Saturday, November 24, 2012

APA kita sedia menghadapi kematian? apa tanda2 kita seblum menghadapi kematian..




Bissmillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur dengan lfz mulia kehadrat ALLAH, krna msih diberi peluang untk merasai hidup didunia pinjaman ini. Apa kita pernah terfikir, andai nyawa kita ditarik sesaat lagi..apa yg kita akan lakukan sesaat sebelum kematian kita?? Insyaallah, semoga ALLAH memilih kita semua untk mati dengan khusnul khatimah..ameen. MATI itu satu kepastian, benda y akan terjadi dan bkl dirasai oleh semua manusia.. saya y sdg mnulis ni pn akan mati, cuma kita tak tau bila kita mati kan? kalau lah kita tahu bila akan mati, pasti ramai saat ini tdk mahu melakukan dosa, sb ingin mengejar redha ALLAH.. Tapi, sengaja ALLAH rahsiakan tarikh pertemuan antara kita denganNYA, sb DIA hnya ingin mencari seseorang yg benar2 lyk untk ke syurganya.. :) :)

Mati ni tak kira tempat, tak kira waktu, tak memilih y tua atau y muda untk mati dulu dan tdk memilih pangkat atau drjat. Seperti video diatas tu jgk, ustz tu mngl saat dy sdg menyampaikan ceramah..Subhanaallah, Sguh ALLAH bgtu baik terhadapnya.. kematian yg sgt baik..bagaimana kita ye? kita sering leka, dan kdg2 tak ingt pun y kita akn mati bila kta dlm kdaan gmbra right? jgn bgtu shbt.. tadi sempat sy menghadiri satu bengkel pengurusan jenazah,,.dan saat itu sy sendri melihat bgaimana nak memandikan jenazah, nak mengkapankan jnzh dan sbgainya.. sy membygkan...andai sy ditempat itu,bgaimanakah perasaan sy.. ALLAHUAKBAR.. !

Sebelum kita bertemu ALLAH.. ada tanda2 y kita boleh perasan pada diri kita sendiri iaitu :
=) tanda2 100 hari kematian
=) tanda2 40 hari kematian
=) tanda2 7 hari kematian
=) tanda2 3hari kematian
=) tanda2 1 hari kematian
=) tanda2 akhir kematian

TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIA :
- tanda pertama dr ALLAH
- Tanda untk org islam shja
- selepas asar
- hujung rambut samapai kaki terasa getaran seakan menggigil.

TANDA-TANDA 40 HARI SEBELUM KEMATIAN :
- Tanda ke2 dari ALLAH
- bahagian pusat berdenyut2
- selepas asar
- Daun tertulis di ARASH akan gugur dan malaikat maut akan ikut kita setiap masa kecuali di tandas dan tempat tido.

TANDA-TANDA 7 HARI SEBELUM KEMATIAN :
- Tanda ini hanya diberi kepada mereka y diuji dgn musibah kesakitan , dimana orang yang sakit sebelumnya tidak lalu makan, menjadi berselera untk makan.

TANDA-TANDA 3 HARI SEBELUM MATI :
-terasa denyutan di bahagian tengah dahi antara kiri dan kanan
-mata hitam bersinar
-hidung mula jatuh
-telinga menjadi layu
-telapak kaki akan telunjur kehadapan dan sukar ditegakkan.

TANDA-TANDA 1 HARI SEBELUM KEMATIAN :
-Berlaku sewaktu asar dgn satu denyutan di unbun2.

TANDA-TANDA AKHIR SEBELUM KEMATIAN :
-merasa sejuk dibahagian pusat dan turun dibahagian pinggan dan naik ke halkum...( saat ini, mengucaplah kalimah syahadah)

Serba sedikit yg dpt dikongsikan, kita didunia ini sementara..y kekal adlh diakhirat sana.. saat ALLAH menjemput kita, baru kita sdr kita sbnrnya milik ALLAH. mungkin dahulunya kita nakal, dan byk dosa kita lakukan.. now, ini lah waktu y tepat untk berubah. kalau kita kata "aku xdpt hdyh lg" ..itu slp kita..ALLAH telah memberi, tp saat itu kita sombong untk menerimanya.. kita menolak,kerana kita takut untk berubah.

ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAN AL-FATIR :)


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”(Surah Fatir: Ayat 11) 

# YA SODIQI HABIBATI.. memilih adalah pilihan,pilihan adalah hak dlm memilih.. pilihlah kematianmu dalam husnul khatimah..:) kejar redha ALLAH drpd skrg. waallahua'lam.

^_^ A_A

Friday, November 23, 2012

suara saudara...

Bissmillahirrahmanirrahim...

Ketika aku lahir,
tidak pernah aku terfikir aku akan hidup dalam dunia ini,
dunia bagaimana maksudku..!?
Ya, ini lah...
Dunia Palestine...

Aku berteriak mencari ayahku..!!
ayah!! ayah!! ayah!!
Di kanan ku berpaling mencari ibuku...
ibu! ibu! ibu!
Aku berdiri lagi mencari kakak dan abangku...
Namunnnnnn...
mereka tiada disisiku.. .....

Debu menjadi saksi,
jatuhnya jasad ayah dan abangku ditanah,
darah yang mengalir mencipta nama mereka sebagai sang syahid....
Ini pilihan mereka,kerana cintanya mereka kpd ALLAH...
Ibu dan kakak ku jua pergi bersama gelaran indah itu...
ALLAHUAKBAR,..! MEREKA telah di syurga..

Ibu..! ayah..! kakak..! abang...!
Tunggulah kepulanganku disana...
Akanku kotakan hasratmu,
untuk menumpahkan drhku melawan tentera kejam itu,
Sehingga aku jua SYAHID..!!!

Dikesibukkan hari yg kita jalani, masih ada saudara kita yg jauhhhh lebih sengsara dengan kesakitan. kita disini masih lagi mampu bergelak ketawa bila tgk aksi atau crta lawak kan.. tapi mereka, mane dah ade lawak2 ni.. yg ada hanya tangisan yg meratapi saban hari jenazah keluarga2 mereka yg terbunuh.. kita makan nasi 3 kali shri,makan mee lagi,tak cukup tu mkn mcm2 .. p keluaq dating,,.(sempat lagi) cari makanan,sambil berjalan2 menikmati keindahan alam lah kan ( ayat org kapel ..bajet) .. emmm22 ..sedangkan mereka? hanya mampu melihat piring roti yg dahulunya berisi roti yg ibu mereka buat..bekas air yg dahulunya penuh diisi dan dibawa ke sekolah ..kini mrka hnya mkn apa yg ada, dan sgt jimat..

Hanya sekadar ingin berkongsi rasa dihati..  saya sedih bila ada shbt2 saya yang tdk mengambil berat akan hal sebegini.. kerana nabi s.a.w telah menegaskan bhwa, jika kita tidak mempedulikan saudara2 kita..maka kita bukan dikalangannya,.. Nauzubillah. semua ada komitmen masing2.. tapi, hanya sedikit waktu yg saya rasa tdk mengambil masa yg lama.. hanya sepotong doa sahaja, tolonglah.. saudara kita tu..! kalau diberi keizinan ALLAH.. sy ingin pergi ke sana.. :) ALHAMDULILLAH, sy telah mendaftar untk menjadi sukarelawan dlm membantu rakyat palestine.. anda bila lagi??

Sahabat kisah Palestine ini telah dicatatkan di dalam AL -quran sendiri dalam surah Al-ISRA' ayat 4-7.....

hayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat
2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.




ALLAH, Saya terlepas pandang.. semogga ALLAH memberi petunjuk kepada kami semua akan apa y terjadi sekarang..ALLAHUMA ameen..:) 

^_^ A_A

Sunday, November 4, 2012

Syukran bg hadiah tu ^_^

Bissmillahirrahmanirrahim.. :)

Alhamdulillah..
Damai hati dalam balutan cintaMU,
Saat ini aku mula sedar bahawa tiada cinta sehebat cintaMU,
hati ini.. setiap saat dan waktu sering merinduiMU,
Mana tidaknya, tatkala aku rebah tersungkur,
KAU tetap dengan ku..

Subhanaallah...
Cinta ini makin hebat,
semakin banyak ujian,
semakin mekar cintaku PadaMU,
Allahurobbi! terkadang aku malu untuk menyatakan rasa cinta ini,
Kerana rasa diri ini terlalu jahil utk mencintaiMU,
Namun Kau tetap menarik hati ini untuk selalu dekat denganMU..

Allahuakbar,..
Mana Mungkin aku akan lari drpMU,
Sedangkan perjalanan hidupku terikat dengan cintaMU,
Aku tidak mungkin berpaling untk kesekian kalinya,
Kerana Aku sedar cintaMU terlalu mahal untk dibandingkan,
Tetapi.. seringkali bermain difikiranku...
Apa aku layak menerima cintaMU??
ALLAH... berikan aku sepenuh ruang utk menggapai cintaMU.. :)
Aku sudi..^_____^

Assalamualaikum..^_^ tetibe teringin nak reka2 sajak sket.. hehe... :) alhamdulillah, masih lagi bernama asmalini dan umur pun makin bertambah.. namun ilmu bagaimana ye? :) insyaALLAH.. akan di top up melebihi top up hp setiap masa,,.^^ emm.. hari tu dapat hadiah.. syukran khatiran , sudi bagi hadiah yg memberi 1001 makna serta pengisian buat diri ini.. saya tahu kita sama2 nak jadi hamba ALLAH yg baik kan..? perlulah mencari ilmu tu..tak kira lah dgn menghadiri ceramah,baca buku,dengar kat youtube n so on.. byk caranya kita nak belajarkan.. kalo rajin semuanya kita dpt..kalo mls?? pk2 lah sendiri..heheh..

Hadiah buat muslimah.. sedap tjuk judul buku ni kan.. pengisian lm buku ni pun byk memberi pendedahan mengenai fiqh wanita.. banyak sgt.. terkadang benda y kecil y kita jrg pndg tu pn ad, tetapi itulah yg membezakan wanita solehah dgn y biase... Subhanaallah.. asmalini, awak beruntung ada yg sudi bg hadiah seumpama ini.. syukran sgt2,. sy suke hadiah yg tak lapuk dek zaman...^_^ dalam buku ni bnyk menceritakan mengenai islam dan wanita,solat,bersuci,puasa,zakat,haji,perkahwinan,pergaulan,perhiasan,kewajipan wanita islam dan juga mengenai hukum2..osem..! semua cukup lengkap lah kan..^__^ pandai si pemberi hadiah ni pilih buku tu ye,.. :) nanti spe2 nak pinjam boleh je jumpe lin ye.. insyaallah, ilmu yg ada kita pakat2 kongsi..^_^

Alhamdulillah.. dpt satu lagi buku.. hilal asyraf..^_^ Bahtera menuju ke syurga.. Allahuakbar, tajuk pun da best,..tapi bace xhabis lagi..heheh.. actly buku ni byk memberi panduan serta motivasi dalam menjadikan diri kekal sebagai seorang khalifah tanpa ragu2.. bila bace.. semangat sgt,..smpaikan y lapar pun terasa kyg,yg mengantuk pun terasa segar dan yg paling penting yang tak bermotivasi dalam memperbaiki diri,terasa melonjak2 untk mengubah diri menjadi yg luar biase..^_^ syukran khatiran ats hadiah yg kedua tu juga,.. saya sangat2 suka hadiah yg tak lapuk dek zaman ni..( eh, ulang balik) ^___________^

Hadiah ni akan saya simpan dengan sebaik mungkin..^_^ emm.,. dan terima kasih juga atas doa2 sahabat2 untk kesejahteraan sy dlm usaha mencri ilmu ini..mohon bantuan para shbt juga ye utk membantu saya..syukran..syukran..syukran..:)

fi akhiri kalam..
Wanita solehah itu..
Berani menghadapi risiko,
tidak takut berhadapan dengan rintangan.. <3

# semoga kita terpilih menjadi serikandi islam..^_____^ ameen..