka pertemuan yg di atur oleh lec kami sendiri telah menerbitkan rasa cinta dan kasih syg antara satu sama lain... lec bg kami berpasangan sebab bgnya kami sesuai,,..dan sekarang sy sudah mulai sukakan DR ASSGMNT tuuu:) saban malam sy ditemani oleh Dr ASSGMNT ,hggakan sy tertido dek kerana sgt letih menaip surat kepadanya.. DR assgmnt bgthu bhwsanya dia akn pergi meninggalkan sy pada mggu ke 7 sy disini,dan katanya sy perlu siapkan dokumen2nya seawal yg mungkin...

Saya melihat lappy yg tersenyum,kerana Dr ASSGMNT ada dgnnya... hari demi hari,sy mulai rasa DR ASSGMNT sudah mula jauh dari sy kerana semakin banyak sy menaip,semakin jauhlah ia dr sy sehinggalah dia kembali kepada lec untuk diberi penilaian... hri ini, sy berjaya meng-grad kan Dr ASSGMNT sy,dan dia sekarang sudah sah menjadi DOCTOR ASSGMNT yg berjaya..:) kredit untuk sy,..hehhehe..:D dr assgmnt tersenyum dr jauh melihat sy, sy sedikit pun tidak sedih akan kehilangannya kerana sy sudah dapat 4 DR ASSGMNT y baru... so, xtau nak focus yg mana satu sekarang...heheh..tapi, sy akan memberi sepenuh perhatian kepada semua DR ASGMNT sy ^^

Buat DR ASSGMNT yg ku sygi,hargailah mata sy yg semakin lebam dek kerana selalu menghadap lappy untuk bertemu denganmu syg... oleh krna xpkai spec sambil menaip,akhirnya mata sy sudah mula kabur dan xnampak sape2 y brada di depan sy melainkan DR ASSGMNT ni jaaa... heheh.. sygilah sy seadanya ye..:) ok lah,inilah kisah cinta yg unik antara Miss Lien dgn DR assgmnt..:) :) :) :)


                                                                i love u Dr Assgmnt ku..:)