Monday, October 22, 2012

sedikit perkongsian drpd ana..:) :)

Maaf andai ada yg tersilap, bagi yg pergi ke majlis cinta rasul tu boleh la tambah2 ye,..insyaallah..^^
lagipun yg ni ana copy daripada status ana yg kat fb jgk..:) perkongsian ana di fb, dan ana kongsi di sini juga..^^ perkataan2 ini lahir drpd hati ana sendiri.. mohon maaf andai tersilap..:)


Bissmillahirrahmanirahim.. :)

sedikit perkongsian semasa menghadiri majlis ilmu bersama Habib syech asseggaf :)

Alunan Qasidah menusuk ke hati, Subhanaallah! sungguh merdu alunan ini.. Teringat hati kepada Kekasih ALLAH Muhammad Ya Rasulullah.Rindu pada baginda.ALLAHUAKBAR..! terasa berada di smping mereka2 yg begitu mendamaikan tatkala kaki mula melangkah masuk dengan niat yg satu. Melihat pelb
agai jenis ragam manusia yg masing2 sedang khusyuk mendengar alunan qasidah.. Sungguh, saya tidak rugi bilamana memilih untk menghadiri majlis ini berbanding berada dirumah dan duduk goyang kaki je..:) bertuahnya dipilih ALLAH untk menjadi sebahagian tetamu disana..:)

Tazkirah yg sempat didengar..:)

Berilah hatimu dengan dua perkara... iaitu IMAN dan KECINTAAN.
kerana andai ada kedua2nya, maka sejahteralah hidup. bila engkau memiliki iman, engkau tdk akan pernah gusar dengan ujian..dan bila engkau ada kecintaan,maka kebencian itu tdk akan pernah wujud..

Jangan engkau mempersoalkan " aku tdk cukup kasih syg"!!! kerana Baginda sendiri tdk pernah mendapatkannya sejak baginda masih kecil lagi.. saat dilahirkan didunia,baginda sudah kehilangan ayahnya,saat ingin bermanja dengan seorang ibu..ibunya dijemput bertemu ALLAH dikala baginda masih terlalu kecil..tatkala usia menginjak kezaman kanak2..datuknya pula dijemput Ilahi.. baginda kehilangan semua yg baginda syg.. dalam usaha untk menyampaikan islam, baginda dicemuh..! dihina..! dicaci..! ALLAHUAKBAR, Cukup2 sabar baginda dengan semua yg dilaluinya.. kerana apa?? kerana dalam hatinya ada IMAN & KECINTAAN. baginda beriman kepada ALLAH, dan kasih syg serta kecintaan diperoleh dengan mencintai ALLAH S.W.T..SUBHANAALLAH..

# sahabat2 sekalian, adakala kita lupa yg kita ini umat Rasulullah.. dan,kita tdk berusaha untk mencintainya. relakan hati mencintai Rasulullah, kerana Rasulullah jua memberi sepenuh hatinya untk mencntai kita..andai kita tdk mampu mencintai baginda seperti mana para sahabatnya,berusahalah untuk cuba mencintai baginda semampu kita.. Waallahua'lam..:) :)

Sunday, October 14, 2012

Indahnya detik 3 hari bersama :)


Barisan MPP ikm johor, UTP,KPM kuantan, KPM PJ,UPSI,UITM SERI SKANDAR DAN MELAKA 
UNIMAS dan ASWARA

Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. w.b.t

Hati berdebar2 nak pegi ke kem.. seb kem ni peringkat kebangsaan, n dalam fikiran saya, mesti fasi2 Akan marah2,ktorg kena berlari setiap masa, kena denda n so on..:) siap kemas2 beg, ktorg ke foyer KAB untk tngu abg epul hantar ktorg kat bus.. then naik bus UPSI.. :) :) penat jgk ye,. bertolak ke kem ni memakan masa yg lama jgk.. dlm bus tu perut duk bnyi ja kejenye..heheh.. jalan jammed, sgt2 boring.. sepatutnya kami 5 orang perlu berada di sana pkul 530 selewat2nya.. tapi, lain jadinya.. pkul 9 mlm baru smpai,.heheh.pakcik driver tu mmg sgt baik lah, dy hantar ktorg smpai dpn kem..! tmpt tu di kwsan pendlmn so sukar untk sebuah bas masuk..!  kawasan gelap je.. serius! sgt seram..haha.. ada bran?? :) emm, ALHAMDULILLAH, akhirnya kami sampai di tempat y ingin dituju..^^ oh! lupa nak bgthu nama n tempat kem tu.. nama kem tu ialah, KEM HARAP REDHA di hulu langat.. kedatangan kami disambut oleh fasilitator aizul :) ktorg smpai kat kem tu, slot pertama da start, ramainya peserta.. drpd pelbagai universt :) sblm ktorg masuk ke dlm dewan, ktorg smbhyg n mkn dulu.. slps selesai,.... maka bermulalah detik kami sebagai peserta..!!! :)

HARI PERTAMA

Malam tu kami berkenal2an antara satu sama lain, kali pertama sy pergi kem lelaki lebih ramai berbanding perempuan.. hebatlah..! Semuanya nampak hebat, mane taknya MPP n bakal MPP semuanya.. :) asal motivator tanya " ada sape2 nak tnya tak? " ... fuhhh berebut angkat tgn...! terkejut saya.. hehe. then ktorg main games.. nampak simple, tapi sgt mencabar la jgk..kami terus ke aktvt lain iaitu masuk hutan.. malam2 kami masuk hutan,siyes gelap sgt! tak nampak ap.. memang time tu tawakal jela..heheh.. lps tu, fasi lepaskan kami awal, kol12 ktorg diberi keizinan utk berehat..:) :) ktorg sempat aktvt malam je, sbb ptg tu ktorg kan teperangkap dlm jammed..^__^

HARI KEDUA

Aktvti bermula seawal jam 6.30 pagi dengan senaman ringan tapi sgt best,, lelaki diasingkan kerana pergaulan tetap terbatas ye even bercampur.. dlm grup pn tak bercmpur lelaki perempuan.. :) selepas srpn n senaman tu ktorg pn mulalah aktvt yg sgt mencbr mental dan fizikan ktorg.. iaitu,,.mendaki gunung.. perjalan mengambil masa 6jam pergi 3jam dan balik 3 jam.. masa mendaki tu.. mmg byk benda terjadi.. ada yg jatuh tersunggkur,pacat masuk dalam baju lah,jumpa tapak kaki babi, nampak kijang n byk lg.. bakat kepimpinan terserlah bilamana kami semua menjadi leader untk semua org..Alhamdulillah..! akhirnya kami smpai di kawasan air trjun yg Subhanaallah ckup indah! ! sgt indah.. sesi ambik gmbr bermula la ye, sebab tempat cntik kan..heheh.. then sejam duk berehat kat air terjun tu, ktorg pun mula berangkat trun.. untk trun ke bwh lagi2 sgt mencabar, sebab time tu hujan lebat dan jalan sgt licin.. sy 4kali jatuh n kaki seliuh. tp,tetap kuatkan semangat untk bgun dan teruskan prjlnan.. :) saya terlihat air terjun yg jernih disebelah bertukar menjadi air bukit wrna coklat da sgt dlm.. takut jgk la kalau2 tergelincir jatuh kan.. huhuhu,.. nasib baik ktorg ada seorg peserta lelaki yg menjadi penolong dlm perjalanan kami dek kerana kami 4 org terpisah jauh dgn team2 yg lain.. :) ALHAMDULILLAH, akhirnya smpai semula di kem tu.. kami mandi2 dan bersiap2 untk solat.. pukul 2.30ptg kami berkumpul semula dlm dewan.. ckgu jinggo adlh motivator ktorg dan beliau sgt hebat! emm, sesi penghargaan bermula.. ramai y berebut angkat tgn nak bg ucpn,:) then sy memang touching dgn semangat2 serta kata2 kawan2 sy kat cni.. sy menitiskan air mata, cgu jinggo suh sy bgun dan luahkan knpa sy mengis, then sy explain.. ramai y trut menangis.. :) :) heheh... sebelah malam pula kami adakan malam kebudayaan dan sgt teruja dengan persembahan pelajar aswara..! hebat..:) 

Selesai pementasan tu, ktorg main satu games y sgt menguji minda seorng pemimpin.. gamesnya disebut " PELABURAN" :) :) ianya memerlukan kata sepakat serta satu suara.. :) mmg sgt mencabar kerana setiap y menyertai kem ni adlh drpd ltr belakang berbeza,.so byk pendapat..! tapi ALHAMDULILLAH, grup sy menang.. :) :) 

HARI KETIGA/HARI TERAKHIR

Seperti biasa kami bersenam dan sarapan pagi, sebab lepas tu ada aktvt meredah sungai.. mata akan ditutup dan kita akn berjalan sendiri,.. habis kami hari tu bermandikan lumpur,, saya  yg tak pernah menyelam ni pun da pandai menyelam..heheh.. detik2 akhr kami bersama... teringat kenangan semalam..kami berkenalan, berkongsi pendapat dan idea,bergurau senda sebelum tido..mandi bersama,bertukar2 senyuman,.. sgt rapat..! rindu dan rsa xnak berpisah...fasi2 sgt baik dan tdk membuat kami stress spnjg kem ni..:) ingtkan garang,tapi...emmm,siap jadi kawan lagi tu..! hheh... selepas selsai bermandikan lumpur, kami kembali semula ke kem utk kemas brg2.. :( sedihhhhh sgt time tu..rse cm nak tmbh lagi byk hari..huhhuhu.. kat kem ni ad iman muda, bakal PM,bakal menteri kewangan, bkal ckgu n rmai y berkebolehan dlm kepimpinan,... sgt2 teruja dan bersyukur dpt bersama..:) mase nak berpisah tu, peluk2, tukar no phone,nanges2 same.. haha.. memang sweetlah :D lepastu masing2 bawa diri....................................... :( 

# semoga ALLAH pertemukan kita disatu pertemuan yg lain.. saya sgt berbesar hati serta bersyukur menjadi salah seorang peserta di KEM HARAP REDHA..pengalaman ini sgt mahal,tidak semua org dpt merasainya,namun kita boleh membuat org lain rasa ingin menjadi sebahagian drpd kita dengan berkongsi pengalaman kita..:) Seorang pemimpin wujud bilamana ditengah2 kontroversi serta pelbagai konflik yg melanda,drpd situ baru kita tahu siapa yg layak bergelar SEORANG PEMIMPIN,. :) tahniah buat semua y terpilih.. :) syukran ALLAH,.. sy dpt kenal dgn rmai org.. ! bukan calang2 org kerana mereka barisan org y hebat..^________^ 

Sunday, October 7, 2012

Daripada mana datangnya sebuah cerita?

Bissmillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis sesuatu di laman blog saya ni..:) harap apa yg cuba saya sampaikan memberi serba sedikit ilmunya buat saya dan para pembaca yg dirahmati ALLAH.. Insyaallah..:)

Semasa dalam perjalanan nak p pergi ke kelas, sorang kawan saya datang dekat ngn  saya dan tanya.. " eh lin, awak ada dengar tak berita kat upsi ni yg sal isu budak perempuan kena rompak" .. saya cakap, ye saya ada dengar..tapi cerita tu sangat mengelirukan otak dan fikiran saya..macam2 kesimpulan sy dengar dan ianya sangat berbeza setiap jalan cerita yg diceritakan.. emm, maka saya terfikir, ini isu yg sngt tergempar berlaku atau lebih dekenali sebagai ISU SEMASA.. actly, banyak sekarang kalau bukak paper isu2 semasa yg berlaku.. cntohnya mgnai bajet 2013, pembuangan bayi ( sudah normal), isu politik dan sebagainya.. Jadi, saya tertanya2 kenapa "ISU-ISU SEMASA" ini wujud? ? ? baiklah, dari sudut pandangan saya.. kemungkinan yg kecil ianya wujud disebabkan 3 faktor utama iaitu :

1) SI PELAKU
2) KES/ATAU KEJADIAN YG BERLAKU
3) MEREKA YANG MENYEBARKAN ISU-ISU INI

Secara kesuluruhan yg dapat saya simpul mengenai faktor diatas ialah.. andai tiada si pelaku yang mewujudkan kes atau kejadian itu mungkin tiada isu2 semasa dalam negara kita ini dan andai tiada yg menyebarkan serta memperbesarkan sesuatu isu itu, mungkin isu2 ini tdk akan dipandang.. Tidak kira lah hatta ianya isu berkaitan kes rompak,kes bunuh,kes ragut,politik dan sebagainya.. punca yg utama wujudnya isu semasa bg pndgn sy ialah adanya si pelaku dalam watak ini..:)

Kalau kita lihat isu2 negatif yg berlaku sejak akhir2 ini.. sebab utama mengapa berlakunya isu sebegini ialah kerana masyarakat sekarang kurang pengetahuan agama serta aqidah tidak kukuh. Andai aqidah serta kefahaman tentang agama kita kuat nescaya isu2 negatif dapat dielakkan.. Subhanaallah, Kan bahagia dunia andai semua manusia memahami.. :) :) jangan kerana diri kita jahil, maka negara menjadi terkenal dek kerana ranking jenayah paling tinggi dicatat.. maluuuuu..!

Sedarlah wahai sahabat2 sekalian, mungkin kita dikelompok yg kecil sekarang dan tdk dipandang, namun jgn disebabka kita, peratus kes jenayah negara kita naik,.. :) berubah daripada sekarang dan saling mengingati antara kita.. waallahua'lam..:)

Thursday, October 4, 2012

SIBUK? APA MAKNANYA...

Bissmillahirrahmanirrahimm..

Assalamualaikum w.b.t..

" Berbahagialah kamu, bila ALLAH memilih kita untuk SIBUK dalam urusanNYA,kita berusaha melawan nafsu lain dalam menyibukkan diri untuk terus mendekatiNYA. tersenyum bilamana org lain sibuk mengejar dunia,tetapi kita sibuk mengejar akhirat.. kita tidak rugi,malah tersangat beruntung..ALLAHU RABBI.. semoga kita sentiasa menjadi PILIHAN" ...

( Asmalini Ashri,2012)

Dalam kesibukkan melayan perasaan, hati tiba-tiba terdetik " Mashaallah! apa yang telah aku fikirkan ni.. belum tiba saatnya" .. kalian pasti pernah merasainya kan? :) hati2 dengan penyakin hati ni, sibuk melayan perasaan dlm mengingati ALLAH its ok .. sibuk kearah benda yang memberi kesedaran pada hati n diri tidak ada salahnya..:) baiklah, Sibukkah sekarang? sibuk tu apa ye..?

" keje banyak, xtau nak buat yg mana satu..esk da nak kena submit..alahaiiii"
" eh, aku sibuk skg.. tgh meeting..call sejam nati ok"
" maaf saya sibuk"

Statement diatas sering kali kita dengari kan? mmg lumrah manusia untuk sentiasa "sibuk" .. tetapi sibuk yang macam mana kita nak ,,biar dgn kesibukkan itu kita mampu menjadi seseorang yang dipandang ALLAH? sedikit perkongsian, insyaallah hrp kita mampu jdkan pengajaran..:)

1) Sibuk kearah menegakkan islam

tidak salah kita nak meeting, :) nak menegakkan islam perbincangan perlu dilaksanakan bersama2 dgn ahli jemaah yg lain, tetapi perlu ditegaskan.. lihat waktu, andai tibanya wktu solat, xsalah kan kalau kita solat berjemaah bersama2..:) dan sebagai leader/amir yg conduct perbincangan tu, boleh la selit2kan unsur tazkirah atau peringatan sesama kita.. supaya kita sdr tgjwb kita sbgai seorang khalifah..:)

2) Sibuk mencari nafkah yang halal

titikan peluh yg membasahi tubuh badan anda bakal menjadi saksi kerja keras anda kelak.. :) andai waktu yg anda habiskan itu digunakan untk mencari nfkah yg halal,insyaallah ganjarannya berlipat kali ganda..:) bagi ibu bapa yg mencari nafkah, carilah nafkah yg halal, kerana wang yg digunakan atau sumber yg digunakan untk membuat perbelanjaan hdup adlh slh stu benda yg penting dlm pembesaran anak2 anda.. andai wangnya halal insyaallah,perkembangan atau tumbesaran anak2 juga akan baik,..jika tidak, sebaliknya:) berhati2 dengan sumber rzki yg anda cri..

3) Sibuk mengejar cinta ALLAH

Alhamdulillah, sy sgt tertarik dengan kata2 ini..

" izinkan aku meraih cintaMU dalam perjalanan hidupku ini, aku tidak kisah waktuku dihabiskan dlm mengabdikan diri kepadaMU, kerana aku tahu tiada yg terindah selain cintaMU"

nak rebut cinta ALLAH bukan hanya setakat berdoa je , perlu disertakan dgn niat dan juga perbuatan.. :) xpe, biar org nampak kita sibuk,...  lebih elok "sibuk" Kat ALLAH kn? sebenanya sibuk dgn ALLAH ni boleh mengelakkan diri kita terjerumus dlm faktor2 negatif,sosial dan sebagainya.. :) contoh : kalau kita da set after isyak nak mengaji quran, maksudnya waktu itu kita sedang focus untuk mendekati ALLAH...berbanding dengan org lain yg after isyak nak buat date kat cafe atau kat mane2 .. sape lg rugi? boleh nmpkkan? :)

4) Sibuk menuntut ilmu

Yang ni ramai yg buat..:) alhamdulillah.. hampir separuh juta rakyat Malaysia khususnya y berjaya masuk ke IPTA/IPTS.. ini menunjukkan betapa malaysia mempunyai rakyat yg berdaya saing serta bijak menggunakan peluang..:) belajar tanpa niat ibarat menabur janji kosong yg tiada makna.. niat tu penting, kerana ia memandu kita bertemu dgn ALLAH.. andai niat kita lillahi taala, insyaALLAH, segala urusan akan berjalan dgn lncr, sebolehnya diwaktu yg diizinkan ALLAH ini untk menuntut ilmu kita gunakanlah dgn sebaik mungkin. yg mana kita rase boleh hold dulu, kita fikirkan kemudian.. :)

5) Sibuk memperbaiki diri 

selalu kita lupa untuk muhasabah diri kita kan.. balik kelas je,letih dan tido...bangun2 je buat asgmnt dan tgk citer..,then...habis semua tu smbung tido balik.. emm, mane mase untuk diri kita? yes,diri kita pun perlu ditarbiyyah oleh kita sendiri jugak..kalau kita tak mampu mentarbiyyah diri kita mana mungkin mampu mentarbiyyah yg lain right? :) lihat pada diri.. checklist apa yg nak di ubah.. contoh kalau dulu kita kuat ketawa,kita kurgkan.. kalau dulu kuat berbelanja,kita kurangkan..kalau dulu pkai bju ketat,kita longgarkan..n etc..^^ bukan waktu down je anda nak muhasabah diri ye, tapi tiap detik n saat.. ingt, apa yg kita lakukan tadi n sepanjang kita berjalan.. lihat org disekeliling kita..dan cuba belajar untk menjadi seseorang yg mampu memberi nasihat srta teguran dan kita juga boleh menerima tguran..:) jgn sibuk nak mengkritik,sedangkan benda itu kita buat.. mengkritik dan menegur berlainan caranya ye.. mengkritik mgkn mbuatkan seseorang mdh terasa,tetapi kalau menegur insyaallah mudah untk meresap ke dalam jiwa.. tiada slh kedua2 cara tadi,tetapi harus ingt,bijaklah menjaga perasaan org lain..:) :)


Cukup disini saja perkongsian.. andai anda ad penambahan boleh tmbh..^^ syukran jazilan .. jazakallahu khairan kathiran..:) :) be a good muslim  :) ALLAH syg..<3

Monday, October 1, 2012

Sebuah Pulau :)

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t

" Tunjuki kami jalan yg lurus iaitu jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kpd mereka,bukannya jalan orang yang Engku Murka terhada mereka dan bukan pula jalan orang yang sesat" (Surah Al-fatihah Ayat 7)

Maha Suci ALLAH yg menjadikan langit dan bumi,siang dan malam,apa yang ada didalam bumi dan di luarnya.. sedikit perkongsian yg sy anggp boleh dan mudah untuk anda(pembaca) fahami..insyaALLAH :)

Pernahkah anda merasakan sesuatu yang sangat2 berat untuk anda hadapi sehinggakan anda merasakan tiada jalan penyelesaian untuk masalah anda? yes, sy yakin ada golongan itu,dan hari ini insyaALLAH kita cuba sedaya upaya untuk keluar daripada kesusahan itu dan cuba anggap sesuatu masalah itu simple..:) kerana apa? kerana SETIAP MASALAH YANG BERLAKU ADA JALAN PENYELESAIANNYA . Baiklah, sy akan bagi satu analogi,dan anda cuba fikirkan secara logik dan cuba fahaminya..:)

Katakan anda lemas di suatu tempat yang tiada penghuni,lautan mengelilingi anda,anda tercari sesuatu untuk dijadikan pautan untuk anda mencari daratan,tetapi pandang kanan dan pandang kiri anda tetap tidak menjumpai sesuatu yang boleh anda jadikan pautan. Tenggelam timbul jasad melawan arus,tak berdaya badan hendak melawan pukulan ombak yang semakin menghentam jasad anda. Tiba-tiba, anda terlihat sebatang kayu balak lalu dengan pantas anda mencapainya. 2jam anda terperangkap dilautan sehinggakan anda merasakan " YA ALLAH , mungkin ini cara pengakhiran nafasku". Kayu tadi membawa anda ke persisiran pantai yang mana di sana ada sebuah PULAU.

Ye PULAU.. tiada penghuni, yang ada hanyalah ANDA ! Di pulau itu fikiran anda sekali lagi buntu,tidak tahu diman hendak dituju, ingin ke kiri hutan,ingin ke kanan juga hutan. Anda mula merasakan " Ya ALLAH mungkin ini pengakhiran hidupku".. Di satu sudut anda mula menangisi kerana mengingati dosa2 yang telah anda lakukan sewaktu anda senang dahulu. Anda meraung seorang diri ditengah-tengah pulau yang tiada penghuni sehinggalah anda tertidur dalam esakkan malam.

Paginya, anda terjaga daripada lena kerana merasakan teriknya matahari di kepala, Terdetik di benak fikiran untuk masuk ke hutan mencari sesuatu untuk dijadikan alat meraih pertolongan. Dengan ilmu serta kepakaran yang ada,anda berjaya membuat bendera dengan menggunakan kayu dan baju anda. Dua jam anda menantikan pertolongan,tetapi tiada sahutan daripada mereka yang sudi. Lalu anda menadah tangan memohon pertolongan daripada ALLAH dengan sebenar2nya ikhlas sampaikan airmata kering dan tidak mampu lagi mengalir. selang 3 jam selepas itu, helikopter diudara menunjukkan yang mereka mula menyedari bahawa anda terperangkap dipulau dan mereka mula membantu. Maka selamatlah anda daripada terperangkap dipulau tersebut dan kini anda mula merasakan "sungguh aku bersyukur ALLAH telah MENOLONGKU".....




Sahabat2 sekalian, :) macam mane? boleh faham? ok, cuba anda explain sikit apa yang difahami? :)


ok baiklah, saya akan cuba bagi penjelasan mengenai apa yang cuba sy hide melalui analogi diatas,...:)

Kita manusia.. terkadang hidup penuh dengan kenikmatan, ALLAH bagi,bagi,bagi sehinggakan kita lupa untuk bersyukur.Sampai satu saat,bila ALLAH mendatangkan  serta menimpakan sesuatu yang dasyat kepada kita..barulah kita sedar mengenai kesilapan kita, kita terasa masalah itu tersangat besar sehinggakan kita Berani mengambil jalan yang salah. MASALAH, semua manusia ada masalah.. kalau kita xde masalah saya yakin dan pasti anda akan lupa pada ALLAH.

Analogi saya diatas mengenai "andai anda terperangkap di sebuah pulau" :) lautan yang mengelilingi anda itu diibaratkan adalah sebagai masalah yg melanda anda, semakin anda lari,semakin anda lemas dngan sendirinya sehingga membuatkan anda buntu untuk lari kemana. Lautan itu membuatkan anda berputus asa dengan diri anda dan merasakan mati adalah jalan terakhir tanpa memikirkan cara bagaimana untk menyelamatkan diri. Manakala ombak pula ialah mereka yg memulaukan anda serta cuba untuk menjatuhkan anda. Ini akan membuatkan anda mula merasakan diri tidak berupaya serta tidak diperlukan lagi. Dan kayu itu, anak kunci penyelesaian bagi panduan anda untuk menyelesaikan masalah yg anda hadapi.. dan yang menjadi penyelesaian bagi masalah anda ialah ANDA SENDIRI . ye! anda lah kunci utama dalam penyelesaian masalah anda,.. Muhasabah diri anda,dan check apa silap anda pada ALLAH,bila anda berseorangan baru anda tahu ALLAH BERSAMA ANDA :) kita sering lupa bila dikaburi kenikmatan sehinggakan bila datangnya masalah baru anda sedar siapa yg MEMBERI :) :)


Akhir kata, sahabat2 kawal fikiran kita,kerana ia bakal mempengaruhi tindakkan kita terhadap sesuatu perkara..^_____^ Ingat! ALLAH is always right.. anda jaga ALLAH, ALLAH jaga anda..:) walaupun sebesar mana masalah yg dtg,ingtlah ada penyelesaiannya.. :) :)

fi akhiri kalam, maaf andai ada yg tersilap..:) waallahu'lam:)